Vincenzo vs. Chaebol: A Thread

Mula-mula dengar pasal #Vincenzo, tergetus dalam hati: "Mafia? Cringe!".

Tapi selepas tonton, rasa best pula.

Drama ini bukan pasal mafia sangat, tapi "mafia berlesen" atau "chaebol" di Korea Selatan.

*BTS (Bangsa Takut Spoiler) jangan baca.
Vincenzo sebenarnya lebih kepada legal drama. 60% cerita adalah pasal naik turun mahkamah.

Watak yang dipegang oleh Song Joong-ki, Vincenzo Cassano adalah seorang consigliere (penasihat undang-undang mafia) di Itali. Dia memang lahir Korea, cuma jadi anak angkat orang Itali.
Lepas bos dia meninggal, dia pun balik Korea untuk dapatkan emas yang disimpan bawah bangunan Geumga Plaza.

Cuma Geumga Plaza dalam bahaya. Sebuah syarikat besar bernama Babel nak beli plaza dan halau semua penyewa.

Hak penyewa dipertahankan oleh peguam bernama Hong Yu-chan.
Babel pula dibantu oleh firma guaman Wusang, yang memiliki peguam hebat seperti Choi Myung-hee, bekas pendakwah raya.

Choi ni gaya je ajumma, tapi sebenarnya dia seorang yang kejam. Sanggup buat apa saja untuk capai tujuannya, termasuk membunuh.
Pada asalnya Vicenzo cuma nak selamatkan emas dia, tapi lama-kelamaan dia pun side dengan Peguam Hong dan anaknya Hong Cha-young.

Semua tipu muslihat Babel dan Wusang berjaya ditangkis oleh Vincenzo yang masak dengan permainan kotor (yang menjadi lumrah hidup mafia).
Jadi drama ni adalah sindiran terhadap korupsi di Korea Selatan yang didalangi syarikat besar (conglomerates) yang dikenali sebagai "chaebol".

Chaebol ni terlibat dalam pelbagai bidang. Samsung bukan buat phone je. Semua benda dia tapau, mikrocip, kapal, besi, bahan kimia.
5 chaebol terbesar mewakili hampir separuh ekonomi Korea Selatan.

Dan syarikat chaebol ni bukan macam GLC kita yang public-owned, tapi dimiliki oleh keluarga. Samsung keluarga Lee, Hyundai keluarga Chung, SK keluarga Chey, Lotte keluarga Shin, LG keluarga Koo.
Chaebol ni jadi maju ketika zaman Presiden Park Chung-hee (1961-1979). Park bagi bantuan kepada beberapa keluarga terpilih untuk membangunkan industri terpilih. Tujuannya bukan saja nak bangunkan Korea dalam masa singkat, malah juga nak bela kroni untuk mengukuhkan kuasanya.
Lama-kelamaan, chaebol ni jadi lebih berkuasa pula berbanding kerajaan.

Mereka menyumbang dana kepada ahli politik (menteri & ahli parlimen) yang akan permudahkan bisnes diorang.

Mereka juga sanggup beli hakim, polis dan pendakwa raya untuk tutup korupsi mereka.
Bekas presiden Roh Moo-hyun pernah cuba usik chaebol. So selepas dia turun dari jawatannya (presiden Korea hanya boleh pegang satu penggal), penggantinya Lee Myung-bak (proksi chaebol) melancarkan siasatan korupsi ke atas Roh yang selama ni berimej bersih & berintegriti.
Chaebol ada kuasa media. Hari2 diorang duk buat "dedahan" betapa korupnya Roh, dan orang pun percaya. "Tangan ghaib" mempengaruhi hakim dan badan penyiasat sehingga semakin banyak "bukti" yang timbul.

Roh akhirnya bunuh diri pada 2009 akibat tekanan.
Of course, Vincenzo bukan drama pertama yang kritik chaebol. Sebelum ni pun ada "Secret Forest" dan "Partners for Justice" yang mendedahkan dark side chaebol.

Cuma Vincenzo menonjol dalam beberapa perkara.
Pertama, drama ini dibintangi oleh Song Joong-ki yang merupakan nama besar (pelakon A-list).

Selalunya, drama yang ada pelakon A-list cenderung untuk "mencantikkan" imej chaebol. Pewaris chaebol digambarkan sebagai tall, rich, handsome, romantik.
Kedua, hero drama anti-chaebol selalunya adalah penjawat awam (pendakwa raya, polis) yang bermoral, berintegriti.

Tapi watak Vincenzo pula seorang mafia yang guna cara tak bermoral (ugut, tipu, bunuh). Dan dia lebih didorong oleh self-interest (emas) berbanding soal keadilan.
Orang selfless yang cuba lawan chaebol dengan cara bermoral semata-mata macam Hong Yu-chan awal-awal dah KO.

Hong ni sebenarnya banyak persamaan dengan Roh Moo-hyun. Orang macam ni jangan harap boleh cabar sistem. Sebab mereka underestimate kejahatan pihak lawan.
Tagline drama ni (only evil can punish evil) berasal dari pepatah Itali "un diavolo scaccia l'altro" (hanya syaitan mampu halau syaitan).

Ia memberi vibe "realpolitik" kepada drama ini. Dan pengasas realpolitik iaitu Niccolò Machiavelli pun berasal dari Itali.
Machiavelli berpendapat, untuk lawan orang jahat, kita pun perlu adapt jadi macam diorang. "Menjadi baik sekiranya mampu, menjadi jahat sekiranya perlu".

"Non partirsi dal bene, potendo, ma sapere entrare nel male, necessitato" (Bab 18).
Sebab tu drama ini "dark". Dia terbalikkan fahaman moral yang kita terima sejak dari kecil, yang mengatakan good akan menang ke atas evil, macam dalam cerita superhero (yang sebenarnya tak realistik).

Orang baik tanpa strategi akan dikalahkan oleh orang jahat yang berstrategi.
Ketiga, gambaran chaebol lebih hidup (lively) berbanding drama-drama sebelum ni.

Struktur Babel tu sebiji struktur chaebol yang sebenar (ada Babel Group, bawah ada Babel E&C, Babel Pharma dan lain-lain), budaya kerja chaebol semua diceritakan.
Dulu kritik secara subtle (tak direct). Ini secara open, tak ada cover.

Ini ada kaitan dengan perubahan persepsi masyarakat Korea terhadap chaebol.

Dulu orang sedar chaebol punca ketidakadilan, tapi orang tetap nak kerja di chaebol, berangan nak kahwin "chaebol prince".
Tapi sejak Moon Jae-in (sahabat baik Roh) jadi presiden pada 2017, satu per satu politikus yang terima rasuah chaebol (termasuk Lee Myung-bak) disiasat dan disabit kesalahan.

Ketua Samsung, Lee Jae-yong pun dijatuhkan hukuman penjara baru-baru ni.
Orang ramai dan media jadi lebih kritikal dan marah dengan chaebol. Tapi orang juga semakin hilang keyakinan terhadap sistem perundangan yang dianggap dah korup.

Jadi Vincenzo menggambarkan sentimen harapan wujudnya "antihero" seperti Vincenzo bagi menuntut keadilan.
Fenomena chaebol sebenarnya bukan ada di Korea saja. Di Jepun, US, Indonesia, Thailand pun ada.

Fenomena ini dipanggil oligarki (oligarchy), yang akan dikupas dengan lanjut dalam Bab 23, Politik Untuk Pemula nanti.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

1 Mar
Dari sudut pandang realis, hubungan antarabangsa adalah sejarah kebangkitan & kejatuhan kuasa besar (great powers).

Kalau lihat pada gambar (yang berdasarkan power cycle theory Charles Doran), Eropah pada awal 1500an ada 4 kuasa besar: Ottoman, Habsburg, Perancis, England.
Habsburg tu nama dinasti asal Austria. Philip dari Habsburg kahwin anak perempuan Isabella & Ferdinand di Sepanyol, maka Habsburg turut mewarisi Sepanyol & jajahannya.

Habsburg ada motto 'AEIOU' atau 'Alles Erdreich ist Österreich untertan' (seluruh dunia tunduk pada Austria').
Perancis rasa terancam. Maka Perancis buat pakatan dengan Ottoman yang mencapai kemuncak kuasa bawah Suleiman (1520-1566).

England lalang sikit, kadang pro-Habsburg, kadang pro-Perancis, dia akan sokong belah mana yang lebih lemah.
Read 20 tweets
1 Feb
Aku nak hiatus lagi sebulan. Tapi atas permintaan, aku ulas sikitlah pasal Myanmar.

Sepatutnya parlimen Myanmar mula bersidang hari ini, tapi tentera (orang Myanmar panggil Tatmadaw) bertindak menahan pemimpin parti National League for Democracy (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi.
Apa yang berlaku ialah rampasan kuasa (kudeta) yang klasik.

Kenapa nak rampas kuasa? Sebab Tatmadaw takut hilang kuasa.

Walaupun Myanmar sekarang mengamalkan demokrasi, tapi "demokrasi" ini sebenarnya diwujudkan oleh Tatmadaw, dengan tujuan untuk memelihara kuasa mereka.
Tatmadaw menguasai politik Myanmar sejak tahun 1962, selepas Jeneral Ne Win menggulingkan Presiden Win Maung & PM U Nu.

US pada waktu tu sibuk Perang Vietnam, so tak ada masa nak tarbiah Myanmar (waktu tu masih bernama Burma) pasal demokrasi dan hak asasi manusia bagai.
Read 23 tweets
8 Nov 20
Trump kalah.

Dunia akan lebih aman ke macam mana?

Apa impak yang akan Joe Biden bawa kepada politik antarabangsa?

Ini thread.
Kita recap dasar2 luar Trump:

1. Mengubah dasar pro-perdagangan bebas & globalisasi: menarik US keluar dari Trans-Pacific Partnership (TPP), merunding semula NAFTA antara US, Canada & Mexico. Menaikkan tarif (cukai) ke atas barangan import terutamanya barangan China.
2. Menarik US keluar dari institusi antarabangsa yang dianggap tak menepati kepentingan US: Paris Agreement (pasal perubahan iklim), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Read 48 tweets
2 Nov 20
Dalam 24 jam lagi, rakyat US akan mengundi presiden bagi tahun 2021-2024.

By tengahari Rabu kita akan tau samada Donald Trump (Parti Republican) kekal, atau diganti oleh Joe Biden (Parti Democrat), naib presiden 2009-2016.

Siapa akan menang?

Ini thread.
Kalau ikut poll (pungutan suara), Biden dah berbulan-bulan mendahului Trump.

Poll CNN terkini kata 52% akan undi Biden. 42% undi Trump.

Tapi orang sekarang skeptik sikit dengan poll. Sebab tahun 2016 poll pun cakap Hillary Clinton sure win. Last-last Trump menang.
Waktu tu The New York Times siap kata 92% peluang Clinton menang. Majalah Newsweek dah siap print cover "Madam President".

Sebab mainstream media yang buat poll ni, CNN ke, NYT ke, MSNBC ke, kebanyakannya pro-Democrat.
Read 27 tweets
30 Oct 20
2 minggu ni hangat pasal Perancis.

Bukan pasal Emily in Paris, tapi kes pembunuhan Samuel Paty serta kesan-kesannya.

Nak faham isu ini, kena faham dulu konsep yang dipanggil 'laïcité'.
Bagi yang dah lost atau tak follow isu ini, ini ceritanya:

Ada seorang guru bernama Samuel Paty tunjuk kartun menghina Rasulullah S.A.W. (yang diterbitkan oleh majalah Charlie Hebdo) dalam kelasnya.
Paty ada mintak pelajarnya yang beragama Islam, yang mungkin rasa tak selesa dengan tindakan tersebut untuk keluar dari kelas.

Tapi, bila kejadian itu tersebar, Paty dibunuh pada 16 Oktober, oleh seorang imigran Muslim dari Chechen yang marah dengan tindakannya.
Read 26 tweets
29 Sep 20
Atas permintaan ramai, aku ulas sikit je lah perang Armenia-Azerbaijan yang tercetus sejak Ahad lalu.

Sebenarnya konflik Armenia-Azerbaijan bukan baru. Selang 2 tahun akan berperang. 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, 2018. Paling teruk tahun 2016, mengorbankan hampir 200 nyawa.
Punca konflik ialah perebutan ke atas kawasan Nagorno-Karabakh yang majoriti etniknya orang Armenia, walaupun ia berada dalam sempadan Azerbaijan (yang majoritinya orang Azeri).
Orang Armenia adalah orang Kristian, Azeri adalah penganut Syiah. Cuma Azeri kat Azerbaijan ni kebanyakan tak religious, negara pun sekular.
Read 33 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!