Tolong biasakan sebut 3 ayat magic ni depan si kecil tu kalau nak dia membesar jadi anak yang hebat. #threadparenting
#1 - Sentiasa ucapkan “Minta Tolong” tiap kali kita nak minta si kecil tu tolong kita buat sesuatu.
#2 - Rendahkan diri kita untuk sebut “Minta Maaf’ sekiranya kita tersilap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun mungkin perkara tu tak disengajakan pun.
#3 - Bila si kecil tu datang bantu kita siapkan kerja rumah atau dia puji masakan kita ni sedap, cepat-cepat kita ucap, “Terima kasih sayang sebab tolong ibu.”
Percayalah, Mirror Neuron dalam diri anak-anak kita tu akan membuatkan mereka belajar untuk meniru semua perkataan kita ni bila dah besar nanti.
Jadi makin kerap kita amalkan 3 ayat ni, makin mudahlah kita nak install communication skills yang sangat luar biasa ke dalam minda anak kesayangan kita tu dan ubah hidupnya jadi individu yang hebat suatu hari nanti.
Lepas baca terus amalkan ye pada anak masing-masing. InsyaAllah anak tu akan membesar jadi penyejuk mata yang berharga untuk dunia dan akhirat kita.
Jemput ke Telegram saya sekali. Kat sana saya ada kongsikan banyak lagi ilmu parenting dan ilmu kesihatan anak kecil setiap hari.
Ni 5 teknik mudah yang kita boleh amalkan kalau serius nak jadi mak ayah yang awesome.
Thread.
1️⃣ Banyakkan senyuman dan sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak. Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu.
Ada kanak-kanak yang dia orang ni suka sangat terjerit-jerit. Entah entah dia dapat perangai tu daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.
Bahayanya! Jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita.
Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.
Thread.
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:
#1. Kerap cium dahi dan peluk si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu.
Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).
#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan anak supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama & ada eye contact yang bagus.
Mungkin sebab selama ni kita jarang peluk si kecil kita tu yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Thread.
Kadang tu memang lah kita dah usaha jaga bab makan. Kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat. Tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stress tu sendiri beri efek tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Terperanjat weh masa dengar masih ada yang sanggup pergi rendam baby kat dalam air cincau. Dah tahun 2021 dah ni. Tu bukan cara yang betul nak turunkan paras kuning (jaundice) anak.
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan kita, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin.
Pernah sekali dulu saya bengang betul masa anak sulung saya usianya 10 bulan. Waktu tu, dia pernah simpan emas dan jana keuntungan sebanyak 13% hanya dalam tempoh 5 bulan!
Begini ceritanya.
Saya tamatkan pengajian di Mesir pada tahun 2015. Masa pulang ke sini, ada seorang ahli keluarga kami hadiahkan wang sebanyak RM1300 untuk anak saya buka akaun simpanan di Tabung Haji dan terus daftar haji sekaligus.
Tapi entah macam mana waktu tu, disebabkan anak saya ni lahir di Kota Kaherah sana jadi urusan untuk dapatkan mykid ambil masa yang sedikit panjang. Pulak waktu tu urusannya dibuat di pejabat JPN daerah je.
“Kami memang terpaksa biuskan anak ni supaya dia tak sedarkan diri. Lepas tu barulah kami boleh keluarkan benda tu daripada kawasan saluran tekak tu puan.”
Cepat-cepat saya palingkan muka ke sebelah kiri. Sebak pulak bila nampak kedua-dua belah matanya dah mula bergenang dengan air mata akibat terlampau risau.
Ikutkan ceritanya, si kecil tu bukanlah jenis yang suka mengutip benda kat lantai tapi entah macam mana hari tu dia boleh terjumpa syiling yang berselerakan lantas dimasukkan ke dalam mulut.