ESTODANIA : Karya Sangat Kompleks
.
Dari mana datangnya idea Estodania ini?
.
Pertama… saya terdetik untuk menulisnya saat saya belajar Sejarah Asia Barat pada tahun 2014 dahulu.
.
Di sini, saya cuba cerakinkan epistemologi kisah Estodania.
1. SEJARAH ISLAM
.
Estodania.
.
Asal katanya dari euphoria. Kemudian digabungkan dengan satu kisah sejarah yang sangat memberi kesan kepada hidup saya. Sejarah Andalusia. Tetapi, entah dari mana datangnya perkataan Estodania itu. Spontan sahaja munculnya di minda.
Selepas karya ini mula ditulis, barulah saya mencari tahu apa cerakinan untuk makna kata Estodania itu.
.
Manusia macam saya yang agak bibliophile susah sikit. Terlalu taksub dengan perkataan-perkataan yang tertulis dalam buku.
Apatah lagi jika inti buku itu dekat dengan saya.
.
Menyelongkar inti Sejarah Asia Barat, idea mewujudkan utopia Estodania muncul.
.
Dek kerana itulah, saya memilih nama Isabella sebagai peran permaisuri Estodania. Sedangkan kisah Estodania ini garapan acah-acah Islamik.
Ayyan, selaku watak utama.
.
Adaptasi peribadi Ayyan pada awalnya saya ingin menyerap kisah Al-Fateh. Tetapi, apabila keperibadian Al-Fateh itu terlalu tinggi, saya mengubahnya kepada keperibadian Al-Ayyubi. Ambil sedikit sahaja, selebihnya dikembangkan ikut inspirasi.
2. LEGENDA DAN MITOS
.
Kerana minat. Saya suka kepada benda meletupkan otak seperti ini. Jadi semua kisah yang saya tahu, saya campakkan dalam Estodania. Tetapi, perlu dipilih agar selari dengan plot cerita dan menjalinkan jalan cerita yang sedap di baca.
a) Esramudra
.
Tercatat dalam Sulalatus Salatin tentang dunia bawah laut. Jadi, dikembangkan, lalu menjadilah Esramudra.
.
Duyung dan penghuni Esramudra. Ketika Esramudra diwujudkan, minda saya penuh dengan filem2 Barbie itu. Terselit sedikit POTC dan HP:GOF.
b) Ekrandia.
.
Anagram perkataan Di Neraka.
Bentara Lukhas? Dirembat daripada ciri Syaitan Luqqas. Begitu juga dengan Anyahaffaf.
c) Nilakendra.
.
Nama ini dipetik daripada Kisah Penguasa Laut Selatan Siliwangi, Indonesia (Insulendia).
d) Niyang Ropek.
.
Niyang Rapiklah.. dari mana lagi. Keperibadiannya diambil dari pengalaman rakan saya yang pernah terserempak dgn Ummu Sibyan.
.
e) Segi Tiga Naga.
.
Ada di Jepun, ada di Laut China Selatan.
Saya cadang sebagai penutup kisah Estodania.
3. ISRAILIYAT
.
Menulis dgn iman dan penuh berhati-hati.
Israiliyat ialah catatan2 lama bangsa Yahudi tentang Nabi-Nabi terdahulu. Umum tahu, para nabi ramai berbangsa Yahudi. Kisah Israiliyat ini banyak dimuatkan dalam buku tafsir, sebagai pelengkap tafsir yang disampaikan.
Cuma, terkadang tafsir yang ditulis hilang sanadnya sehingga menimbulkan keraguan. Sesetengah para ulama turut menyertakan sanad sebagai pembenar kisah Israiliyat tersebut.
.
Maka, perlu dipilih dengan berhati-hati agar tidak 'glorify' benda salah.
Contoh kisah tanpa sanad yang kukuh adalah Ainul Hayat.
.
Membaca Israiliyat tanpa sanad ibarat mencari kayu bakar di malam hari. Kadang-kadang terpegang kayu berduri atau ular menjalar.
.
Sanad yang dimaksudkan adalah didasari dengan Sunnah dan Al-Quran, khazanah Islam.
4. RUJUKAN ISLAM.
.
Saya fokuskan kpd Al-Quran dan sabda2 Nabi S.A.W.
.
Bahagian ini paling susah kerana saya sedang bermain dengan akidah manusia. Kelak tersalah garap, boleh memesongkan akidah manusia. Sebab itu, saya selalu menyeru pembaca untuk betulkan mana2 kesalahan saya.
a) Konspirasi Akhir Zaman / Ilmu Eskatologi
.
Al-Quran diangkat ke langit.
Kemunculan Dabbah dan Dukhan. Kita tidak masukkan lagi Dajjal dan yang lain kerana bagi saya terlalu berat untuk diterjemah dalam bentuk fiksyen.
.
(Legenda Mu yg sedang ditulis sentuh Yakjuj Makjuj)
b) Alam Ghaib Jin.
.
Perihal ini paling kritikal kerana paling ampuh menggugah iman manusia.
.
Sedikit sebanyak kisahnya hanyalah imaginasi saya dan sedikit lagi pengalaman rakan saya yang mengalami gangguan alam sebelah, dan pandangan sahabat yg arif tentangnya.
Intihanya, iman turun naik.
.
Ada kalanya, saya selalu ralat jadi muslim. Arakian, menjadi rasa bersalah menulis Estodania kerana saya rasa saya sedang menjadi fasiq dan munafik.
Kelebihan menulis Estodania, saya cuba mengheret kembali kaki sendiri agar tak terlalu jauh lupa diri
Terima kasih kepada semua yang menantikan penerbitan Estodania. Anda juga menjadi asbab saya terus gigih menulis.
.
Seorang sahabat pernah berpesan kepada saya:-
.
“Kita sibuk menguruskan duniawi, sedangkan urusan akhirat tertunda-tunda.”
.
Jzk.
Doakanlah semoga penerbit yg saya cuba lamar sekarang sudi menerima Estodania.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Memoir Pejuang Wanita
.
Sempena Hari Wanita, mari kita singkap perjuangan wanita yg membawa nasionalisme negara ke medan kemerdekaan.
.
Bebenang Sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu.
1. AISHAH GHANI (1923-2013)
- berasal dari Sumatera Barat, Aishah Ghani mendapat pendidikan di Sumatera, Selangor dan London.
- awal penglibatan dalam politik, beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dilantik menjadi pemimpin wanita AWAS.
- bertindak sebagai 'lidah' PKMM melalui akhbar Pelita Malaya dan Berita Harian (UMNO), Aishah Ghani memainkan peranan besar dalam membawa kesedaran kepada golongan wanita di Tanah Melayu agar lebih celik minda tentang kesedaran politik dan kemerdekaan.
Legenda Santubong dan Sejinjang memang sangat sinonim dengan negeri Sarawak. Legenda ini sebenarnya berkait rapat dengan kewujudan kerajaan kuno yang kurang sohor di Sarawak itu sendiri.
.
KERAJAAN MELAYU KUNO DI SARAWAK
.
Bebenang sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu.
Sohornya, pensejarahan Sarawak lebih diketahui tentang pemerintahan Keluarga Brooke. Hakikatnya, Sarawak memiliki sejarah awal yang panjang dan megah tentang kerajaan awal seperti tanah Semenanjung.
.
Sejarah ini bukan dilupakan, cuma pengkajian sejarah masih kurang tentangnya.
1. KERAJAAN SANTUBONG (SAWAKU)
Bukan sebarang legenda, kisah Santubong dan Sejinjang juga berasas drpd kewujudan kerajaan lama di Sarawak iaitu Kerajaan Santubong.
Dikatakan wujud sekitar abad ke-7 higga abad ke-13, Kerajaan Santubong ini dikuasai oleh Srivijaya dan Majapahit.
Kesultanan Perak dicatatkan memiliki hubungan dengan hubungan dengan 7 Kerajaan Jin oleh R.O. Winstedt. Sehingga akhirnya seorang sultan ghaib dibawa lari ke alam ghaib.
.
LEGENDA BETING BERAS BASAH
.
Mohon RT kisah Mitologi Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah ini merupakan legenda lisan. Diprosakan untuk santapan.
.
Mitologi Mistik : Episod 1
.
Disiarkan secara bersiri dlm akaun ini.
Jemput follow saya.
.
Sedekahkanlah 250 RT utk bebenang ini agar berbaloi kelak saya rasa menulis kisah seperti ini di sini.
.
Cerita Kala Beradu.
Dahulukala, ketika 1528. Melaka sudah jatuh di tangan Ferringhi. Ketika Sang Sultan sudah melarikan diri ke Tanah Daksina (selatan). Kemelut diraja semakin tiba di kemuncaknya. Putera Sulung sakit hatinya kerana adindanya diangkat menjadi pengganti raja.
DILEMA MARTABAT BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
.
Mari kita telusuri perjuangan ‘survival’ Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah negara kita, khususnya pendidikan.
.
Mohon RT sejarah Bahasa Melayu ini
Kongsikan ilmu.
Status Bahasa Melayu selepas kemerdekaan telah mendapat perhatian yang meluas. Dasar Bahasa Kebangsaan memperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, sejak pemasyhurannya sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi lagi, Bahasa Melayu senantiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Kembali lagi kita dalam episod claim asal-usul.
.
Personally, aku tidak gemar terlibat dalam perdebatan seperti ini sebab belajar sejarah utk melihat perubahan dunia. Bukan untuk mencari siapa yg salah.
.
Dan cendol, dalam catatan sejarah ditulis bermula dari Indonesia.
.
(1/n)
Dahulukala, disebut sebagai dawet.
Dahulukala juga, Indonesia itu tidak wujud. Begitu juga dengan Malaysia.
.
Dahulukala, era pelayaran dan penjelajahan.
.
Situasinya sama macam kini, berkelana ke bumi orang utk berdagang dan belajar.
.
Kelana juga bawa budaya.
Jika budaya itu hanya dibawa oleh seorang, tidak akan beri impak kepada sekitarnya. Tetapi Tanah Jawa dan Tanah Melayu itu laluan ulang-alik MELAYU.
.
Melaka bukan kecil, Srivijaya juga luas.
.
TM bawa budaya ke TJ. Begitu juga sebaliknya.
.
Mengapa perlu berbalah??
SEKALI LAGI
karya @auzainal
terbitan @imanpublication
. #AwanBacaBuku
.
Buku yang berani lari daripada norma novel melayu masa kini! Itu yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat..
teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan.