brc.my Profile picture
8 Jan, 11 tweets, 3 min read
BUKAN TESTIMONI BASI: INI CARA NAK DAPATKAN TESTIMONI BERKUALITI DARI PELANGGAN

Dalam bisnes, testimoni pelanggan sangat penting!

Tapi...

Ramai orang bisnes takut nak minta testimoni pelanggan sebab takut kena kritik atau dapat testimoni yang negatif.

Patut ke?

[THREAD]]
Testimoni negatif bukan bermaksud bisnes kita akan terus lingkup.

Pelanggan sebenarnya bagi pandangan yang ada ruang lagi untuk kita tambah baik bisnes kita.

CHILL!

Kalau tak boleh terima kritikan, jangan buat bisnes.

2/11
Bila dapat testimoni yang positif pula, jangan cepat rasa mabuk!

"Produk ini terbaik!"

"Servis mantap!"

"Saya suka pakai produk ABC."

Ini bukan testimoni ye.

Kita baca pun tak tersentuh langsung.

3/11
Sebaiknya kita nak dapatkan FULL STORY dari pelanggan.

Apa masalah dia?

Apa perasaan dia?

Apa perubahan yang dia nak?

Apa impian dia?

Macam mana dia tahu pasal produk kita?

Apa yang dia dapat lepas guna produk kita?

Berbaloi ke dia beli dengan kita?

4/11
BUKAN TESTIMONI 'SURFACE'!

Banyak yang kita boleh dapat kalau pelanggan boleh bagi testimoni yang lengkap.

BRC sendiri takkan pernah puas hati dengan testimoni yang tak jejak ni.

Selagi tak dapat apa yang kami nak selagi tu kami tanya.

Macam mana nak dapatkan?

5/11
1. Bagi insentif untuk pelanggan bagi testimoni

"Kalau aku bagi testimoni, apa aku dapat?"

Kalau semata-mata sebab nak guna testimoni untuk dijadikan bahan marketing, siapa pun tak nak bagi.

Kena ada reward untuk pelanggan.

Win-win.

6/11
2. Mudahkan pelanggan untuk kongsi testimoni.

Apa cara yang senang untuk pelanggan?

Whatsapp, call, jumpa depan-depan?

Dapatkan cerita sebelum apa dia buat - semasa apa dia buat - selepas apa hasil dia.

Korek cerita selengkap-lengkapnya.

7/11
"Tak pernah suami tegur kulit muka saya, baru seminggu pakai dia dah perasan perubahan.

"Padahal banyak je serum saya cuba sebelum ni, dia buat tak tahu je.

"Kenapalah saya tak beli dulu lagi serum ni."

Pastikan ada cerita & emosi untuk naikkan 'value' produk.

8/11
3. Masa yang betul untuk dapatkan testimoni

Bagi masa untuk pelanggan guna dulu produk kita.

Jangan harini pelanggan beli lusa dah mintak feedback.

Pelanggan pun rasa semak.

Lagi liat dia nak bagi testimoni.

9/11
Testimoni penting untuk kuatkan lagi jenama produk atau servis kita.

Banyakkan testimoni kita dari pelbagai situasi dan 'angle' supaya kita boleh tarik perhatian lebih ramai lagi prospek yang ada masalah yang sama.

10/11
Pesanan ulangan!

Jangan cepat puas hati dengan testimoni pelanggan yang 'on the surface' saja.

Semoga bermanfaat.

#customerfeedback
#testimonipelanggan

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with brc.my

brc.my Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @brcdotmy

6 Jan
KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN IPOD YANG MENJADI PILIHAN PENDENGAR MUZIK SELURUH DUNIA

Model iPod pertama diperkenalkan pada tahun 2001.

Masa ni, dah ada jenama besar lain yang keluarkan MP3 player di pasaran.

Tapi iPod jadi lebih popular walaupun masih baru.

Kenapa?

[THREAD] Image
Sebelum iPod dilancarkan secara rasmi, Steve Jobs tubuhkan satu pasukan khas untuk misi iPod ni.

Tony Fadell atau dikenali sebagai 'Father of the iPod' dipanggil untuk mengetuai pasukan projek iPod ini.

2/8 Image
Pada awalnya, iPod masih lagi belum ada konsep, team dan prototaip pun lagi.

Tony mula buat kajian MP3 player yang sedia ada di pasaran.

Misi Tony adalah untuk hasilkan prototaip iPod yang menyelesaikan masalah yang produk lain tak berjaya selesaikan.

3/8
Read 8 tweets
28 Dec 20
PROPEK BANYAK ‘CEKADAK’ TAPI TAK BELI? 3 CARA INI BOLEH BANTU ANDA

Dah bagi details pasal produk.

Dah melayan sampai 3 hari 3 malam.

Prospek tetap tak membeli.

Kenapa?

[THREAD] Image
Sebelum tu kita kena faham menjual ni apa.

Menjual bukan hanya untuk dapat jualan.

Kita perlu menjual secara manusiawi!

Menjual secara betul dan berhemah.

Menjual sebab nak membantu pelanggan selesaikan masalah.

Jualan dan untung akan datang kemudian.

2/19
Macam mana nak jual secara manusiawi?

Kita hanya perlu menjual macam mana kita nak orang menjual pada kita.

Kita pun tak suka kalau ada jurujual yang:
👉🏻 jual macam memaksa

👉🏻 nampak kebulur sangat nak duit kita

👉🏻 mengganggu kita/ tak beradab

Betul tak?

3/19
Read 19 tweets
18 Nov 20
Kisah ini berlaku semasa temasya Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.

PUMA melakukan serangan marketing 'mengejut' terhadap NIKE yang merupakan penaja utama temasya tersebut. Serangan ni menyebabkan PUMA menjadi lebih popular semasa satu acara utama di Rio.

Apa yang PUMA buat?
Antara atlet yang paling banyak dapat perhatian adalah Usain Bolt, manusia terpantas dunia.

Usain Bolt ditaja oleh PUMA sejak umur 15 tahun lagi.

Berapa PUMA bayar Usain Bolt?

10 juta euro setahun!

2/15
Malangnya...

Peraturan ketat syarat penajaan Sukan Olimpik menyebabkan hanya syarikat yang menjadi penaja utama Sukan Olimpik saja yang boleh gunakan platform Olimpik untuk 'marketing stunt' mereka.

3/15
Read 15 tweets
7 Nov 20
MAMPU BERTAHAN SELAMA 8 TAHUN SAHAJA, INI PUNCA KENAPA IKEA GAGAL DI JEPUN

Tahun 1974, IKEA buka cawangan pertama mereka di luar tanah Eropah iaitu di Nagakute, Jepun.

Ini merupakan cawangan ke-5 IKEA selepas Sweden, Norway, Denmark & Switzeland.

Kenapa Jepun?

[THREAD]
Zaman 70an Jepun sangat pesat membangun sebagai negara industri.

Mereka kerja keras untuk naikkan ekonomi selepas kekalahan perang dunia kedua.

IKEA nampak pasaran di negara matahari terbit ni sebagai satu peluang.

2/15
Sebelum buka, mereka kaji pasaran Jepun & mendapati rakyat Jepun sangat pentingkan masa.

Jadi mereka ambil keputusan untuk bina kedai dalam saiz yang kecil.

Orang Jepun tak suka habiskan masa lama-lama dalam kedai besar.

Kalau boleh, datang beli barang dan balik.

3/15
Read 15 tweets
6 Nov 20
NASIHAT UNTUK USAHAWAN.

Serabut VS Taksub.

Jangan sampai serabut belajar dari banyak sumber.

Bukan salah sumber. Salah kita sendiri tak reti memproses.

Kita boleh belajar dari banyak tempat berlainan sumber & BERLAWANAN sudut pandang.

1/5
Tak salah nak berguru dengan ramai sifu.

Tak salah nak join macam-macam seminar atau kelas.

Cuma kena pandai proses sendiri. Cari jalan sendiri setelah meraikan banyak sudut pandang.

Tiada masalah.

2/5
Tapi jangan sampai taksub belajar dari satu sumber dan menolak yang lain.

Bukan salah sumber. Salah kita taksub tak tentu hala.

Kita boleh belajar dari satu sumber untuk satu langkah demi langkah jelas. Belajar ikut cara itu. Buat dulu.

3/5
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!