Memoir Pejuang Wanita
.
Sempena Hari Wanita, mari kita singkap perjuangan wanita yg membawa nasionalisme negara ke medan kemerdekaan.
.
Bebenang Sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu.
1. AISHAH GHANI (1923-2013)
- berasal dari Sumatera Barat, Aishah Ghani mendapat pendidikan di Sumatera, Selangor dan London.

- awal penglibatan dalam politik, beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dilantik menjadi pemimpin wanita AWAS.
- bertindak sebagai 'lidah' PKMM melalui akhbar Pelita Malaya dan Berita Harian (UMNO), Aishah Ghani memainkan peranan besar dalam membawa kesedaran kepada golongan wanita di Tanah Melayu agar lebih celik minda tentang kesedaran politik dan kemerdekaan.
- Aishah Ghani meninggalkan PKMM dan menyertai UMNO kerana tidak bersetuju dengan Gagasan Melayu Raya yang diperjuangkan oleh PKMM.
.
- melalui UMNO, Aishah Ghani semakin lantang menuntut penglibatan wanita dlm kemerdekaan sehingga akhirnya beliau dilantik jadi Ketua Kaum Ibu.
1962, Aishah Ghani menjadi senator wanita yang pertama. Pelantikan ini menyebabkan beliau terpaksa melepaskan kerjaya sebagai wartawan di Berita Harian untuk terus aktif perjuangkan hak dan kebajikan wanita dalam bidang pendidikan, ekonomi dan politik.
1967 - 1972, Aishah Ghani menjadi wanita pertama yg mewakili Malaysia ke persidangan Taraf Wanita PBB. Pada masa yg sama, beliau menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Selangor.
1967 ini juga, perjuangan beliau demi hak wanita dapat dibuktikan apabila beliau menubuhkan PERTIWI yang memartabat dan melindungi hak wanita dalam negara.
Bermula 1973, Aishah Ghani dilantik jadi Menteri Kebajikan Am. Sepanjang menjawat jawatan menteri, Aishah Ghani menubuhkan Yayasan Kebajikan Negara dan mewujudkan Undang2 Keluarga Islam yang seragam.
.
Pengiktirafan beliau terima banyak sehinggalah ajal menjemput pada 2013.
2. SHAMSIAH FAKEH (1924-2008)
- sahabat Aishah Ghani sejak kecil dan sama2 berjuang demi kemerdekaan, jalan cerita Shamsiah Fakeh berbeza dgn sahabatnya, Aishah Ghani.
.
1946, selepas penubuhan UMNO, Shamsiah dan Aishah berpisah haluan kerana berbeza asas pejuangan.
Ketika Aishah Ghani memilih utk meninggalkan AWAS & PKMM, Shamsiah Fakeh kekal dalam PKMM dan menggantikan peranan Aishah Ghani dalam PKMM.
.
Nama Shamsiah Fakeh ini agak kontroversi apabila ada yg menganggapnya komunis (ada juga yg anggap nasionalis).
.
- Berbeza dengan Aishah Ghani, nasib pendidikan Shamsiah Fakeh tidak tinggi kerana masalah kemiskinan dan kahwin awal.
- masalah dalam rumah tangga membangkitkan semangat Shamsiah Fakeh utk membela wanita dan membuktikan wanita juga mampu berjuang seperti lelaki.
- Perjuangan Shamsiah Fakeh banyak dipengaruhi oleh pengalamannya menentang Belanda di Sumatera dulu (sblum pindah ke Tanah Melayu pada tahun 1940).
.
- menyertai PKMM, Shamsiah Fakeh meneruskan perjuangan menentang penjajah & memerdekakan orang Melayu drpd cengkaman pemerintah.
- walaupun tidak mendapat pendidikan formal yang tinggi, tetapi pengetahuan agama Shamsiah Fakeh mencukupi untuk membimbing wanita dan menyedarkan mereka tentang peranan wanita dan nasionalisme. Pidato Shamsiah berjaya membuka mata lebih ramai wanita utk menyertai AWAS.
- latar belakang pendidikan inilah yang membentuk keperibadian Shamsiah Fakeh utk lebih fokus kepada perjuangan Islam dan kebudayaan Melayu.

- Realitinya, aspirasi perjuangan Shamsiah Fakeh tak selari dgn PKMM, namun sikap optimistik Shamsiah mendorong dia kekal dlm PKMM.
- sebagai pemimpin AWAS (gerakan wanita), Shamsiah Fakeh berjuang di sisi PKMM. PKMM mengecam tindakan UMNO yg bagi mereka terlalu proBarat dan golongan Raja.
.
- Hal ini menyebabkan PKMM ditolak ke kiri dalam rekod nasionalisme negara.
- Undang2 Darurat 1948 yg dilaksanakan oleh British menyebabkan Shamsiah Fakeh tidak ada pilihan lain selain mengikuti saranan PKMM utk mengeratkan lagi hubungan dgn Parti Komunis Malaya (PKM) bagi meneruskan perjuangan kemerdekaan menentang British.
- Namun, selepas dilabelkan sebagai anggota komunis, Shamsiah Fakeh mula kehilangan sokongan wanita2 Melayu.
.
Sebagai pejuang kemerdekaan wanita yang sedang diburu polis dan British, Shamsiah terpaksa bersembunyi di dalam hutan.
- Walaupun jalan perjuangan Shamsiah Fakeh tidak segah sahabatnya, Aishah Ghani, tidak boleh dinafikan bahawa kewujudan Shamsiah Fakeh dalam PKMM telah membuka mata lebih ramai wanita utk ikut serta memperjuangkan kemerdekaan negara daripada cengkaman British.
Memetik kata2 Aishah Ghani dalam memoirnya, "...wanita yang ingin menjadi ketua, perlu sokongan lelaki yg ramai di belakangnya.."
.
Ungkapan yg jelas menggambarkan sukarnya mengangkat kedudukan wanita dlm UMNO pada saat memperjuangkan kemerdekaan dulu.
Situasi yg sama dihadapi Shamsiah Fakeh dalam PKMM, Shamsiah tidak dibenarkan memiliki senjata sendiri (kecuali bersama lelaki). Beliau turut mengajar wanita berjuang dgn kelebihan wanita tanpa harapkan bantuan lelaki.
INTIHANYA,

Kisah Aishah dan Shamsiah terpahat erat dlm Sejarah Nasionalisme Malaysia dan sejarah perjuangan idealogi berbeza demi mencapai kemerdekaan negara.
.
Belajar sejarah utk rasa bagaimana hidup pada 'zaman menarik' utk memahami lebih luas konsep politik dan sosial kita.
SUMBER :
1. Aishah Ghani, Memoir Seorang Pejuang. 1992. DBP.
2. Shamsiah Fakeh, Memoir Shamsiah Fakeh. 2004. UKM.
3. Cheah Boon Kheng, "Communist Vendetta & Islamic Resistance", (1981)
4. Wazir J.K. "Malay Women's Movements", (1983)
.
Penafian : Bebenang ini ditulis untuk tujuan pembelajaran. Jangan gunakan untuk menyerang sesiapa.
.
Sekiranya anda ada pendapat lain, silalah kemukakan dengan berhemah. Kita belajar bersama.
.
.
Dan followlah sayaaaaa... penat taukk buat bebenang ni 😂😂☠️
Gambar daripada Arkib Negara... pergilah melancong ke muzium atau arkib untuk lebih mengenali sejarah.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Awan Wafdan ⛅️

Awan Wafdan ⛅️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @seketulawan

7 Mar
ESTODANIA : Karya Sangat Kompleks
.
Dari mana datangnya idea Estodania ini?
.
Pertama… saya terdetik untuk menulisnya saat saya belajar Sejarah Asia Barat pada tahun 2014 dahulu.
.
Di sini, saya cuba cerakinkan epistemologi kisah Estodania. Image
1. SEJARAH ISLAM
.
Estodania.
.
Asal katanya dari euphoria. Kemudian digabungkan dengan satu kisah sejarah yang sangat memberi kesan kepada hidup saya. Sejarah Andalusia. Tetapi, entah dari mana datangnya perkataan Estodania itu. Spontan sahaja munculnya di minda.
Selepas karya ini mula ditulis, barulah saya mencari tahu apa cerakinan untuk makna kata Estodania itu.
.
Manusia macam saya yang agak bibliophile susah sikit. Terlalu taksub dengan perkataan-perkataan yang tertulis dalam buku. Image
Read 18 tweets
6 Mar
Legenda Santubong dan Sejinjang memang sangat sinonim dengan negeri Sarawak. Legenda ini sebenarnya berkait rapat dengan kewujudan kerajaan kuno yang kurang sohor di Sarawak itu sendiri.
.
KERAJAAN MELAYU KUNO DI SARAWAK
.
Bebenang sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu. ImageImage
Sohornya, pensejarahan Sarawak lebih diketahui tentang pemerintahan Keluarga Brooke. Hakikatnya, Sarawak memiliki sejarah awal yang panjang dan megah tentang kerajaan awal seperti tanah Semenanjung.
.
Sejarah ini bukan dilupakan, cuma pengkajian sejarah masih kurang tentangnya. Image
1. KERAJAAN SANTUBONG (SAWAKU)

Bukan sebarang legenda, kisah Santubong dan Sejinjang juga berasas drpd kewujudan kerajaan lama di Sarawak iaitu Kerajaan Santubong.

Dikatakan wujud sekitar abad ke-7 higga abad ke-13, Kerajaan Santubong ini dikuasai oleh Srivijaya dan Majapahit. Image
Read 8 tweets
7 Feb
Kesultanan Perak dicatatkan memiliki hubungan dengan hubungan dengan 7 Kerajaan Jin oleh R.O. Winstedt. Sehingga akhirnya seorang sultan ghaib dibawa lari ke alam ghaib.
.
LEGENDA BETING BERAS BASAH
.
Mohon RT kisah Mitologi Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah ini merupakan legenda lisan. Diprosakan untuk santapan.
.
Mitologi Mistik : Episod 1
.
Disiarkan secara bersiri dlm akaun ini.
Jemput follow saya.
.
Sedekahkanlah 250 RT utk bebenang ini agar berbaloi kelak saya rasa menulis kisah seperti ini di sini.
.
Cerita Kala Beradu.
Dahulukala, ketika 1528. Melaka sudah jatuh di tangan Ferringhi. Ketika Sang Sultan sudah melarikan diri ke Tanah Daksina (selatan). Kemelut diraja semakin tiba di kemuncaknya. Putera Sulung sakit hatinya kerana adindanya diangkat menjadi pengganti raja.
Read 82 tweets
30 Jan
DILEMA MARTABAT BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
.
Mari kita telusuri perjuangan ‘survival’ Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah negara kita, khususnya pendidikan.
.
Mohon RT sejarah Bahasa Melayu ini
Kongsikan ilmu.
Status Bahasa Melayu selepas kemerdekaan telah mendapat perhatian yang meluas. Dasar Bahasa Kebangsaan memperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, sejak pemasyhurannya sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi lagi, Bahasa Melayu senantiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Read 45 tweets
30 Jan
Kembali lagi kita dalam episod claim asal-usul.
.
Personally, aku tidak gemar terlibat dalam perdebatan seperti ini sebab belajar sejarah utk melihat perubahan dunia. Bukan untuk mencari siapa yg salah.
.
Dan cendol, dalam catatan sejarah ditulis bermula dari Indonesia.
.
(1/n)
Dahulukala, disebut sebagai dawet.
Dahulukala juga, Indonesia itu tidak wujud. Begitu juga dengan Malaysia.
.
Dahulukala, era pelayaran dan penjelajahan.
.
Situasinya sama macam kini, berkelana ke bumi orang utk berdagang dan belajar.
.
Kelana juga bawa budaya.
Jika budaya itu hanya dibawa oleh seorang, tidak akan beri impak kepada sekitarnya. Tetapi Tanah Jawa dan Tanah Melayu itu laluan ulang-alik MELAYU.
.
Melaka bukan kecil, Srivijaya juga luas.
.
TM bawa budaya ke TJ. Begitu juga sebaliknya.
.
Mengapa perlu berbalah??
Read 10 tweets
29 Jan
SEKALI LAGI
karya @auzainal
terbitan @imanpublication
.
#AwanBacaBuku
.
Buku yang berani lari daripada norma novel melayu masa kini! Itu yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat..
teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!