“Anak sawan 5 kali di rumah?”

Terkejut juga saya. Ke saya yang salah dengar.

“Saya telefon suami. Suami kata tunggu dia balik rumah dulu.
Tunggu punya tunggu, tak balik-balik juga. Bila dia sawan kali ke 5, saya dah tak tahan. Saya terus telefon ambulan.

Saya tak tahu pun anak saya tengah sawan. Tapi saya tahu ni memang tak normal.”

Ibu ni kata dia cuma ikut kata hati.
“Saya cuma tak nak anak saya jadi lagi teruk.“

Hati ibu, mana mungkin dibiar anaknya begitu saja.

Mesti dia akan berjuang selagi boleh supaya anaknya selamat. Semuanya sanggup dia korbankan, janji anaknya selamat.
Saya terdiam. Ramai lagi mak ayah yang tak kenal macam mana rupa anak yang sawan.

Sawan atau ‘tarik’ ni ialah cetusan aktiviti elektrik yang berlaku secara mendadak di dalam otak. Ia menyebabkan berlaku perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti seorang individu.
Antara tanda-tanda sawan ialah:

✔️ Tiba-tiba anak hilang kesedaran diri. Maksudnya anak tak menyahut bila dipanggil, anak tak pandang kita bila kita tepuk bahunya. Maksud lain ialah anak tiada respon pada kita.
✔️ Anak mata pandang ke atas atau ke tepi.
✔️ Mengalir air liur.
✔️ Kaki dan tangan menjadi keras atau kejang.
✔️ Kaki dan tangan tersentak-sentak.
✔️ Sekeliling mulut anak menjadi biru.
✔️ Anak menggesel gigi semasa sawan.
✔️ Anak terkencing atau buang air besar semasa sawan.

Satu tips untuk mak ayah yang tak pasti pergerakan aneh anak ialah dengan mengambil video. Sangat membantu doktor dan pegawai kesihatan untuk merawat anak.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

29 Mar
Kawan baik saya runsing sangat.

Umur baru 34 tahun, dah disahkan ada darah tinggi dan kencing manis. Saya tahu dia susah hati.
Dia mesej saya itu ini. Saya duk terbayang wajah dia. Berkerut dan tertekan. Dulu kami belajar sama-sama. Pergi kelas sama-sama. Makan sama-sama.

Di akhir mesej tu, dia cakap dia cuma nak berkongsi rasa kusutnya dengan seseorang. Apa yang saya syak rupanya betul.
“Isteri kau dah tahu ke?”

Dia cuba sembunyikan dari isterinya. Tak nak susahkan isteri. Tak nak buat dia bimbang.
Read 10 tweets
23 Mar
7 cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dah dipenuhi atau tak.

Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok 7 cara ni pula.

✅ Bercakap sambil pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
Read 11 tweets
22 Mar
Saya nak kongsikan 5 fakta menarik tentang bayi yang ramai orang tak tahu.

1️⃣ Bayi mengelip mata sebanyak 1-2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15-20 kali seminit.

Jadi kalau nak lawan tenung mata dengan bayi, belum tentu kita boleh menang.
2️⃣ Bayi selalunya bernafas sekitar 30-60 kali seminit.

Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit boleh jadi tu mungkin tanda yang dia sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.
3️⃣ Bayi mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang makin sedikit? Sebab sebahagian tulang dalam tubuh kita ni bercantum ketika usia meningkat.

Contohnya tengkorak dan tulang pinggul.
Read 7 tweets
22 Mar
Pernah saya down teruk beberapa tahun lepas.

Orang duk panggil kita doktor sana sini, tapi hakikatnya saya orang biasa je.
Masa tu saya fikir penatnya keluar kerja pagi balik petang macam orang lain. Hutang tetap ada dan tak habis-habis.

Paling saya rasa tak berguna sebab saya rasa macam tak ada masa langsung. Sibuk yang entah apa-apa.
Sampai satu hari, saya jumpa dengan seorang insan ni. Dia ajar pada saya, manusia ada banyak “aset” contohnya ilmu, tenaga, duit dan masa.

Antara semua ni, dia kata ”Masa” tu yang paling berharga. Sebabnya masa tak boleh dicipta semula.
Read 12 tweets
18 Mar
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya

1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
- Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
- Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
- Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.

Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi.Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.

Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.
Read 11 tweets
17 Mar
Terpinga-pinga saya dibuatnya.

Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik.

Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.

“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”
Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu.

“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”

Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak.

Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula.
Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu.

“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”

Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri.
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!