Seminggu ni saya tengok anak saya asyik meragam je. Makin lama makin susah nak tidur malam.
Fikir punya fikir, baru saya tersedar.
Dah makin jarang saya bawa anak bermain di luar rumah. Selalunya, hampir setiap hari saya bawa anak naik basikal jauh sampai ke kebun pokok getah.
Kat situlah anak-anak kutip biji getah, ranting kayu dan daun yang menarik coraknya untuk dibawa balik.
Mula-mula saya fikir entah apa yang anak saya ni main.
Lama-lama baru saya faham yang anak saya ni jenis Naturalistic Learner. Dia ni jenis yang lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.
1) Selain tu, kanak-kanak Naturalistic Learner ni suka:
✔️ Libatkan diri dengan "hands-on activities".
✔️ Suka aktiviti di luar rumah/ bilik darjah.
✔️ Suka belajar mengenai binatang dan tumbuh-tumbuhan.
✔️ Suka aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh dan memegang.
2) Nak anak belajar dengan lebih cepat, buat je aktiviti ni dengan anak:
- Baca buku di buaian.
- Main kad atau board game di atas rumput.
- Main anak patung di bawah pokok.
- Berkebun bersama.
- Bermain dalam lumpur.
- Mandi dalam hujan.
- Panjat pokok.
- Bermain dengan ranting kayu.
- Ajak anak perhatikan langit.
- Bawa mainan yang biasa main di dalam rumah, ke luar rumah.
3) Mengikut kajian, kanak-kanak hanya perlukan 10 minit sehari untuk bermain di luar rumah.
4) Tapi kebanyakan kanak-kanak meluangkan 7.5 jam sehari menghadap skrin elektronik.
5) 1 daripada 5 kanak-kanak hanya bermain di luar rumah sekurangnya sekali seminggu.
Tips Untuk Mak Ayah:
✅ Luangkan sekurangnya 20 minit, 3 kali seminggu, bersama anak, di luar rumah.
✅ Kajian menunjukkan, bermain di luar bersama alam sekitar dapat menurunkan hormon stress (kortisol).
Hari ni jom kita bawa anak bermain di halaman rumah. Bantu saya #sebarkan ilmu penting ni pada mak ayah yang lain.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Saya takut membaca beratus fail kanak-kanak yang menjadi mangsa Sexual Grooming.
Bermula dengan 1 klik dari apps WeChat, ia diakhiri dengan cabul, rogol, tekanan jiwa dan trauma bertahun lamanya.
Ini 6 fasa Sexual Grooming yang mak ayah wajib tahu.
#1 Memilih mangsa
- yang lemah
- yang sangat nakkan perhatian
- yang kurang keyakinan diri
- kurang berpendidikan
- anak istimewa
#2 Mengumpul maklumat mangsa
- Mangsa akan selalu diperhatikan untuk tahu
apa keinginan dan kelemahan terbesar mangsa.
#3 Mula dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula tawarkan diri untuk bantu mangsa dengan niat untuk dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula memadam sempadan antara perlakuan yang betul dan salah.
- mula guna ayat :
“Ini rahsia kita berdua, mak ayah tak boleh tahu.”
Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas.
Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal.
Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai.
Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sunyi sepi sekejap lepas tu terus menangis adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang menangis tak berhenti.
Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah bengkak besar. Kawan-kawan kata kepala yang cecah lantai dulu. Allahu.
“Papa, tadi abang belajar pasal Siphonophore. Besar sangat haiwan tu!”
"Betul ke ada nama haiwan macam ni?” Pertama kali dengar nama ni, ragu-ragu juga jadinya.
Cepat-cepat dia Google dan tunjuk pada saya.
Wah, wujud rupanya. Saya pun duk dengar dia cerita macam-macam sampai 15 minit. Sampai satu ketika tu, saya perasan yang dia beriya-iya nak bagi saya faham.
Kemuncaknya bila dia cerita yang Siphonophore ni akan meletup kalau berenang dekat dengan permukaan air. Sebab tu mereka hanya tinggal di laut dalam.
Kalau kecil-kecil lagi dah ada sifat empati macam ni, boleh jadi secara tak sedar kita dah didik anak kita sampai jadi Compassionate Child (anak yang penyayang).
Anak penyayang ni pandai letakkan diri dia dalam situasi orang lain. Selain tu :
✔️Dia ada kebolehan membaca emosi orang lain melalui pergerakan badan dan mimik muka orang sekeliling.
✔️Dia suka berkongsi permainan, makanan dan apa saja barang milik mereka.
✔️ Dia sayang pada binatang.
✔️ Dia suka puji orang lain.
✔️ Dia akan pastikan tak ada sesiapa tertinggal dalam apa-apa permainan (games).
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke?
Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.