Dari sudut pandang realis, hubungan antarabangsa adalah sejarah kebangkitan & kejatuhan kuasa besar (great powers).
Kalau lihat pada gambar (yang berdasarkan power cycle theory Charles Doran), Eropah pada awal 1500an ada 4 kuasa besar: Ottoman, Habsburg, Perancis, England.
Habsburg tu nama dinasti asal Austria. Philip dari Habsburg kahwin anak perempuan Isabella & Ferdinand di Sepanyol, maka Habsburg turut mewarisi Sepanyol & jajahannya.
Habsburg ada motto 'AEIOU' atau 'Alles Erdreich ist Österreich untertan' (seluruh dunia tunduk pada Austria').
Perancis rasa terancam. Maka Perancis buat pakatan dengan Ottoman yang mencapai kemuncak kuasa bawah Suleiman (1520-1566).
England lalang sikit, kadang pro-Habsburg, kadang pro-Perancis, dia akan sokong belah mana yang lebih lemah.
Habsburg (Sepanyol) mempunyai tentera laut yang kuat. Pada tahun 1571, Sepanyol mengalahkan Ottoman dalam Battle of Lepanto.
Tapi kuasa laut Sepanyol tak tahan lama. Pada tahun 1588, England mengalahkan Sepanyol di laut. Kuasa Habsburg mula decline.
Belanda juga merdeka daripada Sepanyol, mencabar kuasa Portugal-Sepanyol (disatukan selepas 1580).
Habsburg sebelah Austria juga mengalami kekalahan dalam Perang 30 Tahun (1618-1648) di mana negara-negara Protestan bangkit melawan Habsburg yang beragama Katolik.
Selepas Habsburg decline, Perancis mula up jadi kuasa besar bawah Louis XIV (kanan), tapi ditentang oleh England dan Belanda.
Selepas Belanda ditakluk Perancis pada tahun 1672, William of Orange dari Belanda (kiri) ambil alih takhta England, melawan Perancis dari situ.
Akhirnya England (tukar nama jadi Britain selepas bergabung dengan Scotland pada 1707) berjaya kalahkan Perancis dalam Seven Years War (1756-1763).
Seven Years War juga bergelar 'World War 0'. Bukan saja Britain dan Perancis lawan di Eropah, di luar Eropah pun mereka fight.
Tapi Perancis buat comeback di bawah Napoleon Bonaparte selepas Revolusi Perancis 1789-1799. Perancis kembali kuat. Britain, Austria, Prussia, Rusia, Sepanyol semua bergabung lawan Perancis.
Akhirnya Napoleon kalah pada tahun 1814. Britain muncul sebagai kuasa No. 1.
Rusia pun melebarkan sayapnya. Selepas 1871, Prussia berjaya menyatukan semua negara2 berbahasa Jerman jadi sebuah Empayar Jerman.
Maka musuh lama iaitu Britain & Perancis bersatu. Rusia yang terancam dengan Jerman pun join Britain-Perancis. Maka berlakulah WW1 (1914-1918).
Lepas Jerman kalah WW1, dia buat comeback lagi dalam WW2 (1939-1945).
Britain hampir terciduk, mujur diselamatkan oleh US. Tapi Britain pun dah exhausted, maka gelaran No. 1 dilepaskan kepada US.
US menubuhkan UN, IMF dan World Bank untuk promote kepentingan politik dan ekonomi dia. Semua ni muncul selepas 1945.
Disebabkan US power sangat, istilah great power tak cukup untuk gambarkan level US. Maka muncul istilah 'superpower'.
Bukan semua negara puas hati dengan US, terutamanya Soviet Union (Rusia yang dah di-komunis-kan). Soviet mencabar kuasa US, maka berlakulah Cold War.
Sebab Cold War ni lah Korea berpecah, berlaku Darurat di Malaya, Perang Vietnam, Perang Afghanistan dan sebagainya.
Malah untuk kali pertama dalam sejarah manusia, kuasa-kuasa besar bukan saja bersaing di darat dan laut, tapi sampai ke luar angkasa.
US dan Soviet masing-masing rebut mencipta satelit pertama, hantar manusia pertama ke bulan, hantar pesawat pertama ke Marikh.
Cold War berakhir pada tahun 1991 akibat kejatuhan rejim komunis Soviet.
Mula2, ramai optimis bahawa persaingan kuasa besar akan diganti dengan globalisasi. Kononnya kalau semua kalau terima ekonomi kapitalis macam US, semua akan chill, hidup aman makan McD minum Starbucks.
Tapi globalisasi tak ubah hakikat great power rivalry ini. Malah China yang bermanfaat daripada globalisasi muncul sebagai pencabar US.
Rusia juga join China sebab nak balas dendam kalah dalam Cold War.
Bukan saja cabar kuasa US tapi juga sistem dan nilainya.
Dunia pada 1990-an dan awal 2000-an lebih aman sebab gap antara US dan China-Rusia masih besar.
Tapi bila gap tu dah dirapatkan, maka mulalah tension. Benda yang sama juga berlaku dalam rivalry Britain-Jerman dan US-Soviet.
Even Jepun pun. Hubungannya dengan China agak relax pada 1980-an hingga 2000-an. Tapi sejak China potong Jepun jadi No. 1 di Asia, boleh nampak Jepun punya "bitter". Mula campur tangan dalam isu Laut China Selatan dan sebagainya untuk sekat China.
Disebabkan COVID memberi lebih sedikit damage kepada China berbanding US, ia akan mempercepatkan decline US.
Maka US akan rasa bertambah cemas untuk protect kedudukannya No. 1 yang dah dipegang hampir 80 tahun.
Dunia pasca-COVID akan bertambah tegang.
Great power rivalry ni benda yang natural. Kita tak rebut pun tetap akan ada negara yang rebut.
Sweden dulu pun great power pada abad ke-17, tapi selepas dikalahkan Rusia dalam Great Northern War (1700-1721), dia pun jadi negara pencipta keamanan, jadi 'middle power'.
Great powers akan sentiasa mendominasi negara yang lebih kecil, dan menentukan peraturan dunia.
Benda ni tak perlu kaitkan Freemason dan Illuminati pun memang akan jadi.
Bila kau ada ilmu hubungan antarabangsa, cara kau pandang dunia akan jadi lain, jadi lebih holistik.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Aku nak hiatus lagi sebulan. Tapi atas permintaan, aku ulas sikitlah pasal Myanmar.
Sepatutnya parlimen Myanmar mula bersidang hari ini, tapi tentera (orang Myanmar panggil Tatmadaw) bertindak menahan pemimpin parti National League for Democracy (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi.
Apa yang berlaku ialah rampasan kuasa (kudeta) yang klasik.
Kenapa nak rampas kuasa? Sebab Tatmadaw takut hilang kuasa.
Walaupun Myanmar sekarang mengamalkan demokrasi, tapi "demokrasi" ini sebenarnya diwujudkan oleh Tatmadaw, dengan tujuan untuk memelihara kuasa mereka.
Tatmadaw menguasai politik Myanmar sejak tahun 1962, selepas Jeneral Ne Win menggulingkan Presiden Win Maung & PM U Nu.
US pada waktu tu sibuk Perang Vietnam, so tak ada masa nak tarbiah Myanmar (waktu tu masih bernama Burma) pasal demokrasi dan hak asasi manusia bagai.
Apa impak yang akan Joe Biden bawa kepada politik antarabangsa?
Ini thread.
Kita recap dasar2 luar Trump:
1. Mengubah dasar pro-perdagangan bebas & globalisasi: menarik US keluar dari Trans-Pacific Partnership (TPP), merunding semula NAFTA antara US, Canada & Mexico. Menaikkan tarif (cukai) ke atas barangan import terutamanya barangan China.
2. Menarik US keluar dari institusi antarabangsa yang dianggap tak menepati kepentingan US: Paris Agreement (pasal perubahan iklim), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Atas permintaan ramai, aku ulas sikit je lah perang Armenia-Azerbaijan yang tercetus sejak Ahad lalu.
Sebenarnya konflik Armenia-Azerbaijan bukan baru. Selang 2 tahun akan berperang. 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, 2018. Paling teruk tahun 2016, mengorbankan hampir 200 nyawa.
Punca konflik ialah perebutan ke atas kawasan Nagorno-Karabakh yang majoriti etniknya orang Armenia, walaupun ia berada dalam sempadan Azerbaijan (yang majoritinya orang Azeri).
Orang Armenia adalah orang Kristian, Azeri adalah penganut Syiah. Cuma Azeri kat Azerbaijan ni kebanyakan tak religious, negara pun sekular.
Demokrasi berparlimen (parliamentary democracy) bukan sistem yang stabil.
Kerajaan ('eksekutif') dibentuk daripada parti atau gabungan parti (coalition) yang ada majoriti di badan perundangan ('legislatif'). Kerajaan berubah apabila coalition di legislatif (parlimen) berubah.
Sebab tu kita tengok PM di Jepun dan Itali asyik bertukar-tukar. Dari tahun 2000-2020 Jepun ada 10 PM. Itali pun sama, ada 9 PM dalam masa 20 tahun. Secara purata seorang boleh bertahan 2 tahun saja.
Australia pernah ada "The Year of Three Prime Ministers" pada tahun 2013. Mula2 Julia Gillard disingkirkan sebagai ketua parti Labor, jawatan PM diganti oleh Kevin Rudd. Pastu tak sampai 3 bulan, Labor kalah PRU, Rudd diganti oleh Tony Abbott dari parti Liberal.