Pertama kali jumpa dengan manusia pedofil ni masa saya bekerja di kafe siber selepas SPM.
Lelaki usia 30-an ni akan datang petang-petang waktu tak ramai pelanggan dan mesti akan pilih komputer yang paling hujung.
Saya mula syak ada yang tak kena bila pelanggan yang duduk sebelah meja dia mesti tergesa-gesa nak balik.
Lepas saya laporkan pada pemilik kafe siber tentang aktiviti pelanggan tu, saya dah tak pernah nampak dia datang lagi.
Kes pedofilia macam ni sebenarnya dah lama ada di Malaysia cuma mereka ni sangat susah nak dikesan sebab mereka pandai menyorok dari pihak berkuasa.
Contoh yang terkenal ialah kes Richard Huckle. Dia ialah antara pedofil paling dasyat dalam sejarah Britain.
Dia pernah masuk ke Malaysia sebagai sukarelawan dan dilaporkan dia dah cabul 200 orang kanak-kanak termasuk di Malaysia.
Mangsa dia berumur 6 bulan sampai la yang berumur 12 tahun.
Antara sifat pedofil ni ialah diorang ada keinginan seksual yang tinggi dan berulang-ulang pada kanak-kanak bawah 13 tahun.
Mereka suka berfantasi sambil melihat gambar kanak-kanak bawah 13 tahun.
Bukan tu je, pedofil juga ada koleksi gambar kanak-kanak mereka sendiri.
Koleksi gambar ni mereka guna untuk:
📌 Kepuasan diri sendiri
📌 Bertukar-tukar gambar dengan pedofil yang lain.
📌 Jana pendapatan dengan menjual gambar kanak-kanak di laman web lucah.
Richard Huckle sendiri dilapor memiliki 20,000 koleksi gambar kanak-kanak dari komputer dan hard disk peribadinya.
Tak terkata dah.
Masa perbicaraan, bukti-bukti gambar ni ditunjukkan pada pihak juri.
Disebabkan terlalu banyak, sebahagian gambar tak dapat ditunjuk dan juri-juri ni dirujuk pula ke doktor psikiatri atas sebab trauma melihat gambar-gambar tu.
Musim PKP ni, mohon mak ayah berjaga-jaga bila letak gambar anak di media sosial.
Elakkan letak gambar :
❌ Video atau gambar anak tak berbaju
❌ Gambar anak mandi dalam tab, baldi, kolam mandi.
❌ Gambar anak bertuala sambil mak/ayah suap makan.
❌ Gambar anak menari.
❌ Gambar anak tidur terselak baju, seluar atau tidur dalam posisi menonggek.
Gambar yang kita rasa tak ada apa-apa tu lah, pedofil guna untuk puaskan diri sendiri.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai ibu bapa yang peka tentang keselamatan anak. Ingat tau, ada gambar hanya untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke?
Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.
Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.
Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin.
Tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.
Menurut American Academy of Pediatrics,
✅ Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.
✅ Cuma 1 jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun