'Anatomi' Asas Sebilah Keris.

Terpaksalah buka satu-satu sebab nak ambil gambar untuk bercerita dengan kalian di Twitter ni,seringkasnya sebatas maklumat yang cetek duk ada.
Insyaa Allah malam ni kita buka cerita.
Hari-hari menghadap antivaksin tak padan juga.
1)Keris ditempa berdasarkan kepandaian seseorang empu.Setiap keris yang dihasilkan pula mempunyai bentuk yang berbeza menandakan asal-usul empunya mahupun di mana keris itu ditempa atau dipakai.Namun, ciri² asas serta anatomi sesebuah keris hampir sama walau berbeza jenisnya.
2)Berikut adalah gambaran keris dalam keadaan bersarung.Sarung keris juga terkadang disebut sebagai 'pakaian' keris yang terbahagi kepada :
i.Hulu
ii.Pendokok
iii.Sampir
iv.Batang Serunai
v.Tapak/Kasut/Buntut
2.1) Hulu keris diperbuat dari bahan yang pelbagai bergantung pada kegunaannya.Keris tempur biasanya berhulu kayu dan keris kebesaran dibuat dari bahan yang lebih mewah semisal Gading,Gigi Paus, Tulang atau logam berharga seperti emas dan perak.
2.1.1) Selain daripada bahan pembuatannya, hulu keris berbeza bentuk dan ukirannya berdasarkan kegunaannya juga.Keris berhulu Tajong misalnya, lebih menunjukkan status kebesaran pemakainya dan tidak sesuai dibawa bertarung.
2.1.2) Setiap hulu keris diukir dengan mengambil ilham daripada sifat atau bentuk haiwan atau objek tertentu.Antaranya hulu Pekaka,Tapak Kuda, Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam /Dewa Sejuk dsb.
2.2)Pendokok pula selain daripada bertindak sebagai perhiasan, ia juga berfungsi untuk melindungi genggaman tangan pekeris agar tidak terlorot dan menempuh bilah keris yang boleh mencederakan pekeris tersebut.
2.3)Bahagian sampir, berbentuk seakan-akan perahu,juga berbeza mengikut tempat.Keris dalam gambar di atas misalnya, merupakan keris Malela-Bugis yang mempunyai sampir yang mirip dengan kebanyakan keris Melayu lain,berbeza pula dengan sampir keris 'ladrang' Jawa.
2.3.1)Sampir keris ini juga boleh bertindak sebagai senjata.Ia digunakan sebagai penyangga yang diacukan pada leher musuh, bagi menghalang pergerakannya sebelum ditikam dengan bilah keris.
2.4)Batang serunai dan sampir ada yang dibuat secara berasingan kemudian dicantumkan, dan ada juga yang dihasilkan secara bersamaan tanpa terpisah dari sampir,semuanya terserah kepada kepandaian seseorang empu keris mahupun pandai kayu yang menghasilkan pakaian keris.
2.5)Bahagian tapak, kasut atau buntut keris pula ada yang rata dan ada juga yang bersifat membulat,juga bergantung kepada asal-usul tempat ia dihasilkan.
3) Berikut pula anatomi bahagian bilah keris.Bagi keris 'Malela' ini,ciri paling ketara ialah wujudnya alur dan lurah pada bilah yang dikatakan menambah tekanan udara ketika tikaman,sekaligus memastikah darah terpancut lebih banyak dan lebih mematikan.
3.1)Berikut pula sedikit perincian pada bahagian bilah,terutama di bahagian Akut yang terdapat kerencaman jenisnya.Akut jenis ini disebut sebagai 'Akut Belalai Gajah'
3.2)Kebanyakan bilah keris mempunyai corak yang terhasil akibat proses 'lipatan' bahan logam yang ketika keris ditempa,disebut sebagai 'pamor'.
Kadangkala pamor terhasil ketika proses sepuhan dan ada juga keris yang tidak berpamor.Dan pamor juga terdapat perlbagai jenis.
4)Bahagian bilah keris,jika dilihat daripada sudut atas bahagian puting, ia berbentuk seakan-akan cicak, yang menjadi sebab mengapa ia dipanggil sebagai 'cicak'.
Demikianlah secara ringkas betapa terperinci dan halusnya kesenian dalam penghasilan keris, sehinggakan setiap sisi keris mempunyai ciri,bentuk dan nama yang khusus yang membezakan identitinya.Terima kasih kerana sudi membaca dan mohon jasa baik mengulang ciap tulisan ini.
Rujukan:
-Gambar: Koleksi persendirian
-Keris Melayu Semenanjung; Suatu Pengenalan, Dr Abdul Mu'ati, Penerbit UPM
-Keris Melayu Semenanjung; Rupa Bentuk Mengikut Negeri, Dr Abdul Mu'ati,Penerbit UPM
-Keris Semenanjung Nota Pembuatan Bilah dan Pamor, Tengku Ahmad Ridhauddin.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

28 Feb
Ramuan 'UBAT KUAT' dalam Kitab Tajul Muluk.

Yang ini dalam bentuk Dokumen Mudah Alih (PDF) dari cetakan Dārul Mu'ārif, Pulau Pinang.

Berikut transliterasi petikan bertanda dalam Rumi,mengikut baris dan disertakan glosari berberapa perkataan. Image
Baris 1: (Inilah ma'jun) Barangsiapa memakan dia tiada penyakit pada tubuhnya dan jika sepuluh perempuan semalam**
Baris 2: setubuh dengan dia tiada berubah anggotanya, jikalau ia tuha* kembali muda inilah nama ubat pertama
Read 12 tweets
10 Feb
Assalamualaikum dan selamat berkenalan.
Ini adalah ciapan tersemat (pinned tweet) saya.Saya seorang pencinta dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu.Berikut senarai bebenang tulisan / video yang pernah saya kongsikan.Jemput baca, ulang ciap dan sebarkan,terima kasih!
Read 43 tweets
10 Feb
Jenis-Jenis Baju Melayu (Wanita)
Siri Akhir

Tulisan ini merupakan sambungan daripada siri sebelumnya:



Fokus tulisan ini berkenaan jenis Baju Melayu yang kedua iaitu Baju Kebaya.
Ulang ciap dulu sementara bebenang ini siap!

(Sumber Gambar: Madam M)
1) Sejarah Kebaya tidak dapst dipastikan secara rekod bertulis.Menurut Pn. Zubaidah Shawal, pKebaya berasal daripada 'Al Akibiya At Tukiyya' yang membawa maksud Baju Belah Turki, yang juga biasa disebut sebagai Jubbah iaitu pakaian luar yang berbelah di hadapan.
2)Sementara itu, Pn. Azah Aziz mengemukakan dua pendapat berkenaan asal-usul kebaya.
i. Berasal dari perkataan Arab, Habaya/Abaya yang membawa maksud pakaian berbelah di depan sehingga kaki.

ii. Diperkenalkan Portugis sejak zaman pendudukan Portugis ke atas Melaka.
Read 20 tweets
10 Feb
Berberapa peribahasa berkait B*d*h (agar tidak disalahertikan sebagai mencarut atau mencerca Perdana Menteri,Menteri Kesihatan atau mana-mana Menteri Kabinet yang layak mendapatkan carut-carutan)
1)Bagai buntal kembung.

Maksudnya: Bodoh dan sombong.

Contoh ayat: Menteri Kesihatan bagai buntal kembung apabila tidak mengendahkan kebimbangan orang ramai berkenaan tindakan memendekkan tempoh Kuarantin kepada 3 hari sahaja.
2)Bagai jelongak kerbau rampung.

Maksudnya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.

Contoh ayat:Menteri Wanita dan Keluarga bagai jelongak kerbau rampung kerana sibuk dengan penampilan peribadinya tetapi mengabaikan kes keganasan rumahtangga semasa PKP.
Read 7 tweets
8 Feb
Jenis-Jenis Baju Melayu (Wanita)

Sebagaimana lelaki mempunyai berberapa jenis Baju Melayu, demikianlah juga wanita ada jenis² Baju Melayu mereka tersendiri,bukan sekadar Kebaya dan Kurung sahaja.

Bebenang menyusul jam 9.30 malam nanti,dengan syarat cukup 250 ulang ciap.

Mula! Image
1) Secara umumnya Baju Melayu Wanita terbahagi kepada 2 kategori besar:
-Baju Kurung
-Baju Kebaya
sebelum diperincikan kerencamannya menjadi berberapa ragam lagi.
2)Baju Kurung Wanita mempunyai 2 potongan asas, iaitu:

i.Baju Kurung Teluk Belanga
-Mempunyai berberapa variasi antaranya Kurung Johor(2 variasi),Kurung Minang,Kurung Kedah
Read 20 tweets
4 Feb
Minggu ni berlumba menghabiskan berberapa bacaan.Tapi petang ni nak ulas berkenaan buku 'Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima' oleh @azraeimuhamad .
Baru perasan sebaya umur dengan pengarangnya!

Berikut ulasannya. Image
1)Buku ni sangat santai.Abang mula baca jam 9.30 pagi tadi, campur tolak masa menatal skrin tengok Twitter,memasak,makan,dsb.
Selesai 218 mukasurat jam 3.15 petang.
Bahasanya memang mudah untuk difahami.Tiada jargon yang susah untuk difahami, walaupun rojak sedikit bahasanya.
2)Penceritaan dengan gaya bersahaja dari pengalaman penulis berdasarkan senario tempatan menyebabkan nasihat yang diberikan sangat realistik untuk diamalkan.Menyesal sikit dah tua baru jumpa buku ni,kalau kalian tak nak menyesal,beli dan baca buku ni.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!