Yakuza : Sejarah Gengsterisme Masyarakat Jepun

[Ini adalah bebenang] Image
SEJARAH AWAL

Yakuza berasal dari era Tokugawa Shogunate (1603 - 1868) dengan dua kumpulan orang terbuang yang berlainan. Kumpulan pertama adalah, iaitu pengembara yang berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain sambil menjual barang dagangan berkualiti rendah di pasar.
Kebanyakan tekiya tergolong dalam kelas sosial burakumin, iaitu golongan orang terbuang atau "bukan manusia" yang berada di bawah keempat-empat tingkat dalam struktur sosial feudal Jepun. Image
Pada awal 1700, tekiya mula menyusun dan merapatkan ukhuwah sesama sendiri dan berada di bawah pimpinan bos besar dan bos kecil. Hubungan itu diperkuatkan lagi dengan kemasukan pelarian daripada kelas yang lebih tinggi.
Sejak itu, tekiya mula terlibat dalam kegiatan jenayah seperti merebut kawasan dan memeras ugut wang perlindungan.
Dalam tradisi yang berterusan sehingga ke hari ini, tekiya sering berkhidmat sebagai pasukan keselamatan ketika perayaan Shinto dan menyediakan gerai di tapak pesta sebagai balasan kepada wang perlindungan yang diterima.
Antara 1735 hingga 1749, kerajaan shogun telah berusaha untuk mendamaikan pergaduhan antara kumpulan-kumpulan tekiya dan mengurangkan aktiviti fraud mereka dengan melantik ketua yang rasmi iaitu oyabun.
Oyabun bermakna "bapa angkat" yang melambangkan kedudukan ketua-ketua ini sebagai pemimpin keluarga tekiya. Kesemua oyabun diberikan penghormatan yang hanya pernah diberikan kepada samurai iaitu dibenarkan menggunakan nama keluarga dan membawa sebilah pedang. Image
Kumpulan kedua yang menaikkan yakuza adalah bakuto iaitu kumpulan penjudi. Ketika zaman Tokugawa, judi telahpun diharamkan dan undang-undang itu masih kekal sehingga ke hari ini. Namun, bakuto telah menipu ramai mangsa dengan permainan dadu atau permainan kad hanafuda.
Golongan bakuto ketika itu sering mencacah tatu berwarna-warni di serata badan yg kini dijadikan tradisi utama yakuza moden. Daripada perniagaan utama mereka sebagai kaki judi, bakuto kemudian berkembang menjadi lintah darat dan pelbagai lagi aktiviti perniagaan haram yang lain.
Pada hari ini, kumpulan yakuza moden masih lagi memperkenalkan diri mereka sebagai tekiya ataupun bakuto, bergantung kepada cara mereka menjana pendapatan secara majoriti. Mereka juga masih mengamalkan ritual lama sebagai sebahagian daripada upacara inisiasi. Image
YAKUZA MODEN

Sejak tamat Perang Dunia Kedua, populariti kumpulan yakuza semakin melonjak naik selepas perang reda. Pada tahun 2007, kerajaan Jepun menganggarkan terdapat lebih 102,000 orang ahli yakuza bekerja di Jepun dan luar negara dalam 2,500 keluarga berbeza. Image
Walaupun diskriminasi kasta dalam burakumin telah berakhir pada 1861, ramai ahli yakuza merupakan cucu-cicit daripada keturunan asal selepas 150 tahun lamanya. Selain itu, etnik Korea yang sering didiskriminasi dalam masyarakat Jepun juga menyertai sebagai ahli yakuza.
Jejak asal usul kumpulan dapat dilihat dalam aspek tanda pengenalan budaya yakuza pada hari ini. Misalnya, ramai yakuza yang mencacah badan dengan tatu penuh menggunakan buluh tradisional atau jarum keluli berbanding pistol pencacah moden.
Bahagian yang ditatu termasuklah kawasan alat sulit. Ia merupakan satu tradisi yang amat memeritkan. Ahli yakuza kebiasaannya akan duduk bermain kad beramai-ramai sambil tidak memakai baju untuk mempamerkan seni tatu di badan masing-masing.
Jika berada di tempat awam, mereka seringkali dilihat memakai baju berlengan panjang.
YUBITSUME

Satu lagi budaya yakuza adalah tradisi mencacatkan jari kelingking yang lebih dikenali sebagai yubitsume. Yubitsume sering dijalankan sebagai tanda memohon maaf apabila seorang ahli yakuza membantah arahan atau membuatkan ketua tersinggung. Image
Anggota yakuza yang bersalah itu akan memotong sendiri hujung jari kelingking kiri sehingga ke sendi bahagian atas dan menghadiahkan potongan itu kepada ketua. Jika berlaku sebarang pelanggaran lanjut, mereka akan memotong sendi hujung jari-jemari berikutnya.
Adat ini berasal dari zaman Tokugawa lagi. Ketika itu, kehilangan sendi akan menyebabkan pegangan pedang menjadi semakin lemah.
Secara teorinya, ahli yakuza yang lemah ini akan bergantung harap kepada ahli kumpulan yang lain untuk keselamatan diri. Hari ini, ramai ahli yakuza memilih untuk memakai jari palsu bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada pihak umum.
YAKUZA DAN MASYARAKAT

Sindiket yakuza terbesar yang beroperasi hari ini ialah Yamaguchi-gumi yang berpangkalan di Kobe. Di situ sahaja terdapat lebih dari separuh jumlah ahli yakuza yang aktif di seluruh Jepun.
Selain itu, kumpulan Sumiyoshi-kai yang berasal dari Osaka pula mempunyai lebih kurang 20,000 orang ahli dan Inagawa-kai di Tokyo dengan 15,000 ahli.
Kumpulan-kumpulan ini terlibat dengan aktiviti jenayah seperti penyeludupan dadah antarabangsa, pemerdagangan manusia dan penyeludupan senjata api.
Walau bagaimanapun, ramai antara mereka mempunyai pegangan saham yang besar dalam syarikat-syarikat gergasi dan ada juga yang mempunyai pertalian erat dalam bidang perniagaan, perbankan dan hartanah di Jepun.
Apa yang menarik, selepas bencana gempa bumi dahsyat yang melanda Kobe pada 17 Januari 1995, kumpulan Yamaguchi-gumilah yang pertama sekali datang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Begitu juga selepas kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2011, pelbagai kumpulan berbeza telah menghantar lori yang penuh dengan bekalan bantuan ke kawasan-kawasan terlibat.
Satu lagi 'kelebihan' yakuza adalah pengurangan kadar penjenayah kecil. Kobe dan Osaka merupakan antara bandar paling selamat di Jepun kerana penjenayah-penjenayah lain tidak berani menceroboh ke wilayah yakuza ini.
Walaupun masyarakat menerima kebaikan dari segi sosial dengan kewujudan yakuza, kerajaan Jepun masih berusaha untuk membanteras kumpulan ini sejak beberapa dekad yang lalu.
Pada bulan Mac 1995 misalnya, pihak kerajaan telah meluluskan satu undang-undang baru yang dipanggil Akta Pencegahan Kegiatan Terlarang oleh Ahli Geng Jenayah. Image
Pada tahun 2008, Bursa Saham Osaka telah membersihkan senarai saham dengan membuang kesemua syarikat yg mempunyai pertalian dengan yakuza. Sejak 2009 pula, pihak polis di seluruh negara telah memberkas ramai ketua yakuza & menutup perniagaan yang bekerjasama dengan kumpulan ini.
Walaupun pihak polis dan kerajaan berusaha gigih untuk menyekat aktiviti yakuza di Jepun, kebarangkalian untuk menghapuskan sindiket ini 100% adalah sangat tipis.
Mereka telah berjaya bertahan selama lebih 300 tahun sehingga budaya kongsi gelap itu sudah sebati dan sinonim dengan masyarakat di sana.
Sumber : Illuminasi

Subscribe : t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

27 Nov
Cabaran dalam menghasilkan Menara Berkembar Petronas KLCC

[Ini adalah bebenang] Image
Menara Berkembar Petronas KLCC yang mempunyai ketinggian sehingga 450 meter dan mencapai 88 tingkat dahulunya pernah jadi bangunan tertinggi di dunia dan kini masih lagi memegang rekod menara berkembar tertinggi di dunia.
Menara ini adalah hasil buah fikiran Tun M semasa dia menjadi Perdana Menteri yang keempat, pada ketika itu tiada satu pun negara yang mampu untuk menandingi dan mencabar Amerika Syarikat dari segi menara pencakar langit. Image
Read 35 tweets
11 Oct
Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

[Ini adalah bebenang]
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Read 29 tweets
10 Oct
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.
Read 7 tweets
10 Oct
Sejarah Kellie’s Castle

[Ini adalah bebenang]
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah.
Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
Read 18 tweets
9 Oct
Misteri pembunuhan The Black Dahlia

[Ini adalah bebenang] Image
Pada pagi 15 Januari 1947 di Los Angeles, mayat Elizabeth Short yang ketika itu berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan dipotong dua pada paras pinggang dan tiada setitik darah yang tinggal dalam tubuhnya.
Mesra dipanggil Beth dalam kalangan teman rapatnya, dunia kemudian mengenali wanita itu dengan nama The Black Dahlia.
Read 24 tweets
8 Oct
Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

[Ini adalah bebenang] Image
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jejambat adalah terma yang merujuk kepada jambatan jalan raya atau jambatan jalan kereta api yang dibina untuk melintasi sebarang lurah.
Kita semua tahu bahawa jejambat adalah satu perkara yang tidak asing lagi buat generasi yang hidup di zaman sekarang. Hal ini adalah kerana terdapat begitu banyak jejambat yang telah dibina diseluruh negara.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!