Bebenang ringkas ini akan bercerita tentang tradisi berkhatan dalam masyarakat Melayu.
1)Perkataan 'bersunat' yang merujuk kepada khatan merupakan kependekan daripada frasa 'bersunat rasul'.Pernah ditimbulkan persoalan antaranya oleh @IblisTerlaknat kenapa nama perbjayannya 'bersunat' sedangkan hukumnya wajib?
2)Jawapannya adalah kerana perbuatan khatan disifatkan sebagai sunnah (kebiasaan) para Rasul serta disebut sebagai 'Sunan Fitrah' yang lima dalam hadith berikut:
"Lima daripada perkara fitrah: Khatan,memangkas bulu ari²,memotong kuku,mencabut bulu ketiak serta memendekkan misai"
3)Berbeza dengan kebiasaan Arab yang mengkhatankan anak pada usia seawal 7 hari,dan Yahudi pada hari ke 8(disebut sebagai Brit Milah), masyarakat Melayu mengkhatankan anak sekitar umur 5 hingga 12 tahun.Jika terlalu lewat dibimbangi sudah agak susah untuk dikhatankan.
4) Kebiasaannya anak-anak akan dikhatankan sejurus sahaja khatam pengajian Al-Quran buat kali pertama,maka majlis khatan akan didahulukan dengan acara khatam Al-Quran.Anak-anak yang bakal dikhatan akan diraikan dan diarak berkeliling kampung,lengkap dengan jamuan pulut kuning.
5)Sesudah subuh pada hari khatan akan dijalankan, anak-anak akan disuruh berendam di dalam sungai bagi tujuan melembutkan kulit yang akan dipotong.Dalam tempoh kira-kira dua dasawarsa yang lepas,acara berendam digantikan dengan 'tembakan' air dengan pili bomba.
Iklan: Orang Negeri Sembilan, Nasi Lemak @OwToTheZie bakal ke tempat anda 27/12 ini!
Tempah segera di:
6)Kemudian anak-anak akan didudukkan atas batang pisang berhadapan dengan tukang sunat bergelar 'Tok Mudim'.Sebelum Tok Mudim memulakan pekerjaannya kebiasaannya anak yang bersunat akan diberi 'air tawar' pemulih semangat untuk menghilangkan rasa cemas dan takut.
7)Tujuan batang pisang digunakan kerana rasa sejuk pada batang pisang itu dipercayai akan mengalihkan perhatian ketika proses bersunat berlangsung,sekaligus mengurangkan rasa sakit.
8)Selesai kerja bersunat, anak-anak akan dipakaikan 'kelambu' khas yang terbuat dari kain sarung memandangkan bahagian yang disunatkan itu masih sensitif dan tidak boleh bersentuhan dengan seluar.Ini juga bagi memastikan luka bersunat cepat kering dan membantu penyembuhan.
9)Kini tradisi bersunat tidak lagi dilakukan dengan acara-acara di atas sebaliknya dibuat dengan lebih ringkas di klinik dengan jaminan keselamatan yang lebih baik serta penyembuhan yang lebih cepat.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.Mohon jasa baik mengulang ciap tulisan ringkas ini!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1) Tajuk terang-terangan tulis "KNOWINGLY SMUGGLE HARAM MEAT WILL BEAR SIN"
atau bahasa Melayunya: "Muslim yang menyeludup daging haram dalam keadaan sedar,akan menanggung dosa"
Kata kunci: KNOWINGLY.
2)Kemudian berita itu memetik kenyataan mufti:
"If a (Muslim) person knows that the food in his hands is non-halal and purposely distributes it to others, he will bear the sins of his actions."
Kecoh lagi fasal JAKIM.
Kali ni fasal kek bertulisan 'Merry Christmas' dan seumpamanya.
Sebelum gaduh-gaduh panjang.Mari semak dulu Manual Prosedur Pensijilan Halal JAKIM 2020.
Kalau rujuk dalam gambar di atas memang unsur-unsur keagamaan termasuklah yang menggunakan agama Islam sekalipun dilarang,seperti dalam perkara 6 (C).Maka tak dibenarkan pengiklanan dan pameran produk berunsur keagamaan bagi pemegang sijil halal,bukan terhad pada Krismas sahaja.
Sebab awal-awal lagi telah diterangkan pada perkara 11, kriteria permohonan yang tidak layak mendapat persijilan.
Pernah tertanya-tanya tak kenapa banyak majlis orang Melayu mesti ada pulut kuning? Khatam Qur'an,khatan anak,kahwin semua ada pulut kuning.
Nak tahu?
Ayuh ulang ciap (RT) hantaran ini untuk sambungan kisahnya dalam bebenang!
1)Pulut kuning dari segi sejarahnya mempunyai sedikit pengaruh Hindu-Buddha, kerana wujudnya hidangan pulut kuning sebagai hidangan ritual sembahan bagi dewa-dewi dalam berberapa negara Asia,termasuklah India,China,Laos,Vietnam dan lain-lain.
2)Kerana itu pasca kedatangan Islam ke tanah Melayu sekalipun, saki-baki unsur animisme-paganisme-Hindu-Buddha dalam acara menyediakan pulut kuning bagi ritual tertentu masih wujud,seperti menyediakan ancak atau jamuan untuk jin tertentu yang dipercayai sebagai penunggu.
Merungkai Salahfaham Ungkapan Melayu:
"Perempuan belajar tinggi-tinggi akhirnya ke ceruk dapur juga"
Kita sembahyang Maghrib dulu.Nanti malam sikit Abang habiskan cerita.Sementara tunggu, ulang ciap bagi meriah, baru semangat nak cerita.Itupun kalau ada orang nak baca la,kan?
1) Sebagaimana kebanyakan ungkapan Melayu yang sarat dengan kiasan dan maksud tersirat,ungkapan ini juga tidak terkecuali sebenarnya.
2) Bahagian pertama ungkapan ini menunjukkan bahawa kaum wanita sebenarnya tidak dihalang atau dibataskan daripada proses menuntut ilmu hingga ke tahap yang paling tinggi dalam tradisi Melayu.
Kes Kartel Daging Haram ini ada berberapa perkara kita kena faham.
1)Daging atau apa-apa makanan import memang tidak pernah akan dapat persijilan halal daripada JAKIM.Faham ini elok-elok,semat dalam kepala.
2)Yang ada ialah persijilan halal badan² luar negara diiktiraf JAKIM
3)Untuk perbekalan daging tempatan pun,persijilan halal hanya diberi sekiranya sembelihan mematuhi piawai Jabatan Veterinar dan JAKIM.Bukan JAKIM semata-mata.Premis sembelihan dan rumah sembelihan ada pegawai pemantau dari Veterinar dan JAKIM
4)Daging Import pula pemantauan itu berlaku pada peringkat Jabatan Kastam dulu,baru melalui Veterinar dan JAKIM.Dekat sini yang isu besarnya sebab pemalsuan sijil,cop halal badan luar negara dan kertas kerja boleh berlaku sebelum masuk ke tapisan Veterinar dan JAKIM.
Tatasusila Busana Melayu Ketika Berziarah Kematian.
Kematian adalah pengakhiran kehidupan di dunia.Kematian suatu perkara yang menduga emosi,maka sudah pasti tatasusila berbusana ketika berziarah kematian mesti dijaga.
Ini adalah bebenang.
1) Tatasusila Busana ini berbeza dengan adat-istiadat (protokol) pakaian berziarah kematian orang-orang kenamaan, yang mana setiap negeri dan tempat,berbeza pula adat-istiadat kematiannya.Maka ini hanyalah panduan umum sahaja agar tidak canggung ketika berziarah.
2)Pertama; Pemilihan warna dan jenis fabrik.
Pilih warna yang tidak terlalu terang,polos ,tidak bercorak dan tidak terlalu menarik perhatian serta pilihlah fabrik yang sederhana dan tidak terlalu menonjol.Berpada dengan kain tenun sahaja atau kain biasa daripada memakai songket.