“Mana semua gigi awak pergi?”

Sengaja saya bergurau dengan budak umur 4 tahun ni. Dia tersengih sambil pandang mak ayahnya.

Sebenarnya dalam hati ni saya geram.
Mak ayahnya cerita, setiap kali ke kedai mesti mereka akan berjalan keluar dengan gula-gula atau aiskrim.

“Kalau tak bagi, nanti dia menjerit-jerit, menangis-nangis. Siap terbaring kat atas lantai.” kata ibu.

Ayahnya mengangguk.
Saya kata pada mereka, aiskrim dan gula-gula yang dimakan terlalu banyak akan buat anak selalu jatuh sakit selain dari ianya tak berkhasiat.

Gigi akan rosak, gusi jadi sakit dan anak pun tak berselera untuk makan. Berat badan anak pun tak naik-naik.
Yang lagi penting, saya terangkan pada mereka, kawasan otak anak yang masih kecil iaitu Prefrontal Cortex sebenarnya masih belum matang sepenuhnya.
Sebab itulah anak kecil:

✔️ Tak dapat bezakan perkara yang baik dan buruk.
✔️ Tak dapat faham akibat perbuatan sekarang pada masa depan dia.
✔️ Tak tahu macam mana nak berhenti buat sesuatu yang mereka dah selalu buat.
“Kita yang patut kawal anak kita atau anak yang kawal kita?” tanya saya.

Mak ayah cuma mampu berdiam saja.
Ada masa kita yang kena tegas dan jadi penentu keputusan dalam keluarga.

Kalau diikutkan semua kemahuan anak, kita akan tengok anak kita jadi sakit, berkelakuan kasar dan tak hormat pada orang lain.
Tegas bukan bermaksud kita kena marah atau tengking anak. Cuma tegas itu dalam membuat keputusan yang terbaik untuk anak.

Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

17 Mar
Terpinga-pinga saya dibuatnya.

Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik.

Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.

“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”
Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu.

“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”

Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak.

Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula.
Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu.

“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”

Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri.
Read 13 tweets
15 Mar
Sedihnya baca sejarah pesakit ni.

Anak umur 1 tahun setengah jatuh dari kerusi di rumah pengasuh.

Pengasuh kata memang kepala yang hentam pada lantai dulu sebab jatuh depan mata dia sendiri.
Sunyi sepi sekejap lepas tu barulah dia mula menangis perlahan.

Pengasuh pujuk-pujuk, tak lama lepas tu dia pun diam.

Pengasuh ingatkan dia tidur, jadi dia maklumkan pasal kejadian tu pada mak ayah.
Petang bila mak ayah sampai, anak masih lagi tidur. Maknya pula tak sedap hati, terus dia segera bawa ke hospital.

Maknya paling risau kalau retak tempurung kepala dan kalau-kalau sampai ada pendarahan dalam otak.
Read 14 tweets
8 Mar
Penatnya jaga 3 orang budak ni seorang diri. Isteri ada urusan, maka tinggal saya seorang diri menjaga mereka.

Tak habis-habis ada aja benda yang mereka minta dari saya. Dah makan, nak ke tandas pula
Disambung dengan minum. Lepas tu nak main sama-sama.

Mula-mula saya geram juga. Kenapa anak saya tak reti nak bagi saya rehat. Dah lewat malam barulah saya dapat rehat dan makan.
Saya pun duk tanya isteri macam mana dia buat selama ni. Dia cuma gelak. Sampai hati betul.

Dia kata gini pada saya.
Read 11 tweets
6 Mar
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.

Terdengar pula perbualan di meja sebelah. Pagi tu, klinik tak sibuk seperti kebiasaan.
“Baik? Ishhh, budak ni pandai berlakon je. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.

Suka buat sepah, tak dengar cakap, dah Maghrib tak reti balik rumah. Ni lah budaknya.”
Dush!

Dalam keadaan kita tak nak berbangga dengan pujian orang lain, tanpa sedar kita dah terkutuk anak sendiri depan muka anak.
Read 9 tweets
3 Mar
3 sifat toksik ni kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1) Stonewalling

Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:

❌ Tak menjawab soalan anak
❌ Sengaja lambat jawab soalan anak
❌ Tak cakap apa-apa
❌ Terus tinggalkan anak
❌ Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan.
Read 17 tweets
2 Mar
Baru saja mak dan anaknya duduk, saya pun senyum dan bertanya khabar. Kemudian, saya terus tanyakan tentang perkembangan anaknya.

Pada asalnya, mak ni risau yang anaknya lambat bercakap.
“Sekarang dah jauh lebih baik doc, dah pandai sebut 2-3 perkataan dalam 1 ayat. Dah pandai mengadu bila abang dia sakat dia.”

“Apa lagi yang dia boleh sebut sekarang?” saya nak tahu lebih lanjut.
“Lagi dia dah pandai sebut warna merah, biru, hijau. Anggota badan pun banyak yang dia dah tahu.”

Wah, seronok pula saya dengar.

Selalu bila dapat kisah macam ni, saya cuba korek apa rahsia yang mak ayahnya buat di rumah.
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!