Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke?
Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ni sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.
Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.
Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi tu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.
Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin.
Tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.
Menurut American Academy of Pediatrics,
✅ Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.
✅ Cuma 1 jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun