Cabaran dalam menghasilkan Menara Berkembar Petronas KLCC
[Ini adalah bebenang]
Menara Berkembar Petronas KLCC yang mempunyai ketinggian sehingga 450 meter dan mencapai 88 tingkat dahulunya pernah jadi bangunan tertinggi di dunia dan kini masih lagi memegang rekod menara berkembar tertinggi di dunia.
Menara ini adalah hasil buah fikiran Tun M semasa dia menjadi Perdana Menteri yang keempat, pada ketika itu tiada satu pun negara yang mampu untuk menandingi dan mencabar Amerika Syarikat dari segi menara pencakar langit.
Pada masa itu, Tun M telah bercita-cita untuk meletakkan negara Malaysia di persada dunia berikutan Malaysia masih kurang dikenali di antara 5 negara yang ada di Asia Tenggara. Namun, untuk merealisasikan cita-cita ini bukanlah suatu benda yang mudah.
Pada tahun 1991, tapak padang lumba kuda Kuala Lumpur telah diambil tanahnya dan mahu digantikan dengan sebuah bangunan pencakar langit sekaligus menukar wajah Kuala Lumpur di mata dunia.
Namun, Tun M telah meletakkan syarat yang mana bangunan tersebut mestilah tinggi dan perlu mencirikan Malaysia. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah kerana bidang arkitek tradisional Malaysia amat kurang kemampuan pada masa tu.
Cesar Pelli yang merupakan arkitek terkenal dunia dan berpengalaman hampir setengah abad dalam mereka bentuk bangunan pencakar langit telah dipilih untuk mereka bentuk projek ni.
Namun, dia sudah tahu apabila menyebut nama Malaysia apa yang mereka maksudkan adalah Islam sebagai agama rasmi dan seni islamik adalah sesuatu yang wajib dia tonjolkan.
Disebabkan peraturan Islam melarang penggunaan gambar manusia, Cesar Pelli telah menggunakan rekaan geometri seperti bulatan, tumbuhan dan huruf abjad jawi.
Cesar telah mendapat revolusi idea untuk mereka bentuk dua menara dan menyambungkannya dengan sebuah jambatan di separuh bangunan untuk menjadi simbolik kepada Malaysia baru iaitu sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
Lalu, Cesar pun terbang ke Malaysia untuk menunjukkan ideanya kepada Tun M. Mereka suka akan konsep yang cuba diketengahkan oleh Cesar tetapi tun M tidak rasa ianya cukup untuk melambangkan negara Malaysia.
Berkali-kali Cesar mengubahsuai reka bentuknya dan setiap kali itu juga ianya akan ditolak. Projek itu seolah-olah telah gagal sebelum ianya sempat dilakarkan. Kemudiannya, Tun M sendiri yang mereka bentuk menara yang dia inginkan.
Tun M telah membuat satu lakaran agar ianya memberi input berunsurkan Islam yang mana ideanya adalah pelan lantai berdasarkan dua segi empat yang memanca (interlocking). Dalam simbol Islam, ianya melambangkan tertib dan harmoni.
Akhirnya, Tun M gembira namun tidak bagi Cesar kerana dia merasakan rekaan itu tidak dapat membekalkan ruang lantai yang diperlukan dan bagaimana dia boleh melaksanakan rancangannya agar Tun M puas hati?
Selepas lapan bulan yang sangat sukar, Cesar Pelli akhirnya berjaya menghasilkan satu pelan yang memuaskan hati semua orang. Dia menghias pelan lantai tersebut dengan separuh bulatan pada penjuru yang mana sekaligus menambahkan ruang tanpa memusnahkan simbolisma.
Disebabkan belanjawan yang ketat pada masa tu, Malaysia hanya benarkan tempoh selama enam tahun pembinaan walaupun ia sebenarnya memerlukan masa sekurang-kurangnya lapan tahun.
Untuk memastikan mereka dapat bekerja dengan lebih fokus, para pembina akan dikenakan denda selepas tarikh akhir projek iaitu sebanyak 3.5 juta USD seminggu. Namun, projek ini sedikit luar biasa kerana projek ini diberikan kepada dua syarikat pembinaan yang berlainan.
Tun M percaya persaingan akan memastikan pembinaan berjalan mengikut jadual. Tekanannya amat besar, untuk mengikuti jadual yang telah ditetapkan, pembinaan terpaksa berjalan tanpa diganggu selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Satu beban kerja yang sangat memenatkan.
Dua lelaki telah dibawa terbang daripada Amerika Syarikat dan akan mengetuai pasukan mereka iaitu Bob Pratt yang mengetuai menara satu dan pesaingnya iaitu Jon Dunsford yang mengetuai menara kedua.
Ketika baru bermula, mereka menghadapi masalah besar sebelum baldi konkrit pertama dituang yang mana jurutera mendapati tiada tinjauan yang sepatutnya dilakukan ke atas tapak tersebut. Seluruh tapak itu terpaksa berhenti bekerja.
Ahli geologi mula mengorek ratusan lubang gerudi dan mengeluarkan ribuan sampel. Mereka mencuba mencari batuan dasar, sesuatu yang keras untuk menyokong menara besar itu namun keputusan kajian tersebut amatlah teruk sekali.
Terdapat batu kapur keras di sebelah tapak tapi di sebelahnya lagi batu rapuh yang lembut dan jika ia dibina di situ, tanah itu akan menjadi tidak rata.
Keberangkalian menara itu akan tenggelam ataupun lebih teruk, runtuh. Pasukan itu mungkin akan berakhir dengan menara condong Malaysia.
Charlie Thronton yang merupakan jurutera struktur telah mencadangkan sesuatu yang sangat berani iaitu mengalihkan seluruh bangunan sebanyak 60 meter ke atas tanah yang lebih lembut.
Ia kelihatan seperti satu idea yang sangat gila namun terdapat pemikiran dan sebab yang jelas di sebaliknya.
Mereka merancang untuk memasukkan beberapa cerucuk yang besar sedalam 120 meter ke bawah tanah ke lapisan batu dalam kerak bumi yang mana kemudiannya mereka boleh membina batuan dasar sendiri di atasnya dan bangunan itu akan didirikan di atas permukaan konkrit yang luas.
Pada awal tahun 1993, akhirnya pembinaan bermula. Membina lantai asas merupakan satu tugas yang sangat besar yang mana jika konkrit itu mengering secara tidak rata, seluruh dasar akan retak dan boleh melemahkan kemampuan untuk menyokong bangunan gergasi di atasnya.
Jadi, mereka akhirnya terpaksa menuangkan konkrit selama 52 jam tanpa henti. Tiada siapa yang pernah menuang konkrit sebanyak itu dalam satu masa dan ianya merupakan rekod dunia pertama yang dipecahkan oleh Menara Berkembar Petronas.
Akhir tahun 1995, mereka sudah pun berada di tingkat 70 dan 72 yang mana mereka sudah hampir menyiapkan menara mengikut jadual yang ditetapkan. Namun, masalah menimpa lagi dan kali ini ianya berukuran 25 milimiter di menara satu.
Perkara paling teruk telah berlaku di menara satu apabila menara tersebut condong selebar satu ibu jari. Jika menara satu meneruskan pembinaan dengan cara yang sama, ianya akan menjadi bertambah buruk.
Bob Pratt sudah pun mati akal.
Ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak memihak kepadanya kerana hujan setiap hari pada waktu tengah hari. Namun mereka berhati-hati membetulkan pembinaan dan 16 tingkat seterusnya hanya condong sebanyak 2 milimeter.
Pada Disember 1995, akhirnya pembinaan telah tiba ke saat akhir. Namun, ada lagi satu perkara yang mereka perlu selesaikan sebelum meraih gelaran menara tertinggi iaitu memasangkan mercunya.
Mercunya diperbuat daripada 60 meter tiang keluli setinggi 15 tingkat yang mempunyai bola di hujungnya. Kedua-dua mercu dihasilkan daripada luar negara iaitu satu daripada Jepun untuk menara satu dan dari Korea Selatan untuk menara dua.
Mereka berjaya menyiapkan pembinaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu selama enam tahun. Ianya merupakan satu pencapaian yang sangat hebat dan membanggakan sekaligus telah menjadikan Menara Berkembar Petronas dan negara Malaysia terkenal di seluruh dunia.
Yakuza berasal dari era Tokugawa Shogunate (1603 - 1868) dengan dua kumpulan orang terbuang yang berlainan. Kumpulan pertama adalah, iaitu pengembara yang berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain sambil menjual barang dagangan berkualiti rendah di pasar.
Kebanyakan tekiya tergolong dalam kelas sosial burakumin, iaitu golongan orang terbuang atau "bukan manusia" yang berada di bawah keempat-empat tingkat dalam struktur sosial feudal Jepun.
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah.
Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
Pada pagi 15 Januari 1947 di Los Angeles, mayat Elizabeth Short yang ketika itu berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan dipotong dua pada paras pinggang dan tiada setitik darah yang tinggal dalam tubuhnya.
Mesra dipanggil Beth dalam kalangan teman rapatnya, dunia kemudian mengenali wanita itu dengan nama The Black Dahlia.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jejambat adalah terma yang merujuk kepada jambatan jalan raya atau jambatan jalan kereta api yang dibina untuk melintasi sebarang lurah.
Kita semua tahu bahawa jejambat adalah satu perkara yang tidak asing lagi buat generasi yang hidup di zaman sekarang. Hal ini adalah kerana terdapat begitu banyak jejambat yang telah dibina diseluruh negara.