Laut Merah terbelah!

Masih ingat masa belajar di Mesir dulu, aku sempat ke Dahab. Beberapa kali jugalah.

Dahab terletak di Lower Egypt. Mudah cerita dekat Gunung Sinai tempat Nabi Musa jumpa Allah dan bersempadan dengan Palestin,
Jordan dan Saudi.
Perjalanan dari Tanta lebih kurang 11jam. Tengok kanan, padang pasir. Tengok kiri,padang pasir. Bosan yang amat!

Kebiasaanya aku memandu kereta,takde la bosan sangat. Sekali sekala boleh berhenti minum chai(teh) segarkan badan.
Nak tidur pun dah tak ngantuk. Aku ke depan bas untuk bersembang dengan pakcik Ahmad,pemandu bas.

Kebetulan kami sedang menyelusuri pemandangan Laut Merah.
”Kau tahu kan laut ni lah Nabi Musa a.s belah dengan tongkat dia? Laut yang sama,tanah yang sama,langit yang sama,cuma tongkat je takde”

”Kalau kau nak tahu, ilmu sihir paling tinggi di dunia adalah di Mesir”
“Buktinya bila Firaun perintahkan semua ahli sihir lawan Nabi Musa a.s”

“Masa tu, bila Nabi Musa a.s lempar tongkatnya dan bertukar jadi ular dan memakan ular-ular ahli sihir”
“Semua ahli sihir jadi bingung. Bagi mereka ilmu ahli sihir mereka adalah yang tertinggi. Jika ada yang lebih tinggi,ini bukan sihir,ini KEBENARAN!”

“Maka,mereka terus sujud dan beriman serta merta”

Ceritanya panjang lebar.
“Habis tu, kenapa Firaun tak beriman juga?”

”Firaun ni angkuh,dia tetap tak beriman. Firaun masa tu dikatakan Ramses 2 sebab bila dikaji,hanya dia ada kesan air laut di badan”

“Kau pernah tengok Ramses II di Muzium Cairo?”
”Pernah. Aku cuba kejut dia bangun tapi dia tak bangun pun. Aku ingat dia kuat sangat maklumlah sombong macam boleh tongkat langit”

Kami gelak sama-sama sambil tepuk sebelah tangan(stail arab bila lepas buat lawak).
”Kalau kau nak tau,sampai sekarang ilmu sihir masih ada di Mesir, turun temurun dari zaman Firaun lagi”.

“Iya ke?”
Aku mula terfikir ada beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini, bagaimana ada orang kena pukau dan semua duit diberi dengan rela.

Pelajar Malaysia pun tak terlepas. Mungkin sihir ini yang digunakan untuk memukau.
Ada beberapa ustaz dari Malaysia datang ke Mesir semata-mata ingin belajar ilmu rawatan terkena sihir.

Pakcik Ahmad sambung lagi,

”Masa tu, mukjizat Allah adalah tongkat. Tongkat yang sama jadi ular dan tongkat yang sama juga belah Laut Merah, hebatkan?”
“Benar”, aku iyakan.

”Apa mukjizat zaman sekarang?”

Tetiba aku pula berfikir sejenak.

”Al quran lah”,jawabku ringkas.
”Hari ini orang tak rasa quran tu satu mukzijat Allah yang hebat sepertimana tongkat Nabi Musa a.s”

“Tak rasa bangga(izzah),malah nak baca quran pun malas. Kau dah baca quran arini?”soalnya ringkas.
Dengan tunduk malu aku jawab,

”Belum”

Rasa seperti hati ini macam kena panah.

Sentap!
Sama-sama kita usahakan untuk baca quran setiap hari walaupun hanya 1 ayat.

Al quran adalah mukjizat Allah yang dianugerahkan untuk ummat akhir zaman.
Jika dulu hanya Nabi yang layak menerima mukjizat tapi di akhir zaman Allah anugerahkan mukjizat pada ummatnya.

Semua orang boleh pegang mukjizat ini.

Bertuah tak kita?
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa,

"Campakkanlah tongkatmu!"

Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.

Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud.

(Al-Araf: 117-121)

Kongsikan pada yang lain semoga lebih ramai dapat manfaat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

16 Dec
“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”

Aku letak gagang telefon.

Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.

Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.

“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.

“Check pulse”

“No pulse”

“Continue CPR!”

“Aderenaline has given”
Read 13 tweets
15 Dec
“Doktor,tangan saya ni selalu kebas-kebas.Kalau malam,sampai terjaga sebab sakit sangat”

“Ada tak perlu menaip dalam jangka masa yang lama?”

“Biasalah doc,asignment banyak”

Meh saya bongkarkan sebab tangan jadi kebas!
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)

Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?

Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Read 16 tweets
13 Dec
“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?”

Selalu kita dengar kata orang tua "Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair!”

Betul ke? Meh saya bongkarkan.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.
Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar.
Read 13 tweets
12 Dec
“Dari simptom yang anak puan hadapi sekarang, cara terbaik untuk pastikan jangkitan ini, kami perlu ambil air tulang belakang”

“Ambil air tulang belakang? Nanti anak saya lumpuh. Saya tak rela!”
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.
Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi.
Read 17 tweets
10 Dec
Ya Allah, gatalnya!

Bila ada resdung ni rasa gatal macam ulat-ulat tengah meranyap dalam hidung.

Buat rawatan resdung siap ada ulat-ulat lagi jatuh.

Betul ke ada ulat dalam hidung orang resdung?

Meh saya bongkarkan.
APA ITU RESDUNG?

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!