“Baru semalam. Malu la, nanti mesti orang cakap mata bengkak sebab mengintai”
“Ni semua mitos. Tak ada kaitan pun.
Dulu tandas di luar rumah. Orang tua-tua nak elakkan tabiat mengintai.Jadi, mereka cakap, siapa mengintai, mata akan jadi bengkak”
Ketumbit adalah benjolan yang berlaku pada kelopak mata samada pada bahagian atas atau bahagian bawah kelopak mata.
Ada 2 jenis ketumbit:
1. Hordeolum/stye
Ia adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Ia sakit dan bengkak kemerahan.
Hordeolum selalunya dijumpai pada pesakit seperti:
-Kencing manis
-Blepharitis yang kronik: Jangkitan pada kelopak mata yang lama
-Seborrhea
2. Chalazion
Chalazion disebabkan kalenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat. Ia tidak sakit cuma bengkak.
Chalazion selalunya terjadi:
-Kebersihan bulu mata yang tak terjaga(sebagai contoh tidak membersihkan bulu mata setelah penggunaan kosmetik)
-Penyakit seborrheic dermatitis
-Blepharitis yang kronik
-Trauma kepada kelopak mata
Apakah rawatan ketumbit?
Kebanyakan ketumbit adalah kecil dan ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari.
Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk titisan mungkin diperlukan atas nasihat doktor.
Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil.Sedikit belahan pada kelopak mata mungkin dilakukan untuk mengeluarkan bahan yang terkandung dalam kalenjar.
Cara-cara melakukan tuaman 1. Ambil sehelai sapu tangan kecil 2. Rendam dalam air suam dan perah. 3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup. 4. Lakukan selama 10 minit 5. Ulang 2-3 kali sehari sehingga ketumbit pulih.
Cara-cara membersih kelopak mata 1. Ambil cawan / bekas kecil 2. Letakkan air bersih dicampur dengan sabun bayi. 3. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi. 4. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut.
(Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea) 5. Lakukan 2-3 kali sehari.
“Tak perlu malu, atau encik memang mengintai?”
“Semalam malam jumaat doc,mungkin terlebih intai kot”
Hah, itu puncanya!
Dr Ahmad Samhan
-Pakar rawat mata skodeng-
Join Telegram saya untuk INFO KESIHATAN yang MENARIK secara PERCUMA. Klik 👉🏻 t.me/drsamhan
“Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega.
Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”
“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan. Ini dipanggil Sleep Paralysis”
“Sleep Paralysis” adalah satu fenomena dimana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak. Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur.
“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”
“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?
Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur.
Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?
Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Situasi lemas boleh terjadi bila-bila masa. Tak diduga dan mudah terlepas pandang oleh mak ayah.
Anak lemas mandi pantai atau sungai. Anak kecil jatuh dalam kolam renang. Anak mandi kolam tiba-tiba kejang dan lemas. Anak lemas dalam besen bilik air.
Lemas dalam air menyebabkan oksigen tidak dapat masuk ke paru-paru. Air boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan udara tidak sampai ke paru-paru.
Tekanan dada akan menyebabkan air keluar dari paru-paru.
Lebih penting dari itu, tekanan dada ini akan menyebabkan jantung (yang terletak di tengah dada) di pam secara luaran dan darah dari jantung akan berterusan sampai ke otak.
Pernahkah kalian melihat seorang bapa yang sedang menghayun anak kesayangannya dengan memegang kedua-dua belah tangan anaknya, seolah-olah kipas helikopter yang sedang berputar?
Beliau mungkin berniat menggembirakan anak beliau dan anak itu mungkin berteriak keseronokan.
Namun, apa yang kalian tidak tahu, ia boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak kalinteralih dan terkeluar daripada soket sikunya.
Keadaan yang sama juga boleh berlaku sekiranya anda menyentap tangan anak anda secara tiba-tiba.