“Papa, tadi abang belajar pasal Siphonophore. Besar sangat haiwan tu!”

"Betul ke ada nama haiwan macam ni?” Pertama kali dengar nama ni, ragu-ragu juga jadinya.

Cepat-cepat dia Google dan tunjuk pada saya.
Wah, wujud rupanya. Saya pun duk dengar dia cerita macam-macam sampai 15 minit. Sampai satu ketika tu, saya perasan yang dia beriya-iya nak bagi saya faham.
Kemuncaknya bila dia cerita yang Siphonophore ni akan meletup kalau berenang dekat dengan permukaan air. Sebab tu mereka hanya tinggal di laut dalam.
Esoknya isteri saya tanya apa yang saya borakkan dengan anak. Berseri-seri je muka anak bila dia masuk ke bilik tidur. Tidur sampai tersengih-sengih.

Saya cakap tak ada apa. Cuma dengar dia bercerita.
Rupanya itulah perkara yang boleh buat anak gembira. Cukup dengan luang masa dengar mereka bercerita.

Saya kongsikan Tips Jadi Pendengar Anak Yang Terbaik ni ya.

👇👇👇
✅ Beri sepenuh perhatian bila anak bercakap

✅ Badan kita mengadap anak dan pastikan kita pandang mata anak. Barulah kita jadi lebih fokus.

✅ Tinggalkan kerja yang sedang kita lakukan.
✅ Duduk separas dengan anak atau melutut supaya paras mata kita setentang dengan mata anak.

✅ Gunakan semula perkataan yang anak guna sebagai respon pada apa yang anak ceritakan.
✅ Kalau terlalu sibuk untuk beri perhatian, set masa dengan anak dan pastikan janji tu dipenuhi.

“Ibu perlu telefon kawan sekarang. Lepas selesai, ibu dengar cerita kakak ye.”
Percayalah, bila mak ayah tekun mendengar cerita anak,

1) Anak rasa keberadaan ayah dan mak.
2) Anak rasa mak ayah faham dunia mereka.
3) Anak jadi seronok kalau mak ayah kagum dengan cerita-cerita mereka.
Barulah anak jadi rapat dengan kita dan bukan rapat dengan gajet semata.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni supaya lagi ramai mak ayah yang rapat dengan anak-anak.
Saya recommend mak ayah beli buku Teroka Sains 1 & 2 untuk galakkan anak suka pada fakta sains menarik. Klik sini ya:

bit.ly/AnakPintarSains
Halaman buku Teroka Sains 1 dan 2

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

8 Feb
Anak suka pujuk kita waktu kita bersedih?

Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :

✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Read 12 tweets
7 Feb
Setiap hari, ibu ni akan pergi bekerja.

Beliau balik rumah jam 6 petang, then masak, kemas rumah, mandikan anak, tau-tau dah pukul 9 malam.

Dah sampai masa tidur anak dan si ibu pula dah sangat letih.

Itulah yang berulang setiap hari.
Selalu juga beliau baca kisah ibu di media sosial yang kongsikan aktiviti bersama anak mereka.

Fikir punya fikir, timbul 1 idea dalam dirinya.

“Baik aku fokus pada 1 perkara, asalkan aku istiqomah."

Lalu, beliau pilih utk cerita bedtime reminder sebelum anak lelapkan mata.
Fast forward, anak-anak dah besar remaja. Ibu ini pula semakin stabil dalam kerjaya.

Salah seorang anaknya ditawarkan masuk ke asrama. Selesai urusan pendaftaran, si ibu pun pulang.

Sebaik kereta berlalu pergi, terus saja si ibu membuka kertas yang anaknya berikan.
Read 7 tweets
16 Jan
Saya perhati je dari pagi.

Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.

“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.

Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.

Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”

Best ke?

Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.
Read 13 tweets
15 Jan
Pertama kali jumpa dengan manusia pedofil ni masa saya bekerja di kafe siber selepas SPM.

Lelaki usia 30-an ni akan datang petang-petang waktu tak ramai pelanggan dan mesti akan pilih komputer yang paling hujung.
Saya mula syak ada yang tak kena bila pelanggan yang duduk sebelah meja dia mesti tergesa-gesa nak balik.

Lepas saya laporkan pada pemilik kafe siber tentang aktiviti pelanggan tu, saya dah tak pernah nampak dia datang lagi.
Kes pedofilia macam ni sebenarnya dah lama ada di Malaysia cuma mereka ni sangat susah nak dikesan sebab mereka pandai menyorok dari pihak berkuasa.
Read 15 tweets
14 Jan
“Sukanya bau baby.”

Selalu sangat saya dengar jururawat, doktor dan ibu-ibu cakap macam ni di wad.
Setiap kali mereka dukung bayi yang baru lahir, perkara pertama yang dibuat ialah menghidu kepala bayi.

Sampai berkali-kali mereka hidu, pun masih rasa tak puas.

Rasa gembira. Rasa tenang.
1) Bila wanita terutamanya ibu menghidu kepala bayi, neuro hormon bernama dopamine akan dirembes dari beberapa bahagian otak.
Read 11 tweets
13 Jan
Banyak sangat perkara yang saya rindukan mengenai mak saya.

Lama sangat kami tak bertemu dan hari ni, syukur hajat saya jadi kenyataan.
Mak tiba tadi terus saya peluk dan cium tangan mak.

Hati sebak.

Rindunya tangan yang menjaga saya sejak lahir. Tangan tu lah yang mak angkat setiap hari untuk doakan kami 3 beradik.
Adik masih kerja di off shore. Sedih-sedih saya, belum boleh lawan sedih si adik.

Dah lah dia kerja jauh di Miri, sampai ke hari ni belum dapat dia balik untuk jenguk mak.

Syukurlah isteri masak hebat-hebat hari ni.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!