Dulu masa zaman mahasiswa, saya selalu ralat untuk bahasakan diri sebagai aktivis mahasiswa. Saya mahu anggap diri hanya siswa biasa yg mahu menyertai ruang awam sbg pemain aktif. Itu sahaja. Tidak mahu dakwa saya terpaling aktivis, saya buat itu dan ini.
Sebab itu dalam wawancara bersama UmmahOnline pada tahun 2005 saya cuba cairkan pengertian aktivis. Bagi saya semua mahasiswa adalah aktivis. Cuma aktivisme masing2 mungkin dlm hal berbeza kerana minat tidak sama.
Sebab itu saya tak merekrut pengikut. Saya mahu siswa bebas. Saya hanya akan berpesan dalam apa juga minat masing-masing, lakukan yg terbaik. Saya percaya bila masing-masing menjadi yg terbaik maka mereka akan sedar sendiri Kenapa politik itu penting wlpn mereka tidak suka.
Sbg lulusan drpd bidang Perhutanan, saya bergelut utk memahami politik. Pendedahan mmg ada sejak kecil kerana emak dan ayah dulu aktivis UMNO di peringkat akar umbi. Ia tumbuh segar selepas Reformasi 1998.
Masa masuk UPM, saya sangka sudah byk tahu ttg politik. Masa tu asyik kutuk Dr Mahathir dan rejim UMNO-BN. Politik bagi saya masih terhad kpd sepak terajang antara tokoh dan parti. Di kalangan rakan seambilan di UPM waktu itu, saya mungkin antara terpaling ambil tahu hal politik.
Tapi saya tidak mendapat kepuasan. Ayah sertai PAS. Saya tidak. Saya sertai tabligh semasa di uni. Tetapi dlm tabligh kami tidak dibenarkan bicara soal politik dalam kegiatan dakwah. Saya menjadi tabligh yg berpolitik. Saya berpolitik di luar kegiatan tabligh. Byk di luar kampus.
Saya mula berkenalan dgn 2 kumpulan berbeza di Bangsar. Pertama, Universiti Bangsar Utama (UBU) dan kedua, Unit Pendidikan Politik (UPP), Institut Kajian Dasar (IKD). Di sini saya mula didedahkan dgn politik yg berbeza.
UBU cenderung kiri. Angkatan awal byk diasuh oleh Isham Rais. Waktu saya aktif di sana Isham baru kena ISA. Byk siri diskusi dibuat di sana. UBU adakan tusyen percuma utk anak-anak miskin kota. Ada rangkaian lain misalnya Food Not Bomb agih makanan percuma kpd gelandangan.
UBU juga adakan kursus2 tertentu utk meningkatkan pengetahuan. Bahan2 bacaan kiri juga byk. Saya pernah ikuti kursus dgn aktivis mahasiswa Indonesia yg pernah menjadi penggerak semasa reformasi yg menjatuhkan Soeharto. Juga dgn aktivis buruh dari Korea. Semangat!
Tapi saya selalu dipandang sinis oleh sebahagian kawan2. Ini kerana penampilan saya - berkemeja siap berkopiah ala Brothers/Raihan. Rambut saja panjang. Dalam byk perkongsian saya cuba bawa pandangan Islamis setakat yg saya tahu.
Masa itu (arwah) Prof Dr Syed Hussein Alatas masih ada. @AmirudinShari juga anjurkan siri diskusi Intelektual Masyarakat Membangun, berdasarkan buku beliau. Tak silap masa tu Amir bekerja dgn RadiqRadio, projek media NGO - kira Radical Radio la kononnya, hehe.
UPPIKD digerakkan oleh kebanyakan anak2 muda yg baru balik dari UK. Ada juga pemimpin mahasiswa tempatan. Saya paling ingat (arwah) Adlan Benan, Ziad Razak, Raja Shaharir, lupa dah nama menantu Datuk Noraesah tu sorang. Shamsul Iskandar, Yusmadi, Fahda Nur, Irwan dan lain2.
UPPIKD anjurkan pelbagai kursus dan seminar berkaitan dasar awam - sama ada politik, ekonomi, kemahiran menulis, pengucapan awam dan sebagainya. Saya mula kenal @niknazmi apabila beliau buat sebuah laman majalah (webzine) yg sgt cool pada waktu itu - Suara Anum.
Dalam 2 pengalaman bersama kelompok berbeza ini saya belajar lihat politik dari perspektif berbeza malah bertentangan. Benturan ideologi antara keduanya dan latar belakang saya sbg budak kampung dari Perlis, belajar bidang Perhutanan dan aktif tabligh jadikan ia lebih rencam.
Pengalaman-pengalaman ini menyuntik kesederhanaan kepada saya dalam menanggapi perbezaan dalam pelbagai pandangan kelompok. Saya lebih menghargai kepentingan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Lebih mengasihi ilmuwan. Berusaha menjaga persaudaraan.
Menjadi muda lebih bermakna dgn idealisme dan aktivisme. Meningkat dewasa lebih bermakna dgn intelektualisme. Hidup lebih bermakna jika kita menjadi manusia. Tuntutan diiktiraf sbg wira, sbg pengasas atau penggerak itu dan ini bagi saya hanyalah fatamorgana. Tak cool langsung.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Amin Ahmad

Amin Ahmad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @NoorAminAhmad

21 Nov
Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula.
Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M.
Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian.
Read 21 tweets
19 Nov
Sekadar ingin berkongsi ucapan pada tahun 2019 semasa saya merasmikan Seminar Falsafah dan Pemikiran anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia.
Tempoh hari Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir jemput saya rasmikan Seminar Falsafah dan Pemikiran. Beliau mahu aktifkan persatuan dengan kegiatan ilmiah sebegini dan tidak terhad hanya sekadar melatih wakil-wakil Malaysia ke kejohanan falsafah di peringkat antarabangsa.
Sebenarnya saya kenal Dr Alinor ni lama juga - lebih 15 tahun. Kebetulan adiknya kenalan seangkatan semasa belajar di peringkat ijazah sarjana muda. Saya hadir menerima jemputan ini kerana 1) minat saya dalam kegiatan begini,
Read 22 tweets
13 Jun
Saya tak salahkan Dr Maszlee atau Nik Nazmi dll yg suarakan pandangan ttg kepimpinan pembangkang hari ini. Obama kata “democracy is a noisy process”. Menuju kematangan, biar bersifat deliberatif dan terbuka.
Namun dalam konteks untung rugi imej parti dan pembangkang tetap ada. Itu masing-masing kena bijak pertimbangkan. Politik tak selalunya kena bermain selamat. Manakala org politik mmg jenis byk pendapat, menang debat bukan beerti menang persepsi rakyat.
Kita harus akui bahawa kepimpinan Tun M dan Anwar ni memang telah lama disebut sebagai kombinasi hebat, bermula lama - boleh heret sampai protes Tunku kalau nak. Ya, meskipun mereka berbeza generasi.
Read 15 tweets
3 Jun
Kenyataan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan apa yang Tun M sampaikan kepada kami, MP-MP PH, Warisan, UPKO dan ‘PPBM Tun’ di Yayasan Bukhary.
Pada 24hb Feb. Isnin. DSWA, DSAI, LGE dan Mat Sabu cuba bertemu Tun M di pejabat. Namun beliau tidak ada di sana. Kemudian mereka ke rumah beliau dan diminta tunggu kepulangan beliau.
Rupanya pada pagi itu Tun M keluar ke Istana Negara utk serah surat letak jawatan PM. Kem pengkhianat merasa gembira kerana nampak spt perancangan asal mereka berjalan seperti biasa. Namun apabila berita mengatakan Tun M juga meletak jawatan Pengerusi Bersatu suasana bertukar.
Read 65 tweets
1 Jun
Usaha menjatuhkan PH sebenarnya telah bermula sejak keputusan pilihan raya diketahui.
Pasti semua ingat Najib tidak mahu mengaku kalah. Dalam kenyataan akhbar pada pagi 10 Mac 2018, beliau cuba memberi isyarat bahawa tidak ada mana-mana parti mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.
Beliau ada menghubungi Anwar Ibrahim yg ketika itu masih dalam tahanan. Anwar menasihatkan beliau untuk mengaku kalah.
Read 46 tweets
27 Mar
Maklumat penting daripada ucapan TSMY bagi saya:
1. RM250B bukan bermaksud bagi tunai RM250B. [Ini adalah bebenang]
Sebab itu beliau sebut: “Kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi. Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan ...”
... dlm jangka masa sederhana. Langkah ini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan. Sehubungan itu, Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dlm jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal utk jangka masa panjang.”
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!