Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!
Kenapa?
Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.
Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?
[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa
Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.
Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.
Latih dan biasakan diri untuk
Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:
“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."
(Hadith Riwayat Muslim)
So sayangilah diri korang dengan menjauhi dosa! 😔
#2 Bertaubat
Memang manusia pendosa, tapi bukan bermakna boleh selalu buat dosa dan kesalahan setiap hari.
Bila tersedar melakukan dosa, mohonlah keampunan Allah SWT dengan beristighfar dan bertaubat.
Astaghfirullahalazim!
Buatlah solat sunat taubat 2 rakaat juga.
Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nuur ayat 31:
"dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Berjaya di mana?
Di akhirat kelak ya sahabat! :')
#3 Banyakkan Amal Soleh
Hidup ini sekejap je.
Maka, berlumbalah untuk beramal soleh. Anggap semua perbuatan kita dalam seharian sebagai ibadah yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
Niatkan segalanya lillahi taala.
Moga rutin kita penuh dengan ibadah saja!
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, "Wahai 'Abdullah, janganlah kamu jadi seperti si fulan itu. Dahulu dia sentiasa solat malam, tapi kini dia tidak solat malam."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Nauzubillahiminzalik!
#4 Ikhlas
Orang kata susah nak ikhlas.
Tapi jangan jadikan tak ikhlas sebagai satu alasan untuk tak buat kebaikan langsung!
Ikhlas boleh dipupuk.
Macam mana?
Sentiasa muhasabah diri.
Pesan pada diri, aku buat semua ini kerana Allah. Aku hanya nak redha Allah!
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." (Surah Az-Zumar, ayat 2)
Jom kita latih diri menjadi ikhlas kerana Allah SWT 💕
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk sahabat semua!
Jom geng, kita sayangi diri sendiri dengan cara yang diredhai ❤
“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)
[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.
Baik ia, baiklah seseorang itu.
Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.
Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?
Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT
Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.
Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.
Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
Data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mencatatkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental ini.
Macam mana nak kurangkan simptom ini?
[Thread]
#1 Syukur Selalu
Bersyukurlah pada setiap masa, dan dalam apa jua keadaan sekalipun!
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah!
Sungguh, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT ❤
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Pernah satu kajian dibuat menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang rakyatnya mempunyai semangat berkebajikan yang tinggi.
Tapi ada yg ambil kesempatan pula!
#1: Sindiket Anak Yatim SM Amin
Azhar Wahab (si pengasas) mempergunakan anak-anak yatim untuk kemewahan peribadinya.
Anak-anak yatim dari Yan, Kedah dipaksa menjual pil serta meminta sedekah sehingga ke Kuala Lumpur.
#2: Sindiket Ketuk Tingkap
Warga asing yang tinggal di Malaysia dan memegang status pelarian mengetuk tingkap-tingkap kereta yang berhenti di lampu isyarat untuk meminta sedekah.
Tahu tak sindiket ini boleh mengumpul sehingga RM200 sehari!
Bilakah berlakunya Lailatulqadar menurut pendapat ulama’?
Antara persoalan yang tidak pernah selesai dari dulu sampailah sekarang. Yang mahsyur dalam kalangan kita adalah hadis berkenaan 10 malam terakhir dan ganjil.
Cuma ada pendapat yang lebih spesifik sebenarnya. RT tau!
(1) Malam 23 Ramadan
Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al- Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.
(2) Malam 21 Ramadan
Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie.
Beliau berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al- Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: