Pernah tertanya-tanya tak kenapa banyak majlis orang Melayu mesti ada pulut kuning? Khatam Qur'an,khatan anak,kahwin semua ada pulut kuning.
Nak tahu?
Ayuh ulang ciap (RT) hantaran ini untuk sambungan kisahnya dalam bebenang!
1)Pulut kuning dari segi sejarahnya mempunyai sedikit pengaruh Hindu-Buddha, kerana wujudnya hidangan pulut kuning sebagai hidangan ritual sembahan bagi dewa-dewi dalam berberapa negara Asia,termasuklah India,China,Laos,Vietnam dan lain-lain.
2)Kerana itu pasca kedatangan Islam ke tanah Melayu sekalipun, saki-baki unsur animisme-paganisme-Hindu-Buddha dalam acara menyediakan pulut kuning bagi ritual tertentu masih wujud,seperti menyediakan ancak atau jamuan untuk jin tertentu yang dipercayai sebagai penunggu.
Penyediaan ancak pada hukumnya tanpa syak,adalah suatu perbuatan yang syirik,berdosa besar lagi haram hukumnya.
3)Pun begitu,memakan pulut kuning secara asalnya tidaklah dihukumkan haram, selagi bahan-bahan yang digunakan untuk menanak pulut kuning tidak berasal dari bahan yang haram.
4)Kerana itulah para ulama' terdahulu semisal Wali Songo di kepulauan Jawa serta tokoh-tokoh ulama' penasihat Raja telah mengasimilasikan adat perjamuan pulut kuning ini dengan memasukkan elemen-elemen Islam bagi menggantikan amalan-amalan syirik tersebut.
5)Pulut kuning yang pada asalnya dihidangkan untuk penunggu, dijadikan jamuan Istana untuk rakyat jelata sebagai simbolik perkenan Raja,memandangkan pulut merupakan salah satu komoditi yang lebih mahal berbanding beras biasa,ditambah warna kuning kunyit sebagai identiti Raja.
6)Maka adat yang diperkenalkan istana akhirnya berakar dan diikuti rakyat jelata kerana falsafah pulut yang saling melekat di tangan itu menggambarkan keakraban hubungan sesama masyarakat.Kerana itulah pulut kuning akhirnya menjadi makanan istimewa dalam pelbagai keraian.
Iklan:
Kalau nak masak pulut kuning di rumah,atau apa sahaja masakan tentu sahaja indah dan mudah dengan susun atur kabinet yang menarik,bukan? Jemput singgah di ciapan di bawah;
7)Bahkan hidangan pulut kuning juga dianggap sebagai 'upah' bagi pesilat yang mempersembahkan tari silat mereka dalam keraian pernikahan,kerana itulah terkadang silat aliran tari juga disebut sebagai 'Silat Pulut'.
8)Kini selera masyarakat juga berubah dan pulut kuning tidak lagi menjadi makanan yang bernilai dan istimewa sepertimana dahulu maka ia perlahan-lahan hilang dari keraian Melayu,diganti dengan juadah yang lain.
Sekian terima kasih kerana sudi membaca dan silakan mengulang ciap hantaran ini!
Rujukan;
i. Aishah@Eshah Haji Mohamed, Sulong Mohamad & Haziyah Hussain, 2010. Makanan Hantaran dalam Perkahwinan Melayu Kelantan: Adat dan Interpretasi. Jurnal e-Bangi: Volume 5, Number 1, 103-115. Bangi: UKM.
ii.Aidil Wijaya. 2011, The meanings of pulut kuning for Melayu Society in Hamparan Perak. Medan: Universitas Sumatera.
iii.Rakaman dokumentari Majalah Seni Beladiri bersama Cikgu Mazlan
iv.Penceritaan lisan berberapa orang guru-guru tua
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1) Tajuk terang-terangan tulis "KNOWINGLY SMUGGLE HARAM MEAT WILL BEAR SIN"
atau bahasa Melayunya: "Muslim yang menyeludup daging haram dalam keadaan sedar,akan menanggung dosa"
Kata kunci: KNOWINGLY.
2)Kemudian berita itu memetik kenyataan mufti:
"If a (Muslim) person knows that the food in his hands is non-halal and purposely distributes it to others, he will bear the sins of his actions."
Kecoh lagi fasal JAKIM.
Kali ni fasal kek bertulisan 'Merry Christmas' dan seumpamanya.
Sebelum gaduh-gaduh panjang.Mari semak dulu Manual Prosedur Pensijilan Halal JAKIM 2020.
Kalau rujuk dalam gambar di atas memang unsur-unsur keagamaan termasuklah yang menggunakan agama Islam sekalipun dilarang,seperti dalam perkara 6 (C).Maka tak dibenarkan pengiklanan dan pameran produk berunsur keagamaan bagi pemegang sijil halal,bukan terhad pada Krismas sahaja.
Sebab awal-awal lagi telah diterangkan pada perkara 11, kriteria permohonan yang tidak layak mendapat persijilan.
Merungkai Salahfaham Ungkapan Melayu:
"Perempuan belajar tinggi-tinggi akhirnya ke ceruk dapur juga"
Kita sembahyang Maghrib dulu.Nanti malam sikit Abang habiskan cerita.Sementara tunggu, ulang ciap bagi meriah, baru semangat nak cerita.Itupun kalau ada orang nak baca la,kan?
1) Sebagaimana kebanyakan ungkapan Melayu yang sarat dengan kiasan dan maksud tersirat,ungkapan ini juga tidak terkecuali sebenarnya.
2) Bahagian pertama ungkapan ini menunjukkan bahawa kaum wanita sebenarnya tidak dihalang atau dibataskan daripada proses menuntut ilmu hingga ke tahap yang paling tinggi dalam tradisi Melayu.
Bebenang ringkas ini akan bercerita tentang tradisi berkhatan dalam masyarakat Melayu.
1)Perkataan 'bersunat' yang merujuk kepada khatan merupakan kependekan daripada frasa 'bersunat rasul'.Pernah ditimbulkan persoalan antaranya oleh @IblisTerlaknat kenapa nama perbjayannya 'bersunat' sedangkan hukumnya wajib?
2)Jawapannya adalah kerana perbuatan khatan disifatkan sebagai sunnah (kebiasaan) para Rasul serta disebut sebagai 'Sunan Fitrah' yang lima dalam hadith berikut:
"Lima daripada perkara fitrah: Khatan,memangkas bulu ari²,memotong kuku,mencabut bulu ketiak serta memendekkan misai"
Kes Kartel Daging Haram ini ada berberapa perkara kita kena faham.
1)Daging atau apa-apa makanan import memang tidak pernah akan dapat persijilan halal daripada JAKIM.Faham ini elok-elok,semat dalam kepala.
2)Yang ada ialah persijilan halal badan² luar negara diiktiraf JAKIM
3)Untuk perbekalan daging tempatan pun,persijilan halal hanya diberi sekiranya sembelihan mematuhi piawai Jabatan Veterinar dan JAKIM.Bukan JAKIM semata-mata.Premis sembelihan dan rumah sembelihan ada pegawai pemantau dari Veterinar dan JAKIM
4)Daging Import pula pemantauan itu berlaku pada peringkat Jabatan Kastam dulu,baru melalui Veterinar dan JAKIM.Dekat sini yang isu besarnya sebab pemalsuan sijil,cop halal badan luar negara dan kertas kerja boleh berlaku sebelum masuk ke tapisan Veterinar dan JAKIM.
Tatasusila Busana Melayu Ketika Berziarah Kematian.
Kematian adalah pengakhiran kehidupan di dunia.Kematian suatu perkara yang menduga emosi,maka sudah pasti tatasusila berbusana ketika berziarah kematian mesti dijaga.
Ini adalah bebenang.
1) Tatasusila Busana ini berbeza dengan adat-istiadat (protokol) pakaian berziarah kematian orang-orang kenamaan, yang mana setiap negeri dan tempat,berbeza pula adat-istiadat kematiannya.Maka ini hanyalah panduan umum sahaja agar tidak canggung ketika berziarah.
2)Pertama; Pemilihan warna dan jenis fabrik.
Pilih warna yang tidak terlalu terang,polos ,tidak bercorak dan tidak terlalu menarik perhatian serta pilihlah fabrik yang sederhana dan tidak terlalu menonjol.Berpada dengan kain tenun sahaja atau kain biasa daripada memakai songket.