Orang duk panggil kita doktor sana sini, tapi hakikatnya saya orang biasa je.
Masa tu saya fikir penatnya keluar kerja pagi balik petang macam orang lain. Hutang tetap ada dan tak habis-habis.
Paling saya rasa tak berguna sebab saya rasa macam tak ada masa langsung. Sibuk yang entah apa-apa.
Sampai satu hari, saya jumpa dengan seorang insan ni. Dia ajar pada saya, manusia ada banyak “aset” contohnya ilmu, tenaga, duit dan masa.
Antara semua ni, dia kata ”Masa” tu yang paling berharga. Sebabnya masa tak boleh dicipta semula.
Kalau kita dah guna masa tu, ia akan habis dan kita tak akan dapat semula.
“You can get more money, but you can’t get more time.”
Dia kata masa kita ni terhad, jadi kita kena jaga masa kita baik-baik.
Dia cakap macam ni,
✔️ 33% masa yang ada, kita luangkan dengan kawan-kawan yang ada disekeliling kita.
- Orang yang mungkin kerja satu pejabat dengan kita atau tinggal berdekatan dengan rumah kita.
✔️ 33% masa lagi kita luangkan dengan orang yang dah 5, 10, 15 tahun lebih maju dari kita.
- Lagi bagus kalau orang ni dah capai apa yang kita nak capai.
- Sebab orang macam ni dia akan bantu kita untuk sambung perjalanan hidup kita tanpa banyak buat silap.
✔️ 33% masa lagi kita luangkan dengan orang yang 5, 10 tahun ketinggalan berbanding kita.
- dia mungkin baru masuk kerja.
- dia mungkin baru nak mulakan sesuatu yang kita dah pun capai.
Kita bantu dia supaya dia pun boleh naik ke atas sebab satu masa dulu pun ada tangan yang menarik kita ke atas semasa kita masih ada di bawah.
Betullah, masa kita senang mudahnya nak lupa diri. Bila susah baru berfikir-fikir apa yang kita dah buat silap.
Bila muda, duk lupa hidup ni sementara. Bila dah makin berusia, baru teringat ruginya masa yang dah berlalu.
Allah bagi kita susah sebab Allah nak kita fikir, muhasabah untuk betulkan diri kerdil ini semula.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Saya nak kongsikan 5 fakta menarik tentang bayi yang ramai orang tak tahu.
1️⃣ Bayi mengelip mata sebanyak 1-2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15-20 kali seminit.
Jadi kalau nak lawan tenung mata dengan bayi, belum tentu kita boleh menang.
2️⃣ Bayi selalunya bernafas sekitar 30-60 kali seminit.
Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit boleh jadi tu mungkin tanda yang dia sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.
3️⃣ Bayi mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang makin sedikit? Sebab sebahagian tulang dalam tubuh kita ni bercantum ketika usia meningkat.
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
- Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
- Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
- Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi.Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.