Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula.
Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M.
Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian.
Para 7-9 pula tentang peristiwa pada 23 Februari 2020 - mesyuarat tergempar MPT Bersatu. Pada petang itulah pemimpin UMNO, PAS, GPS, Bersatu, Warisan dan Azmin datang ke rumah Tun. Malam itu ada makan malam di Sheraton tapi Tun tak hadir.
Para 10-13 Tun cerita hal beliau letak jawatan. Beliau tak sebut kerajaan yang dia ketuai jatuh sebab dia letak jawatan tak bincang dengan pimpinan parti komponen. Mungkin sebab beliau anggap itu kerajaan Mahathir, bukan kerajaan PH+.
Saya setuju dengan Pada 15. Tun tulis jelas Anwar dapat 92 sokongan, beliau 66. Masa tu baru tahu ada cdgn nama Muhyiddin. Tuan Ibrahim Tuan Man tersebut kepada media. Lepas tu Takiyuddin betulkan: kenyataan rasmi PAS hanya akan dtg drpd Presiden PAS dan beliau selaku SUA PAS.
Yang menariknya ialah Para 18, Tun kata: “Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal...
... 19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.”
Tun tak tulis pula jika dia pengaruhi 65 lagi untuk sama-sama sokong Anwar yang pada masa itu dapat sokongan tertinggi, maka sokongan boleh juga jadi 158. Kot mana pun Anwar nak disalahkannya. Dia menang sentiasa.
Dalam Para 20-22 Tun cerita pasal PH nak sokong dia semula. Ketika Anwar ada 92, Tun ada 66; Tun tak hubungi Anwar. Tetapi Anwar yg pergi cadangkan kpd Tun supaya mandat rakyat boleh dikembalikan. Tun hanya fikir dia nak jadi PM, bukan nak bolehkan mandat rakyat dikembalikan.
Bayangkan Anwar tawar sokongan PH dan untuk redakan tuduhan Tun tahu tentang Langkah Sheraton dan ikhlas mahu serah kepada Anwar, maka lantik Anwar jadi TPM, tapi Tun enggan. Adakah kita tidak boleh mengagak sikap beliau dalam hal ganti jadi PM?
Saya pernah cerita Anwar kejut kami MP-MP KEADILAN pukul 2 pagi untuk sampaikan keputusan dan kesediaan beliau berkorban lagi. Dinihari itu juga Yusof Qaradhawi buat panggilan dan Anwar minta beliau doakan Malaysia - dibuka loud speaker utk kami sama-sama aminkan doa tersebut.
Apa berlaku selepas itu? Ini penting disebut. Tun kata jika PH 92 campur dia 66, maka jadi 158. Tapi masa kumpul Kenyataan Bersumpah, PH intact 92 orang, Tun gagal yakinkan 66 yang disebutnya. Itu pun masih salah Anwar!
Para 23 Tun sebut Muhyiddin diterima jadi PM. Saya bahas di Dewan Rakyat, berasaskan keyakinan saya, pada 1 Mac itu, jika mengambil kira undian 112-109 (seingat saya Max Ongkili tak hadir kerana sakit) penolakan Speaker TS Ariff, paling byk Muhyiddin hanya ada sokongan 111 undi.
Ini kerana Serian dan Lubok Antu telah menandatangani Kenyataan Bersumpah sokong Tun. Mereka hanya sokong Muhyiddin beberapa minggu selepas pengumuman pelantikan PM.
Para 24-30 cerita pasal usaha dapatkan balik mandat. Semua orang tahu Tun tidak mahu cadang nama Anwar malah sanggup umum nama Shafie Apdal. Mungkin begitu cara beliau mengharapkan KEADILAN untuk terus mempercayainya. Atau hendak pecah belah PH?
Apa yang Tun tidak cerita ialah KEADILAN usul 107 intact (ambil kira PSB belum komited sebagai pembangkang), dan mana2 pemimpin boleh bawa sokongan dptkan semula mandat mereka berhak menjadi PM. Tapi ini pun ditolak oleh blok Tun kerana mahu Tun sahaja dicalonkan sebagai PM.
Para 31-34 Tun bercakap tentang pengumuman Anwar tentang sokongan untuk menjadi PM. Tun mengeluh kerana Anwar tidak libatkan beliau dan kumpulannya. Tun sepatutnya bertanya bilakah selepas Langkah Sheraton Tun pernah memberi isyarat untuk menyokong Anwar?
Adakah Tun hendak beritahu jika Anwar datang meminta sokongan beliau maka sokongan itu akan diberikan? Tidak. Dan Tun tidak perlukan sokongan ini diminta. Tun sebagai orang lama dalam politik boleh memberi isyarat terbuka untuk memberi sokongan.
Sama ada Anwar akan berjaya atau tidak, itu telah dijawab olehnya: Bertawakal kepada Allah s.w.t. selepas usaha telah dibuat.
Tapi yang jelas ramai semakin melihat Tun mahukan ia gagal. Dan ramai meyakini kesimpulan tersebut kerana alasan Tun tidak dapat menjadi PM semula dan sikap pendendam Tun kepada Anwar.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Amin Ahmad

Amin Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @NoorAminAhmad

20 Nov
Dulu masa zaman mahasiswa, saya selalu ralat untuk bahasakan diri sebagai aktivis mahasiswa. Saya mahu anggap diri hanya siswa biasa yg mahu menyertai ruang awam sbg pemain aktif. Itu sahaja. Tidak mahu dakwa saya terpaling aktivis, saya buat itu dan ini.
Sebab itu dalam wawancara bersama UmmahOnline pada tahun 2005 saya cuba cairkan pengertian aktivis. Bagi saya semua mahasiswa adalah aktivis. Cuma aktivisme masing2 mungkin dlm hal berbeza kerana minat tidak sama.
Sebab itu saya tak merekrut pengikut. Saya mahu siswa bebas. Saya hanya akan berpesan dalam apa juga minat masing-masing, lakukan yg terbaik. Saya percaya bila masing-masing menjadi yg terbaik maka mereka akan sedar sendiri Kenapa politik itu penting wlpn mereka tidak suka.
Read 16 tweets
19 Nov
Sekadar ingin berkongsi ucapan pada tahun 2019 semasa saya merasmikan Seminar Falsafah dan Pemikiran anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia.
Tempoh hari Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir jemput saya rasmikan Seminar Falsafah dan Pemikiran. Beliau mahu aktifkan persatuan dengan kegiatan ilmiah sebegini dan tidak terhad hanya sekadar melatih wakil-wakil Malaysia ke kejohanan falsafah di peringkat antarabangsa.
Sebenarnya saya kenal Dr Alinor ni lama juga - lebih 15 tahun. Kebetulan adiknya kenalan seangkatan semasa belajar di peringkat ijazah sarjana muda. Saya hadir menerima jemputan ini kerana 1) minat saya dalam kegiatan begini,
Read 22 tweets
13 Jun
Saya tak salahkan Dr Maszlee atau Nik Nazmi dll yg suarakan pandangan ttg kepimpinan pembangkang hari ini. Obama kata “democracy is a noisy process”. Menuju kematangan, biar bersifat deliberatif dan terbuka.
Namun dalam konteks untung rugi imej parti dan pembangkang tetap ada. Itu masing-masing kena bijak pertimbangkan. Politik tak selalunya kena bermain selamat. Manakala org politik mmg jenis byk pendapat, menang debat bukan beerti menang persepsi rakyat.
Kita harus akui bahawa kepimpinan Tun M dan Anwar ni memang telah lama disebut sebagai kombinasi hebat, bermula lama - boleh heret sampai protes Tunku kalau nak. Ya, meskipun mereka berbeza generasi.
Read 15 tweets
3 Jun
Kenyataan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan apa yang Tun M sampaikan kepada kami, MP-MP PH, Warisan, UPKO dan ‘PPBM Tun’ di Yayasan Bukhary.
Pada 24hb Feb. Isnin. DSWA, DSAI, LGE dan Mat Sabu cuba bertemu Tun M di pejabat. Namun beliau tidak ada di sana. Kemudian mereka ke rumah beliau dan diminta tunggu kepulangan beliau.
Rupanya pada pagi itu Tun M keluar ke Istana Negara utk serah surat letak jawatan PM. Kem pengkhianat merasa gembira kerana nampak spt perancangan asal mereka berjalan seperti biasa. Namun apabila berita mengatakan Tun M juga meletak jawatan Pengerusi Bersatu suasana bertukar.
Read 65 tweets
1 Jun
Usaha menjatuhkan PH sebenarnya telah bermula sejak keputusan pilihan raya diketahui.
Pasti semua ingat Najib tidak mahu mengaku kalah. Dalam kenyataan akhbar pada pagi 10 Mac 2018, beliau cuba memberi isyarat bahawa tidak ada mana-mana parti mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.
Beliau ada menghubungi Anwar Ibrahim yg ketika itu masih dalam tahanan. Anwar menasihatkan beliau untuk mengaku kalah.
Read 46 tweets
27 Mar
Maklumat penting daripada ucapan TSMY bagi saya:
1. RM250B bukan bermaksud bagi tunai RM250B. [Ini adalah bebenang]
Sebab itu beliau sebut: “Kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi. Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan ...”
... dlm jangka masa sederhana. Langkah ini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan. Sehubungan itu, Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dlm jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal utk jangka masa panjang.”
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!