1- Ada satu isu yang saya perlu ulas secara terbuka.

2- Saya perasan terdapat beberapa video yang menceritakan berkenaan pasangannya yang baru meninggal dunia.

3- Tidak dinafikan, semua orang sedih saat kematian orang tersayang.

4- Isunya, mereka berdua belum berkahwin.
5- Pasangan yang belum berkahwin, adalah haram berdua-duaan (khalwat) serta haram bersentuhan kulit sesama mereka. Meski tunang sekalipun adalah haram bersentuhan dan berduaan.
6- Kadang ada yang kongsikan video berpegangan tangan, mencium tangan, berdua-duaan. Ini semuanya belum halal tanpa ikatan perkahwinan.
7- Apabila salah seorang telah meninggal dunia, ini sebenarnya keaiban kepada si mati apabila maksiat tersebut divideokan dan disebarluaskan.
8- Ya, kita faham. Kesedihan adalah perasaan yang sukar digambarkan. Lebih-lebih lagi, yang pergi adalah insan yang amat disayangi.
9- Cuma, sayangilah pasangan anda dengan mendoakan keampunan Allah buatnya. Tidak perlu sebarkan keaibannya menerusi gambar atau video berpegangan tangan, mencium tangan, bersentuhan kulit, dll.

10- Semoga Allah ampun & rahmati kita semua. Amen.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Muhammad Fahmi

Muhammad Fahmi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fahmirusliMFR

19 Mar
Maaf, yang menjadi masalah apabila kita kongsi sesuatu amalan tanpa ada sandaran dalil ini, orang ramai mungkin akan keliru mengingatkan ia sebahagian dari agama.

Sedangkan ia bukan ajaran agama.

Agama ini milik Allah. Rasulullah tidak cipta agama, baginda sebagai penyampai.
Rasulullah S.A.W dahulu, jika ada sebarang isu yang berlaku, contoh tuduhan ke atas A’isyah dan juga menanti keputusan Allah terhadap Ka’b bin Mālik, baginda tidak buat keputusan sendiri.

Baginda tunggu wahyu Allah.
Ini sangat jelas menunjukkan bahawa agama ini milik Allah. Rasulullah S.A.W sebagai utusan yang menyampaikan.

Jadi, sangat-sangat berat sebenarnya apabila seseorang kongsikan sesuatu amalan tanpa ada dalil.
Read 6 tweets
13 Jan
Memahami Makna Hadis Pelacur Memberi Anjing Minum

1- Kita biasa dengar tentang kisah seorang pelacur pada zaman Bani Israel dengan seekor anjing yang hampir mati kerana dahaga.

2- Kisah ini ada dalam Sahih Muslim (2245)

3- Disebab perbuatan ini, Allah ampunkan dosa dosanya.
4- Perbuatan yang dibenci lagi dikeji adalah melacur atau berzina. Sedang perbuatan berbuat baik (ihsan) kepada semua jenis binatang adalah dipuji dan dimulia.

5- Sifat ihsan datang dari hati yang penyayang. Ada hadis sahih sebut : Orang-orang yang penyayang akan dikasihi oleh..
Allah Ar-Rahman (yang Maha Penyayang). Kasihilah kamu kepada mereka yang berada di atas muka bumi, nescaya Allah yang di atas langit akan mengasihi kamu. Riwayat Abu Daud (4941).
Read 5 tweets
2 Jan
Semasa saya di Jordan dahulu, guru saya memberi anjuran untuk membaca اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik mendengar nama Rasulullah ﷺ disebut.

Sedangkan sebelumnya, yang menjadi kebiasaan adalah sebutan صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم iaitu dengan mengulang -
sebut apa yang kita dengar daripada mereka yang menyebut nama Rasulullah ﷺ

Al-Imām Ibn Hajar Al-Haitami ditanyakan, yang manakah lebih afdhal antara sebutan -
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم dan sebutan اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik kita mendengar nama baginda disebut ?

Beliau - rahimahullāh - menjawab :

بِصِيغَةِ الطَّلَب ، لِأَنَّهَا الْوَارِدَة فِي الخَبَرِ ، وَلَا يُعَلِّمُهُمْ إِلَّا الأَفْضَل
Read 5 tweets
16 Dec 20
Saya memulakan tanda pagar (hashtag) #MasyarakatPerluTahu bagi membetulkan beberapa salah faham dalam isu agama yang masih bertebaran.

1- #MasyarakatPerluTahu bahawa seorang suami tidak menanggung dosa isteri. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung dosa anak gadisnya.
2- #MasyarakatPerluTahu bahawa doa yang mustajab itu ada pada setiap sujud solat. Ia tidak terkhusus kepada sujud terakhir sahaja.

Rakan-rakan juga boleh tambah menggunakan tanda pagar yang sama. Jika saya setuju dan rasakan sesuai, saya akan masukkan dalam senarai bebenang ini.
3- #MasyarakatPerluTahu bahawa bacaan Al-Fatihah di dalam solat perlu dibaca dengan suara yang didengari oleh telinga sendiri. Bukan baca Al-Fatihah dalam hati.
Read 14 tweets
2 Dec 20
Antara prinsip asas dalam menegur ialah :

1- Menegur dengan kebenaran.

Yakni, kebenaran pada ‘content’ (isi) teguran & juga pada konteks teguran. Meski apa yang kita ingin tegur itu betul, kena pastikan teguran dilakukan pada tempat, masa, & juga cara yang betul.
2- Menegur dengan kesabaran.

Ini ciri penting yang perlu ada pada penegur. Jangan disangka, teguran diberi di pagi hari, lalu di saat petang, orang tersebut telah berubah. Pastikan teguran diteruskan selama seseorang belum berubah, bersama dengan kesabaran sesudah teguran.
3- Menegur dengan kasih sayang.

Perlu diingat, sebarang teguran bukan untuk menilai siapa menang siapa kalah. Teguran terbina di atas kasih sayang. Didasarkan keinginan kebaikan kepada insan yang ditegur.
Read 5 tweets
30 Nov 20
SOAL REZEKI DARIPADA ALLAH MAHA MEMBERI

1- Rezeki Allah S.W.T kepada para hamba-Nya terbahagi kepada dua bahagian

Rezeki umum, yang meliputi orang baik dan orang jahat, orang beriman dan orang kafir, dan ia disifatkan sebagai rezeki tubuh badan. Image
Turut meliputi segala haiwan dan seluruh makhluk Tuhan.

Rezeki khas, yang terkhusus kepada orang beriman sahaja, & ia disifatkan sebagai rezeki jantung hati. Yang mana Allah mengisikannya dengan ilmu, iman, serta rezeki halal yang membantu ke arah memperbaiki agama seseorang.
2- Rezeki yang Allah lapangkan kepada golongan kafir, sama sekali tidak bermakna bahawa Allah redha kepada mereka. Ini kerana Allah memberikan dunia ini kepada mereka yang Dia suka dan juga kepada mereka yang Dia tidak suka.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!