Kes Kartel Daging Haram ini ada berberapa perkara kita kena faham.
1)Daging atau apa-apa makanan import memang tidak pernah akan dapat persijilan halal daripada JAKIM.Faham ini elok-elok,semat dalam kepala.
2)Yang ada ialah persijilan halal badan² luar negara diiktiraf JAKIM
3)Untuk perbekalan daging tempatan pun,persijilan halal hanya diberi sekiranya sembelihan mematuhi piawai Jabatan Veterinar dan JAKIM.Bukan JAKIM semata-mata.Premis sembelihan dan rumah sembelihan ada pegawai pemantau dari Veterinar dan JAKIM
4)Daging Import pula pemantauan itu berlaku pada peringkat Jabatan Kastam dulu,baru melalui Veterinar dan JAKIM.Dekat sini yang isu besarnya sebab pemalsuan sijil,cop halal badan luar negara dan kertas kerja boleh berlaku sebelum masuk ke tapisan Veterinar dan JAKIM.
5)Yang terlepas masuk selepas tapisan pertama ini yang jadi masalah,sebab daging-daging haram yang bercampur bukan semata-mata antara daging lembu dan bukan lembu sahaja yang boleh disah tentu melalui ujian DNA,tapi termasuk daging lembu tak diketahui status sembelihan.
6)Tak ada lagi teknologi untuk mengesan sah tentu status daging yang sudah tambahan pula daging yang sampai berbentuk karkas yang siap diproses.Kepala pun dah tak ada.Lainlah kalau disembelih di sini.
Jadi bila tiba-tiba kau gelabah serang JAKIM,maksudnya kau tak pernah faham proses ni semua.Bukanlah kata pegawai JAKIM semua maksum tak berdosa tapi biar tahu proses dulu sebelum nak kritik pun.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tatasusila Busana Melayu Ketika Berziarah Kematian.
Kematian adalah pengakhiran kehidupan di dunia.Kematian suatu perkara yang menduga emosi,maka sudah pasti tatasusila berbusana ketika berziarah kematian mesti dijaga.
Ini adalah bebenang.
1) Tatasusila Busana ini berbeza dengan adat-istiadat (protokol) pakaian berziarah kematian orang-orang kenamaan, yang mana setiap negeri dan tempat,berbeza pula adat-istiadat kematiannya.Maka ini hanyalah panduan umum sahaja agar tidak canggung ketika berziarah.
2)Pertama; Pemilihan warna dan jenis fabrik.
Pilih warna yang tidak terlalu terang,polos ,tidak bercorak dan tidak terlalu menarik perhatian serta pilihlah fabrik yang sederhana dan tidak terlalu menonjol.Berpada dengan kain tenun sahaja atau kain biasa daripada memakai songket.
Orang Melayu sebenarnya gemar berwangi-wangian,dengan memanfaatkan sumber alam di sekeliling mereka.Tulisan ringkas ini akan menyenaraikan beberapa kaedah serta bahan yang biasa digunakan sebagai wangi-wangian Alam Melayu.
Ini adalah bebenang.
Terdapat berberapa cara orang Melayu memanfaatkan bahan-bahan haruman alami untuk berwangi-wangian.Antaranya ;
i.Merenjis wangian atau berminyak
ii.Mewukok atau Mengasapkan
iii.Melangir.
iv.Menyisip atau menyelit.
1)Merenjis wangian atau berminyak, sememangnya cara kebiasaan orang memakai wangian,tidak terhad kepada orang Melayu sahaja.Namun ada catatan bahawa kebiasaan berminyak wangi ini sudah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi,sebagaimana catatan Sulalatus Salatin:
Lelaki Metroseksual Melaka: Petikan Sulalatus Salatin.
Ya.Lelaki metroseksual memang wujud sejak zaman Melaka lagi,dan ada terakam kisahnya di dalam Sulalatus Salatin,tahu? Jam 8 malam nanti Abang cerita.
Sementara tu ulang ciap dulu banyak-banyak,barulah seronok nak bercerita!
1)Definisi Metroseksual dalam bahasa mudahnya; lelaki yang sangat menjaga penampilan dan tatarias peribadinya.ini tidak ada kena mengena dengan seksualitinya, baik dia seorang heteroseksual atau selainnya.
2)Lelaki yang bukan metroseksual ini kebiasaannya sangat sederhana dalam penampilan.Atau kadangkala dilihat serabai atau tidak kemas,berbanding dengan lelaki metroseksual yang terkadang mampu mengalahkan wanita dari segi ketelitian penjagaan dirinya.
Ada berberapa versi kisah berkenaan Tun Teja,namun semua versi ini berakhir dengan pernikahannya dengan Sultan Melaka.Sebahagian versi ini boleh kita rujuk semula di dalam Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.
Versi Sulalatus Salatin:
1)Hang Nadim, anak Hang Jebat telah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membeli kain serasah di Negeri Keling (India) namun,kapal Hang Nadim dipukul ribut kerana terkena sumpahan seorang Sayyid yang bertengkar dengan Hang Isap.
Pengalaman buat aduan dengan saluean yang betul,tanpa tular di media sosial:
1)Pergi makan dengan keluarga di sebuah hotel, dalam menu ditulis 'Asian Risotto' sekali yang sampai Nasi Ladna.Mengadu dengan pengurusnya,dapat ganti rugi.
2)Tempah makanan dalam talian,makanan lambat sampai.Mengadu dekat akaun media sosial,diberi ganti rugi lagi besar dari nilai makanan yang dipesan.Sampai rasa bersalah pula mengadu 😅
3)Pesan makanan di kedai,air minum tak sampai.Bila adukan pada pengurus,bil dilangsaikan percuma
Banyak lagilah keadaan yang sebenarnya tak perlu buat kecoh di media sosial dahulu.Buat aduan guna saluran sepatutnya,samada bersemuka berdepan atau hubungi talian khidmat pelanggan terlebih dahulu.Dah tak dapat atau tak dilayan barulah boleh nak mengaruk pun.
Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu
1)Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.
2)Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai " wukok kain" atau "mewangikan kain".
3)Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada "saji" besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.