Pernahkah kalian melihat seorang bapa yang sedang menghayun anak kesayangannya dengan memegang kedua-dua belah tangan anaknya, seolah-olah kipas helikopter yang sedang berputar?

Beliau mungkin berniat menggembirakan anak beliau dan anak itu mungkin berteriak keseronokan.
Namun, apa yang kalian tidak tahu, ia boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak kalinteralih dan terkeluar daripada soket sikunya.

Keadaan yang sama juga boleh berlaku sekiranya anda menyentap tangan anak anda secara tiba-tiba.

Ikuti perkongsian ini di setiap gambar.
Nursemaid elbow’ atau bahasa sainsnya radial head subluxation adalah sejenis kecederaan otot ligamen atau tulang pada siku yang boleh berlaku apabila tangan anak tertarik dengan kuat.
Ia digelar nursemaid elbow kerana dipercayai ada suatu masa dahulu nursemaid (nanny) dikatakan sering menyebabkan kecederaan ini ketika menjaga kanak-kanak.

Dalam bahasa ringkasnya, ia juga digelar ‘lengan tertarik’ atau ‘pulled elbow’.
Tulang dan ligamen kanak-kanak masih lembut dan dalam proses perkembangan. Oleh itu, kecederaan ini boleh berlaku apabila berlakunya tarikan yang kuat pada siku.

Menurut sumber, kanak-kanak berusia 1-4 tahun adalah yang paling kerap mendapat kecederaan ini.
Pada usia 5 tahun, selalunya ligamen pada siku kanak-kanak akan menjadi lebih kuat dan mereka kurang berisiko mendapat nursemaid elbow ini.
Dari segi luaran, ia mungkin sukar dilihat kerana kecederaan ini biasanya tidak menyebabkan bengkak atau kelainan (disfigurement) pada sendi.

Simptom yang paling biasa berlaku apabila kanak-kanak mengalami lengan tertarik ini adalah rasa sakit.
Mereka juga sukar menggerakkan lengan dan tangan kerana akan menyebabkan rasa lebih sakit.
Antara perbuatan yang perlu dielakkan oleh ibu ayah adalah:
❌ Menghayun tangan anak ketika bermain
❌ Mengangkat anak dari tempat duduk/baring dengan menarik lengan/tangannya
❌ Menarik tangan anak dengan kuat ketika berjalan dengannya.
Seeloknya, angkat / dukung anak dengan selamat dengan memegang bahagian badan atau bawah ketiaknya.
Sekiranya anak anda mengadu sakit pada lengan atau siku atau menggerakkannya dalam keadaan yang luarbiasa, bawalah anak berjumpa doktor.

Pemeriksaan x-ray biasanya tidak diperlukan, tapi boleh dilakukan untuk mengesan masalah yang lebih serius seperti retak atau patah.
Doktor akan merawatnya melalui proses reduction, di mana tulang dan ligamen akan digerakkan dengan lembut kembali ke tempatnya.

Proses ini biasanya akan mengambil beberapa saat saja.Dalam tempoh 5-10 minit, anak dah boleh gerakkan tangan macam biasa.
Tapi ada juga kes-kes tertentu yang memerlukan lebih masa dan rawatan untuk sembuh.

Bantu saya untuk #share info penting ini kerana masih ramai mak ayah yang belum tahu risiko hanyun tangan anak.
Jemput follow saya untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan.

Telegram 👉🏻 t.me/drsamhan

Tiktok 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJNhqSTG/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

11 Mar
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!

Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.
Read 15 tweets
10 Mar
9 FAKTA TENTANG ULSER MULUT

1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut.Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.
Read 9 tweets
9 Mar
“Doktor,ada waris pesakit nak jumpa doktor”

“Ok, boleh minta dia masuk”

Kelihatan seorang wanita 60-an melangkah masuk ke bilik. Perlahan-lahan melangkah.

“Sila duduk puan”

“Maaf mengganggu doktor. Saya nak minta tolong doktor sangat-sangat. Saya nak minta doktor dtg rumah”
“Boleh saya tahu kenapa?”

“Saya tinggal berdua bersama suami. Suami saya sudah beberapa bulan terlantar akibat strok”

“Dari semalam saya tak boleh beri susu sebab tiub hidung tercabut. Semalam saya dah panggil MA datang rumah. Dia dah masukkan tapi terkeluar balik”
“Jadi pagi tadi saya telefon Klinik Kesihatan, dia minta bawa pakcik ke Klinik. Jadi saya tempah ambulans bayar RM140. Pakcik tak ada duit pencen”

“Sampai sana Misi dah masuk tiub. Balik rumah,rupanya tiub itu bergulung dalam dalam mulut. Makcik terpaksa cabut. Suami lapar”
Read 13 tweets
8 Mar
Tahukah anda yang tahi telinga kita ni sebenarnya adalah sejenis peluh. 😅 Jangan korek tau. Biar dia keluar sendiri. Image
Tahukah anda, sebenarnya hidung kita menghasilkan sebanyak 1 cawan mukus/ hingus dalam sehari. Tak hairanlah lepas korek tahi hidung, lepas tu dia muncul lagi. Hahaha Image
Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung.
Read 16 tweets
7 Mar
“Apa dah jadi?”

“Anak saya jadi biru.Dia tak bernafas!”

“Saya bagi ubat batuk je.Saya beli di farmasi” Image
Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).
Read 10 tweets
3 Mar
Dari petang hujan tak berhenti. Makin lebat. Jam menunjukkan 1 pagi.

Biasanya pesakit tak ramai kalau hujan lebat. Iyalah, siapa nak keluar rumah kalau bukan betul-betul kecemasan.

“Doktor, bayi 18 bulan datang sebab demam,” panggilan dari staff klinik.

“Sebentar, saya turun”
Kelihatan ibu memeluk anaknya. Saya terus menjemputnya masuk ke bilik konsultasi.

“Kenapa ya puan?”

“Siang tadi dia ok je. Malam ini tiba-tiba terjaga dari tidur. Merengek-rengek. Susu pun tak mahu”

“Ada muntah? Cirit birit?”
“Muntah tak ada. Cirit-birit ada tapi baru semalam ada sekali”

“Suhu anak puan tinggi ini. Saya nak periksa perut dan masukkan ubat demam dalam punggung ya”

Bayi dibawa ke bilik rawatan.

Saya bantu ibunya untuk buka pampers.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!