Jangan pegang fon sebelum tidur? Cahaya biru dari fon akan menyekat hormon melatonin. Sukar untuk tidur nyenyak.
Bilakah masa paling sesuai untuk tidur? Jam 10malam hingga 6 pagi kerana waktu ini hormon melatonin dirembeskan.
Siapa tangan kidal? Korang adalah unik sebab hanya 10 peratus manusia tangan kidal.
Bibir manusia warna merah sebab banyak kapilari darah dan kulit bibir yang nipis. Bibir hitam? Sebab terbakar dengan rokok.haha
Usus kecil adalah bahagian paling panjang. Jika diregangkan akan melebihi tinggi seekor zirafah.
Tahukan anda satu depa lengan adalah ketinggian anda. Cuba ukur!
Perempuan mempunyai lebih banyak lemak dari lelaki kerana lelaki lebih cepat membakar lemak dalam jangkamasa pendek.
Paru-paru sihat berwarna pink. Jika merokok, paru-paru bertukar jadi hitam. Berhentilah merokok.
Tahukan hati korang boleh tumbuh kembali? Jika korang dermakan sebahagian hati korang, ia akan tumbuh kembali.
Bayi kurang setahun menangis tak keluar airmata. Sebab kelenjar lakrimalnya belum cukup matang.
Nak tau lagi banyak fakta sains best pasal tubuh badan kita? Segera dapatkan Teroka Sains 3 okey!
Dr Wan Fahmi dan Dr Annies bagitau untuk Teroka Sains 3 ni mereka mahu buatkan anak-anak kita teruja belajar mengenai diri kita sendiri sebagai seorang manusia.
“Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega.
Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”
“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan. Ini dipanggil Sleep Paralysis”
“Sleep Paralysis” adalah satu fenomena dimana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak. Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur.
“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”
“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?
Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur.
Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?
Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Situasi lemas boleh terjadi bila-bila masa. Tak diduga dan mudah terlepas pandang oleh mak ayah.
Anak lemas mandi pantai atau sungai. Anak kecil jatuh dalam kolam renang. Anak mandi kolam tiba-tiba kejang dan lemas. Anak lemas dalam besen bilik air.
Lemas dalam air menyebabkan oksigen tidak dapat masuk ke paru-paru. Air boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan udara tidak sampai ke paru-paru.
Tekanan dada akan menyebabkan air keluar dari paru-paru.
Lebih penting dari itu, tekanan dada ini akan menyebabkan jantung (yang terletak di tengah dada) di pam secara luaran dan darah dari jantung akan berterusan sampai ke otak.
Pernahkah kalian melihat seorang bapa yang sedang menghayun anak kesayangannya dengan memegang kedua-dua belah tangan anaknya, seolah-olah kipas helikopter yang sedang berputar?
Beliau mungkin berniat menggembirakan anak beliau dan anak itu mungkin berteriak keseronokan.
Namun, apa yang kalian tidak tahu, ia boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak kalinteralih dan terkeluar daripada soket sikunya.
Keadaan yang sama juga boleh berlaku sekiranya anda menyentap tangan anak anda secara tiba-tiba.