Adakah hati kita telah mati? 🖤

“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)

[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.

Baik ia, baiklah seseorang itu.

Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.

Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?

Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT

Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.

Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.

Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28).

Subhanallah! 🥰
#2 Utamakan Hal Yang Bermanfaat

Imam Ibnul Qayyim pernah berkata, “Hati yang sihat lebih mengutamakan hal bermanfaat daripada hal berbahaya.”

Semak balik aktiviti seharian kita.

Adakah penuh dengan aktiviti bermanfaat dunia akhirat, atau penuh dengan perkara-perkara lagha?
Tak salah untuk berhibur sekali-sekala, namun jangan cari hiburan yang tidak diredhai!

Carilah Allah SWT ketika dunia ini terasa memenatkan.

Kenali Rabb Maha Agung melalui tadabbur, tafakkur dan tazakkur.

Jangan sia-siakan waktu kita yang suntuk ini!
#3 Utamakan Akhirat Selalu

Kita di dunia ibarat perantau yang singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke alam abadi.

Dunia ini bukanlah destinasi akhir, jadi kenapa kita terlalu fokuskan kehidupan di sini?

Bagaimana dengan kehidupan di akhirat pula?
Rasulullah SAW bersabda,

"Jadilah di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara."

Ya, pengembara!

Seorang pengembara takkan asyik dengan tempat rehatnya kerana dia sudah tahu destinasi yang dituju adalah matlamatnya! ❤

Matlamat kita? Syurga!
#4 Selalu Berzikir

Hati yang sihat takkan jemu & bosan berzikir serta memuji-muji Allah SWT.

Kalau hati yang sakit pula, mesti terasa berat dan malas untuk zikrullah 😔

Kenapa harus rasa bosan memuji Sang Pencipta? Bukankah Dia selayaknya dicintai, dipuji dan diingati selalu?
#5 Rindu Kebaikan

Hati yang bersih akan rindukan kebaikan.

Di mana-mana, hatinya akan terdorong melakukan kebaikan tanpa disuruh atau dipaksa!

Kenapa?

Kerana hatinya ikhlas, 100% kebaikan itu dibuat kerana Allah SWT.

Biar Allah SWT sahaja yang menjadi hakim baginya.
#6 Cemas Jika Tak Solat

Adakalanya manusia terlupa dengan solatnya kerana kesibukan hal duniawi.

Hati yang sihat akan rasa tak tenteram selagi tak menunaikan hak Rabb-nya.

Saat dia mengangkat takbir, dia benar-benar tinggalkan dunia & bertemu ketenangan hakiki.

Allahu Akbar!
"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu serta berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung." (Surah Al-Hajj, ayat 77)

Bukankah tujuan manusia dicipta sememangnya untuk beribadah kepada Allah SWT?
#7 Sentiasa Memperbaiki Amal

Amalan terbaik adalah yang mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sudah mengajar umatnya segala amalan terbaik bagi seorang Mukmin.

Mereka yang berhati sihat akan sentiasa memperbaiki amalannya, kerana rasa harap kepada Allah SWT.
Fitrah manusia memang sukakan perkara yang lebih baik daripada sediakala!

Maka, bimbinglah fitrah ini agar menjadi motivasi memperbaiki amalan ibadah dan sunat.

Insya' Allah ❤
Semoga kita sama-sama dapat menyemak kedudukan hati kita, dan berusaha memperbaiki keimanan dalam diri.

Moga kita juga mendapat rahmat dan redha Allah SWT sebagai seorang hamba-Nya.

Aamiin yarabbal alamin ❤

Teruskan follow @MyFundAction untuk konten menarik! 🌌

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with MyFundAction!

MyFundAction! Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MyFundAction

9 Dec
Korang sayang diri sendiri tak? 💔

Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!

Kenapa?

Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.

Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?

[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa

Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.

Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.

Latih dan biasakan diri untuk

Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:

“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."

(Hadith Riwayat Muslim)

So sayangilah diri korang dengan menjauhi dosa! 😔
Read 10 tweets
7 Dec
500,000 rakyat Malaysia alami simptom dipresi!

Data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mencatatkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental ini.

Macam mana nak kurangkan simptom ini?

[Thread]
#1 Syukur Selalu

Bersyukurlah pada setiap masa, dan dalam apa jua keadaan sekalipun!

Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah!

Sungguh, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT ❤
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Terima kasih, Ya Rabb 🤲
Read 14 tweets
21 Jun
4 Sindiket Sedekah Scam Terkenal di Malaysia.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Pernah satu kajian dibuat menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang rakyatnya mempunyai semangat berkebajikan yang tinggi.

Tapi ada yg ambil kesempatan pula!
#1: Sindiket Anak Yatim SM Amin

Azhar Wahab (si pengasas) mempergunakan anak-anak yatim untuk kemewahan peribadinya.

Anak-anak yatim dari Yan, Kedah dipaksa menjual pil serta meminta sedekah sehingga ke Kuala Lumpur.
#2: Sindiket Ketuk Tingkap

Warga asing yang tinggal di Malaysia dan memegang status pelarian mengetuk tingkap-tingkap kereta yang berhenti di lampu isyarat untuk meminta sedekah.

Tahu tak sindiket ini boleh mengumpul sehingga RM200 sehari!
Read 8 tweets
13 May
Bilakah berlakunya Lailatulqadar menurut pendapat ulama’?

Antara persoalan yang tidak pernah selesai dari dulu sampailah sekarang. Yang mahsyur dalam kalangan kita adalah hadis berkenaan 10 malam terakhir dan ganjil.

Cuma ada pendapat yang lebih spesifik sebenarnya. RT tau!
(1) Malam 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al- Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.
(2) Malam 21 Ramadan

Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie.

Beliau berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al- Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!