Saya takut membaca beratus fail kanak-kanak yang menjadi mangsa Sexual Grooming.
Bermula dengan 1 klik dari apps WeChat, ia diakhiri dengan cabul, rogol, tekanan jiwa dan trauma bertahun lamanya.
Ini 6 fasa Sexual Grooming yang mak ayah wajib tahu.
#1 Memilih mangsa
- yang lemah
- yang sangat nakkan perhatian
- yang kurang keyakinan diri
- kurang berpendidikan
- anak istimewa
#2 Mengumpul maklumat mangsa
- Mangsa akan selalu diperhatikan untuk tahu
apa keinginan dan kelemahan terbesar mangsa.
#3 Mula dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula tawarkan diri untuk bantu mangsa dengan niat untuk dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula memadam sempadan antara perlakuan yang betul dan salah.
- mula guna ayat :
“Ini rahsia kita berdua, mak ayah tak boleh tahu.”
#4 Pemangsa bina kredibiliti di mata mangsa.
- akan berikan kasih sayang, perhatian, tenaga, wang pada mangsa sehingga pemangsa menjadi kawan baik.
#5 Isolasi mangsa
- mula jauhkan mangsa dari keluarga sendiri.
- cari peluang supaya boleh berada bersendirian dengan mangsa.
- ajak tidur di rumah pemangsa.
- tawar diri untuk hantar anak ke sekolah.
#6 Perbuatan seksual
- pemangsa mula bertindak dengan menghilangkan sempadan sentuhan selamat dan tak selamat.
- akan memanipulasi kelemahan mangsa sepenuhnya.
- mula mengugut mangsa untuk mengawal mangsa.
Saya kongsikan banyak ilmu kekeluargaan dan kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram saya ➡️ t.me/NotaRedzaZainol
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas.
Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal.
Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai.
Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sunyi sepi sekejap lepas tu terus menangis adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang menangis tak berhenti.
Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah bengkak besar. Kawan-kawan kata kepala yang cecah lantai dulu. Allahu.
“Papa, tadi abang belajar pasal Siphonophore. Besar sangat haiwan tu!”
"Betul ke ada nama haiwan macam ni?” Pertama kali dengar nama ni, ragu-ragu juga jadinya.
Cepat-cepat dia Google dan tunjuk pada saya.
Wah, wujud rupanya. Saya pun duk dengar dia cerita macam-macam sampai 15 minit. Sampai satu ketika tu, saya perasan yang dia beriya-iya nak bagi saya faham.
Kemuncaknya bila dia cerita yang Siphonophore ni akan meletup kalau berenang dekat dengan permukaan air. Sebab tu mereka hanya tinggal di laut dalam.
Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :
✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke?
Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.