“Ya pakcik, datang hari ini sebab apa?”

“Pakcik kena tindih hantu”

“Maksud pakcik?”

“Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega.
Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”

“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan. Ini dipanggil Sleep Paralysis”
“Sleep Paralysis” adalah satu fenomena dimana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak. Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur.

Fenomena ini terjadi dalam satu daripada dua fasa
iaitu “hypnagonic” dan “hypnopompomic”.

“Hypnagonic” terjadi sebelum tidur manakala “Hypnopomponic” pula terjadi terjadi ketika terjaga daripada tidur.

Semasa tidur, tubuh badan kita berada dalam keadaan relaks dan pemikiran kita dalam keadaan kurang sedar.
Semasa “hypogonic” terjadi, pemikiran kekal sedar tapi anggota badan berada dalam keadaan “involuntary” yang terlalu relaks.

Apabila begini, seseorang individu itu akan cuba memaksa untuk menggerakkan anggota badan mereka,
lalu akan menghasilkan pemikiran panik dan seterusnya menghasilkan satu imej igauan yang menyeramkan.
Fenomena ini normal dan kekerapan terjadi berbeza bergantung pada individu. Kebiasaannya terjadi disebabkan tekanan perasaan dan pemikiran(stress).

Faktor yang menggalakkan ia kerap terjadi jika kekurangan tidur yang kualiti, masa tidur yang tak teratur,
posisi tidur yang salah dan penyalahgunaan ubat dan dadah.
Memandangkan ia adalah normal, tiada rawatan khusus disediakan. Namun, jika berlarutan dan semakin teruk, boleh berjumpa dengan doktor dan akan dirujuk kepada Pakar Perubatan dan akan disarankan menjalani “Sleep study” iaitu kajian mengenai paten tidur seseorang.
Bagi meengurangkan kejadian fenomena ini, seseorang itu boleh memperbaiki waktu tidur yang lebih baik, luahkan perasaan,kurangkan stress dan amalkan cara hidup yang sihat. Jika berlarutan akan dirujuk pada Pakar Psikiatri dan diberi rawatan sepatutnya.
“Setakat ini pakcik faham?”

“Faham. Tapi kadang-kadang pakcik perasan lengan dan peha makcik memang ada atas badan pakcik masa tidur”

Oh, itu memang seram!

Dr Ahmad Samhan
-bomoh halau hantu-
Join Telegram saya untuk ILMU KESIHATAN PERCUMA. Klik 👉🏻 t.me/drsamhan

Follow Tiktok saya untuk pelbagai TIPS KESIHATAN. Klik 👉🏻 vt.tiktok.com/ZSJYU6PRU/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

21 Mar
Jangan pegang fon sebelum tidur? Cahaya biru dari fon akan menyekat hormon melatonin. Sukar untuk tidur nyenyak.
Bilakah masa paling sesuai untuk tidur? Jam 10malam hingga 6 pagi kerana waktu ini hormon melatonin dirembeskan.
Siapa tangan kidal? Korang adalah unik sebab hanya 10 peratus manusia tangan kidal.
Read 13 tweets
20 Mar
“Bengkak nampak mata encik. Dah berapa hari?”

“Baru semalam. Malu la, nanti mesti orang cakap mata bengkak sebab mengintai”

“Ni semua mitos. Tak ada kaitan pun.
Dulu tandas di luar rumah. Orang tua-tua nak elakkan tabiat mengintai.Jadi, mereka cakap, siapa mengintai, mata akan jadi bengkak”

Ketumbit adalah benjolan yang berlaku pada kelopak mata samada pada bahagian atas atau bahagian bawah kelopak mata.
Ada 2 jenis ketumbit:

1. Hordeolum/stye

Ia adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Ia sakit dan bengkak kemerahan.
Read 12 tweets
19 Mar
“Doktor, telinga saya macam pekak la”

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”

“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?

Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur.
Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?

Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Read 11 tweets
17 Mar
“Tolongggg…anak lemas!!”

Situasi lemas boleh terjadi bila-bila masa. Tak diduga dan mudah terlepas pandang oleh mak ayah.

Anak lemas mandi pantai atau sungai. Anak kecil jatuh dalam kolam renang. Anak mandi kolam tiba-tiba kejang dan lemas. Anak lemas dalam besen bilik air. Image
Lemas dalam air menyebabkan oksigen tidak dapat masuk ke paru-paru. Air boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan udara tidak sampai ke paru-paru.

Tekanan dada akan menyebabkan air keluar dari paru-paru.
Lebih penting dari itu, tekanan dada ini akan menyebabkan jantung (yang terletak di tengah dada) di pam secara luaran dan darah dari jantung akan berterusan sampai ke otak.
Read 7 tweets
12 Mar
Pernahkah kalian melihat seorang bapa yang sedang menghayun anak kesayangannya dengan memegang kedua-dua belah tangan anaknya, seolah-olah kipas helikopter yang sedang berputar?

Beliau mungkin berniat menggembirakan anak beliau dan anak itu mungkin berteriak keseronokan.
Namun, apa yang kalian tidak tahu, ia boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak kalinteralih dan terkeluar daripada soket sikunya.

Keadaan yang sama juga boleh berlaku sekiranya anda menyentap tangan anak anda secara tiba-tiba.

Ikuti perkongsian ini di setiap gambar.
Read 15 tweets
11 Mar
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!

Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!