Yang ini dalam bentuk Dokumen Mudah Alih (PDF) dari cetakan Dārul Mu'ārif, Pulau Pinang.
Berikut transliterasi petikan bertanda dalam Rumi,mengikut baris dan disertakan glosari berberapa perkataan.
Baris 1: (Inilah ma'jun) Barangsiapa memakan dia tiada penyakit pada tubuhnya dan jika sepuluh perempuan semalam**
Baris 2: setubuh dengan dia tiada berubah anggotanya, jikalau ia tuha* kembali muda inilah nama ubat pertama
Baris 3: Lengkuas lima amas* berat, kedua kemukuh lada* lima amas berat dan ketiga sunti halia* lima amas berat
Baris 4: Keempat buah pala lima amas berat dan kelima bunga lawang lima amas berat keenam kemunyan* putih lima amas berat
Baris 5 dan 6 : Ketujuh jira* putih lima amas berat sekalian dicampurkan maka diperbuat akan ma'jun makan pagi² dan petang mujarab insyā Allahu Ta'ālā.
Glosari:
**Sepuluh perempuan: sepuluh kali bergaul, seakan-akan sepuluh orang.
*tuha: tua
*amas: sukatan timbangan lama untuk emas.Disebut sebagai seemas/seamas, beratnya kira-kira 2.551 gram
*sunti halia: halia dara/ halia muda
*kemunyan: Kemenyan
*kemukuh lada: Sejenis lada dari keluarga lada hitam, yang juga disebut sebagai 'Chabai Ekur/ Cabai Ekor',
*jira putih: Tidak dapat dikenalpasti secara tepat sepencarian saya.Padanan terhampir ialah tumbuhan 'jirak' yang dikenal dengan nama saintifiknya 'Eurya Japonica'
Rujukan:
Dewan Bahasa, Bil 4 2020
Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP
Aplikasi Mudah Alih Kamus Besar Bahasa Indonesia
Penafian:Perkongsian ini umum sahaja untuk tujuan ilmiah,tidak disarankan membancuhnya sendiri.
Ralat: Keciciran frasa 'ertinya kuat' selepas frasa 'kembali muda' dalam baris kedua.
Ralat II : Percetakan Al Mu'ārif bukan Dārul Mu' ārif
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Terpaksalah buka satu-satu sebab nak ambil gambar untuk bercerita dengan kalian di Twitter ni,seringkasnya sebatas maklumat yang cetek duk ada.
Insyaa Allah malam ni kita buka cerita.
Hari-hari menghadap antivaksin tak padan juga.
1)Keris ditempa berdasarkan kepandaian seseorang empu.Setiap keris yang dihasilkan pula mempunyai bentuk yang berbeza menandakan asal-usul empunya mahupun di mana keris itu ditempa atau dipakai.Namun, ciri² asas serta anatomi sesebuah keris hampir sama walau berbeza jenisnya.
2)Berikut adalah gambaran keris dalam keadaan bersarung.Sarung keris juga terkadang disebut sebagai 'pakaian' keris yang terbahagi kepada :
i.Hulu
ii.Pendokok
iii.Sampir
iv.Batang Serunai
v.Tapak/Kasut/Buntut
Assalamualaikum dan selamat berkenalan.
Ini adalah ciapan tersemat (pinned tweet) saya.Saya seorang pencinta dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu.Berikut senarai bebenang tulisan / video yang pernah saya kongsikan.Jemput baca, ulang ciap dan sebarkan,terima kasih!
Fokus tulisan ini berkenaan jenis Baju Melayu yang kedua iaitu Baju Kebaya.
Ulang ciap dulu sementara bebenang ini siap!
(Sumber Gambar: Madam M)
1) Sejarah Kebaya tidak dapst dipastikan secara rekod bertulis.Menurut Pn. Zubaidah Shawal, pKebaya berasal daripada 'Al Akibiya At Tukiyya' yang membawa maksud Baju Belah Turki, yang juga biasa disebut sebagai Jubbah iaitu pakaian luar yang berbelah di hadapan.
2)Sementara itu, Pn. Azah Aziz mengemukakan dua pendapat berkenaan asal-usul kebaya.
i. Berasal dari perkataan Arab, Habaya/Abaya yang membawa maksud pakaian berbelah di depan sehingga kaki.
ii. Diperkenalkan Portugis sejak zaman pendudukan Portugis ke atas Melaka.
Berberapa peribahasa berkait B*d*h (agar tidak disalahertikan sebagai mencarut atau mencerca Perdana Menteri,Menteri Kesihatan atau mana-mana Menteri Kabinet yang layak mendapatkan carut-carutan)
1)Bagai buntal kembung.
Maksudnya: Bodoh dan sombong.
Contoh ayat: Menteri Kesihatan bagai buntal kembung apabila tidak mengendahkan kebimbangan orang ramai berkenaan tindakan memendekkan tempoh Kuarantin kepada 3 hari sahaja.
2)Bagai jelongak kerbau rampung.
Maksudnya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
Contoh ayat:Menteri Wanita dan Keluarga bagai jelongak kerbau rampung kerana sibuk dengan penampilan peribadinya tetapi mengabaikan kes keganasan rumahtangga semasa PKP.
Sebagaimana lelaki mempunyai berberapa jenis Baju Melayu, demikianlah juga wanita ada jenis² Baju Melayu mereka tersendiri,bukan sekadar Kebaya dan Kurung sahaja.
Bebenang menyusul jam 9.30 malam nanti,dengan syarat cukup 250 ulang ciap.
Mula!
1) Secara umumnya Baju Melayu Wanita terbahagi kepada 2 kategori besar:
-Baju Kurung
-Baju Kebaya
sebelum diperincikan kerencamannya menjadi berberapa ragam lagi.
2)Baju Kurung Wanita mempunyai 2 potongan asas, iaitu:
i.Baju Kurung Teluk Belanga
-Mempunyai berberapa variasi antaranya Kurung Johor(2 variasi),Kurung Minang,Kurung Kedah
Minggu ni berlumba menghabiskan berberapa bacaan.Tapi petang ni nak ulas berkenaan buku 'Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima' oleh @azraeimuhamad .
Baru perasan sebaya umur dengan pengarangnya!
Berikut ulasannya.
1)Buku ni sangat santai.Abang mula baca jam 9.30 pagi tadi, campur tolak masa menatal skrin tengok Twitter,memasak,makan,dsb.
Selesai 218 mukasurat jam 3.15 petang.
Bahasanya memang mudah untuk difahami.Tiada jargon yang susah untuk difahami, walaupun rojak sedikit bahasanya.
2)Penceritaan dengan gaya bersahaja dari pengalaman penulis berdasarkan senario tempatan menyebabkan nasihat yang diberikan sangat realistik untuk diamalkan.Menyesal sikit dah tua baru jumpa buku ni,kalau kalian tak nak menyesal,beli dan baca buku ni.