Ini perkara yang mak ayah semua kena tahu sebelum nak pakaikan Mittens dan Booties lama-lama kat baby kita tu.
#1 – Bayi kita tu sebenarnya suka sangat kalau dapat explore 'sense of touch' sejak lahir lagi. Dengan jari halus tu sebolehnya dia nak sentuh semua benda sebab bila dia dapat pegang pelbagai objek dan tekstur, deria sentuhan baby akan lebih teransang.
Lepas tu bila baby kita tu mula belajar masukkan tangan dan benda kat dalam mulut, maka ransangan berlaku pulak pada deria rasa.
Ransangan tu semualah yang nanti buatkan perkembangan otak si kecil tu jadi lebih hebat.
#2 – Tahu tak mata baby kita yang baru dilahirkan tu tak sensetif sangat dan belum dapat nampak persekitaran dengan jelas macam pandangan kita orang dewasa ni.
Dia pun tak sedar yang dia ada dua belah tangan sebenarnya.
Sebab tu once dia dapat lihat dan rasa tangan dia tu, baby akan gunakan tangan dan jari dengan lebih kerap.
Jadi janganlah mak ayah pelik pulak kalau tengok si comel tu ‘kagum’ sangat dan boleh je duk seorang diri sambil bermain dengan tangan sendiri.
#3 – Benda paling menakutkan sebenarnya ialah bila jari baby bertukar jadi warna hitam legam akibat salur darah tersekat dan terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan gara-gara terjerut atau terlilit benang stoking (Hair Tourniquet Syndrome).
Memang kadang tu parent dan pengasuh tak sedar pun jari si comel tu dah tercedera kerana asyik terkurung je dalam sarung kaki dan jarang diperiksa. Tahu-tahu baby kita dah jadi mangsa terkena Hair Tourniquet Syndrome macam dalam gambar tu.
Sebab tu lah seeloknya mittens dan booties ni, tak dipakaikan terlalu kerap. Jangan terpengaruh bila ada orang beritahu takut nanti baby kembung sebab angin masuk ikut kaki. Mengarut je tu.
Paling bagus sebenarnya, bila mak habis berpantang, baby kita tu pun terus berpantang dari benda-benda ni. Biarkan je tangan dan kaki dia belajar meneroka apa yang boleh supaya otak si comel tu dapat berkembang jadi lebih dasyat.
Tolong saya #kongsikan fakta ni dengan mak ayah yang ada baby ye.
Nanti join Telegram saya sekali supaya korang tak tertinggal ilmu kesihatan anak kecil yang penting. Banyak saya share dekat sana.
Ni 5 teknik mudah yang kita boleh amalkan kalau serius nak jadi mak ayah yang awesome.
Thread.
1️⃣ Banyakkan senyuman dan sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak. Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu.
Ada kanak-kanak yang dia orang ni suka sangat terjerit-jerit. Entah entah dia dapat perangai tu daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.
Bahayanya! Jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita.
Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.
Thread.
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:
#1. Kerap cium dahi dan peluk si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu.
Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).
#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan anak supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama & ada eye contact yang bagus.
Mungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita tu yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Thread.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat. Tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Terperanjat weh masa dengar masih ada yang sanggup pergi rendam baby kat dalam air cincau. Dah tahun 2021 dah ni. Tu bukan cara yang betul nak turunkan paras kuning (jaundice) anak.
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan kita, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Pernah sekali dulu saya bengang betul masa anak sulung saya usianya 10 bulan. Waktu tu, dia pernah simpan emas dan jana keuntungan sebanyak 13% hanya dalam tempoh 5 bulan!
Begini ceritanya.
Saya tamatkan pengajian di Mesir pada tahun 2015. Masa pulang ke sini, ada seorang ahli keluarga kami hadiahkan wang sebanyak RM1300 untuk anak saya buka akaun simpanan di Tabung Haji dan terus daftar haji sekaligus.
Tapi entah macam mana waktu tu, disebabkan anak saya ni lahir di Kota Kaherah sana jadi urusan untuk dapatkan mykid ambil masa yang sedikit panjang. Pulak waktu tu urusannya dibuat di pejabat JPN daerah je.
“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.”
Cepat-cepat saya palingkan muka ke sebelah kiri. Sebak pulak bila nampak kedua-dua belah matanya dah mula bergenang dengan air mata akibat terlampau risau.
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.