[KISAH BENAR] Pagi kejadian, seorang budak perempuan menaiki basikal seorang diri pergi ke sekolah.
Dia lalu tempat yang sunyi. Kemudian, ada kereta berhenti. Pemandu kereta tarik budak tu masuk dalam kereta.
Budak tu dibawa ke kubur.
Apa jadi? Sambung malam ni..
Hari kejadian, mangsa menaiki basikal melalui satu jalan yang sempit dan sunyi. Tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Terkejut budak tu.
Pemandu kereta tu keluar dari kereta dan terus tarik budak tu masuk dalam kereta. Apa hal?
Mangsa diarahkan duduk di bawah stereng. Bayangkan keadaan mangsa ketika itu. Terus dibawa ke satu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu.
Mereka pergi ke satu kawasan berdekatan dengan kubur Cina.
Mangsa yang masih berada di bawah stereng berasa takut.
Kenapa dia dibawa ke sini? Pemandu kereta itu kemudian mula bertindak. Bertindak agresif kepada mangsa. Mangsa dibuka semua pakaiannya.
Pemandu kereta tadi gunakan pisau untuk takutkan budak tu. Dia coret perut budak itu menggunakan pisau.
Kemudian, segalanya bermula..
Budak itu dipaksa ‘mengulum’ kemaluan pemandu kereta tu, seorang lelaki tempatan. Mangsa dibawa ke satu tempat berdekatan dengan pam air. Di situlah, budak itu dipaksa melakukan perbuatan yang jijik itu.
Budak itu kemudian dibawa ke satu pondok. Dia dipaksa melakukan
benda yang sama. Selepas itu,budak itu dibawa masuk ke dalam kereta. Diarahkan baring di bahagian tempat duduk belakang.
Lelaki itu kemudian bertindak merogol budak itu di dalam kereta.
Selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, lelaki itu memakaikan semula pakaian budak perempuan itu.
Budak itu diangkat dan dibawa ke dalam perigi. Direndamnya budak tu dalam perigi.
Lelaki itu mahu budak itu dibersihkan.
Selesai dibersihkan dalam perigi itu, budak itu diangkat keluar. Dia dimasukkan semula ke dalam kereta. Budak tu duduk di tempat duduk penumpang hadapan.
Dalam perjalanan keluar dari kawasan kejadian itu, tiba-tiba kereta yang dipandu kehabisan minyak.
Lelaki itu pergi ke satu warung dan berjumpa dengan kenalannya. Dia bagitau kenalan, dia mahu gunakan motosikal. Padahal dia cuma nak sedut minyak petrol dari motosikal kawan dia tu.
Ketika ini, budak perempuan itu masih berada dalam kereta. Dia tidak ke mana-mana kerana takut.
Dia kemudian berjaya sedut minyak petrol dari motosikal kawannya itu. Kemudian, terus bergerak ke stesen minyak.
Disebabkan kelibat budak perempuan tadi ada di dalam kereta, seorang saksi mulai curiga. Ketika itulah, polis terus dihubungi dan sampai di stesen minyak.
Lelaki itu terus ditangkap. Budak itu berjaya diselamatkan polis yang datang bersama bapa tirinya.
Mangsa terus dibawa ke hospital. Doktor sahkan ada koyakan pada kemaluan mangsa.
Suspek kemudian didakwa atas empat tuduhan iaitu merogol, mencabul kehormatan, melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan kesalahan cederakan mangsa.
Kes kemudian masuk ke mahkamah. Ketika dibicara, pemandu kereta tadi (suspek) menafikan dia melakukan semua tuduhan itu.
Suspek mengatakan dia terlanggar mangsa yang menaiki basikal. Suspek ketika itu mahu pergi ke rumah seseorang untuk kerja-kerja membuat siling.
Suspek berkata lagi, disebabkan mangsa dilanggar, dia tunjukkan tempat dia terluka. Luka berdarah di bahagian perut. Selepas itu, suspek terus angkat mangsa ke dalam kereta untuk bantu dia.
Adakah benar semua ini?
Yang peliknya, suspek mengakui dia bawa budak itu pergi ke kawasan sunyi dan bukannya ke hospital jika tahu budak tu mengalami luka.
Suspek kemudian pergi ke tempat kejadian dan hisap dadah jenis iced. Suspek arahkan mangsa bukakkan baju. Dia mahu luka tadi dibersihkan.
Ketika inilah, suspek mengakui dia menolong mencuci luka di perut mangsa. Dia nampak ada luka di bahagian kemaluan mangsa. Suspek pun masukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.
Jadi, suspek berkata dia tidak lakukan apa-apa kesalahan.
Kenyataan suspek disangkal pihak pendakwa, Jabatan Peguam Negara. Kesemua keterangan suspek tadi tidak berasas setelah pihak pendakwa memanggil sendiri budak perempuan itu sebagai saksi di mahkamah.
Apa yang benar ialah, suspek memang melakukan semua perbuatan terkutuk itu.
Mangsa ialah seorang kanak-kanak berumur 9 tahun semasa kejadian dan 10 tahun ketika memberi keterangan di mahkamah.
Keterangan mangsa walaupun masih kanak-kanak adalah boleh dipercayai di bawah seksyen 133A Akta Keterangan.
Keterangan mangsa telah disokong oleh bukti dan keterangan lain yang ditemukan pihak pendakwa. Saiz fizikal budak itu yang kecil memungkinkan adalah munasabah suspek meletakkannya di bahagian bawah stereng kereta.
Mahkamah berpuas hati kesemua kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Ini bermaksud elemen-elemen kesalahan merogol, mencabul, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencederakan mangsa berjaya dibuktikan.
Apa yang dikatakan suspek di mahkamah hanyalah penafian semata-mata. Tanpa alasan yang kukuh bagi menimbulkan keraguan kes.
Disebabkan itu, tiada sebarang keraguan munasabah berjaya ditimbulkan suspek bagi menafikan dia melakukan kesalahan itu.
‘Tertuduh tidak boleh disabitkan bersalah sehingga mahkamah berpuas hati atas sebab yang mencukupi bahawa huraian yang diberikan tertuduh tidak membangkitkan keraguan munasabah’ (kes Mahkamah Agung, Mohamad Radhi Yaakob v PP).
Mahkamah memutuskan suspek bersalah merogol mangsa dan dihukum penjara 25 tahun.
Bagi kesalahan larikan mangsa,memuaskan nafsu secara luar tabii dan cederakan mangsa, suspek dipenjara 5 tahun.
Bagi kesalahan cederakan gunakan pisau, suspek dipenjara 3 tahun.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara dijalankan secara berturut-turut. Ini bermaksud 25 tahun + 5 tahun + 3 tahun.
Bagi kesalahan melakukan aksi di luar aturan tabii (masukkan zakar ke dalam mulut sebanyak 2 kali) suspek dipenjara selama 5 tahun bagi setiap tuduhan.
Mahkamah bersetuju kesemua hukuman penjara tidak boleh dijalankan serentak, sebaliknya berbeza dan berterusan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Mangsa ialah kanak kanak 9 tahun dan sudah tentunya mangsa mengalami trauma.
Kes berlaku di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, Muar Johor pada Januari 2014.
Mangsa dirogol di ladang kelapa sawit, Batu 8 1/2 Bakri, Muar.
Apa yang dilakukan suspek adalah terlalu melampau dan tidak boleh diterima akal.
Keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara kepada suspek telah dikekalkan Mahkamah Tinggi Muar pada April 2016.
Suspek kekal bersalah atas kesemua tuduhan yang dikenakan dan hukuman penjara wajar dikenakan pada suspek.
Walaupun suspek cuba menafikan dia bersalah, kenyataan mangsa di mahkamah membuktikan sebaliknya.
Segala kronologi kejadian kes telah diceritakan balik oleh mangsa secara terperinci. Tiada orang lain yang melakukan kesemua itu, kecuali suspek.
Jadi, suspek kekal bersalah.
Dalam kes ini, suspek juga dikenakan hukuman sebatan sebanyak 15 kali.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.
Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.
Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.
Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.
PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.
Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.
Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.
Dulu pernah ada kes, pintu rumah jiran diketuk seorang lelaki. Lelaki tu hanya memakai tuala.
Dia kena simbah petrol pada badannya selepas dia selesai mandi di rumahnya. Kena bakar hidup-hidup sampai mati. Pembunuh tengok je lelaki tu cuba padamkan api.
Nak tau apa jadi?
Petang kejadian dalam pukul 6.30 petang, seorang lelaki kelihatan meronta-ronta berlari meminta tolong jirannya. Dia nak pinjam telefon jirannya sebab ada benda dah berlaku di rumahnya. Lelaki tu cuba hubungi adiknya supaya cepat datang ke rumah.
Ketika itu, jirannya dapat melihat lelaki tu berada dalam kesakitan kerana baru sahaja dapat padamkan api. Badannya dibakar oleh seseorang. Jirannya syak yang bakar ialah bekas isteri lelaki tu. Lelaki itu masih tinggal bersama bekas isterinya walaupun mereka sudah bercerai.
Si isteri tinggal berdua dengan orang gaji. Suami pergi outstation. Tiba-tiba jiran terdengar suara orang menjerit. Polis dipanggil.
Polis tanya 'kenapa tangan ada darah?' Dia jawab 'tangan luka sikit, potong ayam'
Kat dapur tiadapun ayam yang dipotong👀
Sambung lepas magrib
Pada pagi kejadian, si isteri menghantar suaminya ke Airport Subang untuk pergi outstation di Kota Bharu. Kerana ada urusan bisnes.
Pada petang hari yang sama, ketika si suami ada di Kota Bharu, dia menerima satu panggilan telefon dari setiausahanya. Si suami dimaklumkan ada
polis yang datang ke rumahnya. Polis peronda itu tiba di rumahnya setelah menerima aduan dari jiran. Jiran terdengar bunyi orang menjerit. Seakan-akan ada yang bergaduh.
Risau dengan keadaan isterinya, si suami cuba menelefon isterinya. Tetapi, panggilan tidak diangkat.