Data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mencatatkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental ini.
Macam mana nak kurangkan simptom ini?
[Thread]
#1 Syukur Selalu
Bersyukurlah pada setiap masa, dan dalam apa jua keadaan sekalipun!
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah!
Sungguh, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT ❤
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Terima kasih, Ya Rabb 🤲
#2 Pandang Ke Bawah
Selalunya perasaan tak bahagia wujud akibat kita suka melihat kelebihan dan keistimewaan orang lain.
Lebih kaya,
Lebih pandai,
Lebih cantik!
Tapi, kita terlupa untuk lihat mereka yang lebih kurang daripada kita!
Kurang mampu,
Kurang berakal,
Kurang kaya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang ada di bawahmu dan jangan melihat orang yang ada di atasmu, sebab itu lebih baik agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah." (Ahmad Tirmidzi, Ibnu Majah)
Maka, nikmat Tuhan yang manakah korang dustakan? 😔
#3 Bersedekah
Dalam setiap rezeki yang kita terima, ada bahagian orang lain juga.
Kongsikan sedikit sebanyak kepada mereka yang memerlukan, semoga rezeki yang diterima lebih diberkati.
Insya' Allah!
#4 Ikhlas Kerana Allah Taala
Berlapang dada dan redhalah dengan apa jua yang kita buat di atas dunia ini.
Jadikanlah Allah SWT sebagai satu-satunya tempat kita mengharap balasan.
Orang tak suka? Tak apa!
Orang kutuk? Tenang!
Orang benci! Relaks aja!
Janji Allah suka ❤
Telitikanlah firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah, ayat 59.
"Cukuplah Allah bagi kami."
Kalau kita dah merasa cukup dengan Allah SWT, apa lagi yang kita perlukan di dunia ini?
Tak ada!
#5 Rajin Beribadah
Kunci bahagia ada pada Allah SWT.
Lalu, apa cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT?
Dengan tingkatkan amalan ibadah yang berkualiti.
Insya' Allah, jiwa jadi lapang dan bahagia kerana sentiasa berada dalam kasih sayang-Nya!
"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan solat, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)." (Surah Al-A'raaf, ayat 170)
Semoga kita sentiasa usaha memperbaiki diri!
#6 Bertaubat
Bagaimana kita boleh bahagia jika jiwa dibelenggu dosa?
Lagi-lagi kalau dosa besar!
Sucikanlah diri dengan bertaubat.
Mohon keampunan Allah SWT dengan solat sunat taubat dan iltizam untuk tidak melakukannya lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat." (HR. Ibnu Majah)
Ya Allah, kami harap keampunan-Mu!
#7 Rajin Berpuasa
Tau tak, berpuasa akan memberikan ketenangan & kedamaian pada minda?
Ini kerana kandungan paras gula dalam darah yang semakin stabil.
Puasa juga ada banyak manfaatnya, baik fizikal atau dalaman. Sebab itulah, Islam amat menuntut umatnya berpuasa.
Semoga dengan 7 cara ini akan dapat membantu para sahabat meraih jiwa yang tenang dan bahagia ❤
Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!
Kenapa?
Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.
Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?
[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa
Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.
Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.
Latih dan biasakan diri untuk
Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:
“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."
“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)
[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.
Baik ia, baiklah seseorang itu.
Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.
Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?
Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT
Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.
Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.
Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Pernah satu kajian dibuat menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang rakyatnya mempunyai semangat berkebajikan yang tinggi.
Tapi ada yg ambil kesempatan pula!
#1: Sindiket Anak Yatim SM Amin
Azhar Wahab (si pengasas) mempergunakan anak-anak yatim untuk kemewahan peribadinya.
Anak-anak yatim dari Yan, Kedah dipaksa menjual pil serta meminta sedekah sehingga ke Kuala Lumpur.
#2: Sindiket Ketuk Tingkap
Warga asing yang tinggal di Malaysia dan memegang status pelarian mengetuk tingkap-tingkap kereta yang berhenti di lampu isyarat untuk meminta sedekah.
Tahu tak sindiket ini boleh mengumpul sehingga RM200 sehari!
Bilakah berlakunya Lailatulqadar menurut pendapat ulama’?
Antara persoalan yang tidak pernah selesai dari dulu sampailah sekarang. Yang mahsyur dalam kalangan kita adalah hadis berkenaan 10 malam terakhir dan ganjil.
Cuma ada pendapat yang lebih spesifik sebenarnya. RT tau!
(1) Malam 23 Ramadan
Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al- Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.
(2) Malam 21 Ramadan
Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie.
Beliau berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al- Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: