Legenda Santubong dan Sejinjang memang sangat sinonim dengan negeri Sarawak. Legenda ini sebenarnya berkait rapat dengan kewujudan kerajaan kuno yang kurang sohor di Sarawak itu sendiri.
.
KERAJAAN MELAYU KUNO DI SARAWAK
.
Bebenang sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu. ImageImage
Sohornya, pensejarahan Sarawak lebih diketahui tentang pemerintahan Keluarga Brooke. Hakikatnya, Sarawak memiliki sejarah awal yang panjang dan megah tentang kerajaan awal seperti tanah Semenanjung.
.
Sejarah ini bukan dilupakan, cuma pengkajian sejarah masih kurang tentangnya. Image
1. KERAJAAN SANTUBONG (SAWAKU)

Bukan sebarang legenda, kisah Santubong dan Sejinjang juga berasas drpd kewujudan kerajaan lama di Sarawak iaitu Kerajaan Santubong.

Dikatakan wujud sekitar abad ke-7 higga abad ke-13, Kerajaan Santubong ini dikuasai oleh Srivijaya dan Majapahit. Image
Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Merpati Dipati Jipang (Datu Merpati) dari Pulau Perca.

Ketika pemerintahan James Brooke, banyak artifak emas dan tembikar dari India dan China yang ditemukan lalu membuktikan bahawa Kerajaan Santubong ini merupakan kerajaan maritim. Image
2. KERAJAAN SAMADONG

Terletak di Lembah Sungai Sadong dan Samarahan, kerajaan ini dikaitkan dengan Kerajaan Santubong yang hilang jejak selepas abad ke-14. Walau bagaimanapun, kerajaan ini dikatakan juga wujud sejak abad ke-7. ImageImage
Dikaitkan dengan Legenda Santubong, kerajaan ini kononnya didirikan selepas pergaduhan Santubong dan Sejinjang (sudah pasti kisah Santubong itu mitos).
.
Artifak yang ditemui di sekitar Bukit Sandong dan Sungai Sandong yang memiliki keserupaan dgn artifak di Kerajaan Santubong.
Selain daripada dua kerajaan kuno di atas, terdapat juga beberapa kerajaan kuno yang lain :-
1. Kerajaan Kalka di Kuala Sungai Kalka
2. Kerajaan Melano di Sungai Retus
3. Kerajaan Saribas di Sungai Saribas.
.
Dan, kerajaan2 ini ada disebut dalam Sejarah KSSM Tingkatan 2.
TRIVIA : Kewujudan kerajaan2 ini ditulis dalam manuskrip Negarakertagama dari Majapahit yang ditulis sekitar abad ke-14.

Silsilah Raja2 Brunei juga mencatatkan kewujudan kerajaan-kerajaan ini.

Sumber :
1. Sejarah Melayu Sarawak, UNIMAP, 2013.
2. Early History, Nik Hassan, 1998. Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Awan Wafdan ⛅️

Awan Wafdan ⛅️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @seketulawan

8 Mar
Memoir Pejuang Wanita
.
Sempena Hari Wanita, mari kita singkap perjuangan wanita yg membawa nasionalisme negara ke medan kemerdekaan.
.
Bebenang Sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu. ImageImage
1. AISHAH GHANI (1923-2013)
- berasal dari Sumatera Barat, Aishah Ghani mendapat pendidikan di Sumatera, Selangor dan London.

- awal penglibatan dalam politik, beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dilantik menjadi pemimpin wanita AWAS. Image
- bertindak sebagai 'lidah' PKMM melalui akhbar Pelita Malaya dan Berita Harian (UMNO), Aishah Ghani memainkan peranan besar dalam membawa kesedaran kepada golongan wanita di Tanah Melayu agar lebih celik minda tentang kesedaran politik dan kemerdekaan.
Read 25 tweets
7 Mar
ESTODANIA : Karya Sangat Kompleks
.
Dari mana datangnya idea Estodania ini?
.
Pertama… saya terdetik untuk menulisnya saat saya belajar Sejarah Asia Barat pada tahun 2014 dahulu.
.
Di sini, saya cuba cerakinkan epistemologi kisah Estodania. Image
1. SEJARAH ISLAM
.
Estodania.
.
Asal katanya dari euphoria. Kemudian digabungkan dengan satu kisah sejarah yang sangat memberi kesan kepada hidup saya. Sejarah Andalusia. Tetapi, entah dari mana datangnya perkataan Estodania itu. Spontan sahaja munculnya di minda.
Selepas karya ini mula ditulis, barulah saya mencari tahu apa cerakinan untuk makna kata Estodania itu.
.
Manusia macam saya yang agak bibliophile susah sikit. Terlalu taksub dengan perkataan-perkataan yang tertulis dalam buku. Image
Read 18 tweets
7 Feb
Kesultanan Perak dicatatkan memiliki hubungan dengan hubungan dengan 7 Kerajaan Jin oleh R.O. Winstedt. Sehingga akhirnya seorang sultan ghaib dibawa lari ke alam ghaib.
.
LEGENDA BETING BERAS BASAH
.
Mohon RT kisah Mitologi Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah ini merupakan legenda lisan. Diprosakan untuk santapan.
.
Mitologi Mistik : Episod 1
.
Disiarkan secara bersiri dlm akaun ini.
Jemput follow saya.
.
Sedekahkanlah 250 RT utk bebenang ini agar berbaloi kelak saya rasa menulis kisah seperti ini di sini.
.
Cerita Kala Beradu.
Dahulukala, ketika 1528. Melaka sudah jatuh di tangan Ferringhi. Ketika Sang Sultan sudah melarikan diri ke Tanah Daksina (selatan). Kemelut diraja semakin tiba di kemuncaknya. Putera Sulung sakit hatinya kerana adindanya diangkat menjadi pengganti raja.
Read 82 tweets
30 Jan
DILEMA MARTABAT BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
.
Mari kita telusuri perjuangan ‘survival’ Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah negara kita, khususnya pendidikan.
.
Mohon RT sejarah Bahasa Melayu ini
Kongsikan ilmu.
Status Bahasa Melayu selepas kemerdekaan telah mendapat perhatian yang meluas. Dasar Bahasa Kebangsaan memperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, sejak pemasyhurannya sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi lagi, Bahasa Melayu senantiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Read 45 tweets
30 Jan
Kembali lagi kita dalam episod claim asal-usul.
.
Personally, aku tidak gemar terlibat dalam perdebatan seperti ini sebab belajar sejarah utk melihat perubahan dunia. Bukan untuk mencari siapa yg salah.
.
Dan cendol, dalam catatan sejarah ditulis bermula dari Indonesia.
.
(1/n)
Dahulukala, disebut sebagai dawet.
Dahulukala juga, Indonesia itu tidak wujud. Begitu juga dengan Malaysia.
.
Dahulukala, era pelayaran dan penjelajahan.
.
Situasinya sama macam kini, berkelana ke bumi orang utk berdagang dan belajar.
.
Kelana juga bawa budaya.
Jika budaya itu hanya dibawa oleh seorang, tidak akan beri impak kepada sekitarnya. Tetapi Tanah Jawa dan Tanah Melayu itu laluan ulang-alik MELAYU.
.
Melaka bukan kecil, Srivijaya juga luas.
.
TM bawa budaya ke TJ. Begitu juga sebaliknya.
.
Mengapa perlu berbalah??
Read 10 tweets
29 Jan
SEKALI LAGI
karya @auzainal
terbitan @imanpublication
.
#AwanBacaBuku
.
Buku yang berani lari daripada norma novel melayu masa kini! Itu yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat..
teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!