Saya nak kongsikan 5 fakta menarik tentang bayi yang ramai orang tak tahu.
1️⃣ Bayi mengelip mata sebanyak 1-2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15-20 kali seminit.
Jadi kalau nak lawan tenung mata dengan bayi, belum tentu kita boleh menang.
2️⃣ Bayi selalunya bernafas sekitar 30-60 kali seminit.
Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit boleh jadi tu mungkin tanda yang dia sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.
3️⃣ Bayi mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang makin sedikit? Sebab sebahagian tulang dalam tubuh kita ni bercantum ketika usia meningkat.
Contohnya tengkorak dan tulang pinggul.
4️⃣ Bayi mempunyai peratusan air dalam tubuh sebanyak 70%, manakala orang dewasa hanya sekitar 60% sahaja.
Namun, bayi lebih mudah mengalami dehidrasi dan jatuh sakit bila kurang menyusu.
5️⃣ Kadar denyutan nadi bayi adalah sekitar 100-160 denyutan seminit, manakala kadar denyutan nadi orang dewasa pula adalah antara 60-90 seminit.
Kalau anak kalian jenis yang suka ambil tahu fakta menarik tentang bagaimana anggota tubuh badan kita ni berfungsi, saya syorkan kalian untuk dapatkan Buku Teroka Sains 3: Uniknya Awak ni.
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
- Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
- Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
- Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi.Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.