Sekadar ingin berkongsi ucapan pada tahun 2019 semasa saya merasmikan Seminar Falsafah dan Pemikiran anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia.
Tempoh hari Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir jemput saya rasmikan Seminar Falsafah dan Pemikiran. Beliau mahu aktifkan persatuan dengan kegiatan ilmiah sebegini dan tidak terhad hanya sekadar melatih wakil-wakil Malaysia ke kejohanan falsafah di peringkat antarabangsa.
Sebenarnya saya kenal Dr Alinor ni lama juga - lebih 15 tahun. Kebetulan adiknya kenalan seangkatan semasa belajar di peringkat ijazah sarjana muda. Saya hadir menerima jemputan ini kerana 1) minat saya dalam kegiatan begini,
2) hubungan saya dgn Dr Alinor di mana kami pernah bersama menganjurkan siri program seumpamanya dan 3) kerana dapat balik menjengok UPM, kampus tempat saya menghabiskan masa selama kira-kira 8 tahun.
Saya tidak pasti kenapa saya yang dijemput. Mungkin kerana saya ada menyumbang sedikit untuk kegiatan ini, atau kerana saya sudah jadi ahli Parlimen, justeru itu ada sedikit status sosial.
Secara berseloroh saya nyatakan kebimbangan kerana nanti orang-orang falsafah mungkin mempersoal adil atau tidak saya untuk ‘merasmikannya’.
Dikongsikan pengalaman mengenali falsafah di era Reformasi 1998, berpunca daripada tema-tema yang diangkat ketika itu - Keadilan, Kebebasan - yang ternyata sarat perbahasannya. Saya akui memerlukan 6-7 tahun untuk mula memahami sedikit-sebanyak tema-tema gergasi ini.
Selepas ucap tahniah, saya ingatkan bahawa kegiatan ini adalah kegiatan yang sunyi. Tidak ramai mahu menghargainya. Dunia falsafah yang berbicara tentang fundamental ilmu, kewujudan dan sebagainya ini penuh warna yang berselirat dan bertentangan. Tidak ramai sabar menekuninya.
Maka, tidak hairan Imam al-Ghazali rah.a. pernah mengingatkan bahawa ramai yang karam sebelum sampai ke seberang. Di era Yunani dulu pernah diceritakan ada yang pernah memperlekeh falsafah dengan kenyataan “falsafah tidak boleh menghasilkan roti!”
Namun, falsafah terus hidup, berkembang, diiktiraf sebagai asas ketamadunan. Tidak ada yang lebih mengingati orang yang memperlekehkan falsafah atau si pembuat roti berbanding ramai ahli falsafah.
Bidang falsafah kurang berkembang di Malaysia. Di universiti awam tidak ada fakulti dan jabatan falsafah. Walhal bukankah ijazah kedoktoran itu disebut Doktor Falsafah? Begitulah malangnya sedangkan PPE adalah bidang ternama di universiti-universiti terkemuka.
Menurut apa cerita mendiang Profesor Emeritus TS Datuk Dr Khoo Kay Kim kepada saya, dulu bidang ini ada diajarkan di UM Singapura. Namun ia kemudian ditutup kerana ramai mahasiswa Malaysia menunjukkan kecenderungan menjadi ateis (faktor zaman hippies pasca Merdeka).
Justeru itu saya mengingatkan kepada peserta-pembentang Seminar bahawa laluan mereka ini sunyi tetapi sangat penting. Pada masa yang sama ditekankan kepentingan mereka menjadi barisan hadapan membawa perbincangan falsafah ke khalayak yang lebih luas.
Ketegangan dalam masyarakat seringkali berpunca daripada kegagalan kita menghargai kepelbagaian. Kegagalan menghargai kepelbagaian ini pula pasti didorong oleh ceteknya pemahaman terhadap falsafah.
Ketika minat ramai terhadap persoalan semasa yang rumit, rencam dan mencabar didorong oleh kecepatan teknologi maklumat, sayang sekali jika falsafah tidak berperanan menghasilkan wacana bermutu dan beradab.
Bagi ahli Politik yang bergelut dengan persoalan realiti, falsafah tentulah menjadi pengingat setia tatkala mereka memandang diri dan masyarakat.
Politik juga punya falsafahnya. Jarang sekali seorang demokrat boleh mendakwa sesebuah negara hanya boleh didirikan menggunakan satu falsafah atau berdasarkan pemikiran tokoh tertentu.
Ahli politik sebaliknya terpaksa mengadun jamak pandangan masyarakat yang diwakilinya. Di sanalah mereka perlu belajar mengimbangi pendirian peribadi dan ramai.
Jika masyarakat tidak terdidik, maka pandangan apa yang diwakili? Jika masyarakat terdidik, tidaklah mudah untuk mengatakan apa yang diwakili itu satu dan seragam.
Akhirnya saya mengingatkan kepada diri sendiri dan semua bahawa di zaman Yunani dulu kumpulan kecil pemikir disebut sebagai minoriti kreatif.
Mungkin inilah apa yang disebut Margaret Mead, “Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has.” Semoga kegiatan begini tergolong dalam kategori tersebut.
Tahniah kepada penganjur. Semoga Seminar yang begini diteruskan dan diperluaskan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Amin Ahmad

Amin Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @NoorAminAhmad

21 Nov
Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula.
Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M.
Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian.
Read 21 tweets
20 Nov
Dulu masa zaman mahasiswa, saya selalu ralat untuk bahasakan diri sebagai aktivis mahasiswa. Saya mahu anggap diri hanya siswa biasa yg mahu menyertai ruang awam sbg pemain aktif. Itu sahaja. Tidak mahu dakwa saya terpaling aktivis, saya buat itu dan ini.
Sebab itu dalam wawancara bersama UmmahOnline pada tahun 2005 saya cuba cairkan pengertian aktivis. Bagi saya semua mahasiswa adalah aktivis. Cuma aktivisme masing2 mungkin dlm hal berbeza kerana minat tidak sama.
Sebab itu saya tak merekrut pengikut. Saya mahu siswa bebas. Saya hanya akan berpesan dalam apa juga minat masing-masing, lakukan yg terbaik. Saya percaya bila masing-masing menjadi yg terbaik maka mereka akan sedar sendiri Kenapa politik itu penting wlpn mereka tidak suka.
Read 16 tweets
13 Jun
Saya tak salahkan Dr Maszlee atau Nik Nazmi dll yg suarakan pandangan ttg kepimpinan pembangkang hari ini. Obama kata “democracy is a noisy process”. Menuju kematangan, biar bersifat deliberatif dan terbuka.
Namun dalam konteks untung rugi imej parti dan pembangkang tetap ada. Itu masing-masing kena bijak pertimbangkan. Politik tak selalunya kena bermain selamat. Manakala org politik mmg jenis byk pendapat, menang debat bukan beerti menang persepsi rakyat.
Kita harus akui bahawa kepimpinan Tun M dan Anwar ni memang telah lama disebut sebagai kombinasi hebat, bermula lama - boleh heret sampai protes Tunku kalau nak. Ya, meskipun mereka berbeza generasi.
Read 15 tweets
3 Jun
Kenyataan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan apa yang Tun M sampaikan kepada kami, MP-MP PH, Warisan, UPKO dan ‘PPBM Tun’ di Yayasan Bukhary.
Pada 24hb Feb. Isnin. DSWA, DSAI, LGE dan Mat Sabu cuba bertemu Tun M di pejabat. Namun beliau tidak ada di sana. Kemudian mereka ke rumah beliau dan diminta tunggu kepulangan beliau.
Rupanya pada pagi itu Tun M keluar ke Istana Negara utk serah surat letak jawatan PM. Kem pengkhianat merasa gembira kerana nampak spt perancangan asal mereka berjalan seperti biasa. Namun apabila berita mengatakan Tun M juga meletak jawatan Pengerusi Bersatu suasana bertukar.
Read 65 tweets
1 Jun
Usaha menjatuhkan PH sebenarnya telah bermula sejak keputusan pilihan raya diketahui.
Pasti semua ingat Najib tidak mahu mengaku kalah. Dalam kenyataan akhbar pada pagi 10 Mac 2018, beliau cuba memberi isyarat bahawa tidak ada mana-mana parti mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.
Beliau ada menghubungi Anwar Ibrahim yg ketika itu masih dalam tahanan. Anwar menasihatkan beliau untuk mengaku kalah.
Read 46 tweets
27 Mar
Maklumat penting daripada ucapan TSMY bagi saya:
1. RM250B bukan bermaksud bagi tunai RM250B. [Ini adalah bebenang]
Sebab itu beliau sebut: “Kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi. Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan ...”
... dlm jangka masa sederhana. Langkah ini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan. Sehubungan itu, Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dlm jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal utk jangka masa panjang.”
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!