Umur baru 34 tahun, dah disahkan ada darah tinggi dan kencing manis. Saya tahu dia susah hati.
Dia mesej saya itu ini. Saya duk terbayang wajah dia. Berkerut dan tertekan. Dulu kami belajar sama-sama. Pergi kelas sama-sama. Makan sama-sama.
Di akhir mesej tu, dia cakap dia cuma nak berkongsi rasa kusutnya dengan seseorang. Apa yang saya syak rupanya betul.
“Isteri kau dah tahu ke?”
Dia cuba sembunyikan dari isterinya. Tak nak susahkan isteri. Tak nak buat dia bimbang.
Kawan-kawan, bila kita dilanda kesusahan begini keluargalah penyokong terbesar kita.
Jangan sembunyikan perkara sebesar ni dari keluarga. Biar pasangan tahu perkara sebenar.
Dari situ sama-sama usahakan gaya hidup yang lagi sihat.Dari segi rutin kerja, tidur, makan dan rehat, semuanya perlu dibaiki.
Ada kala kita terasa susahnya hidup ni, waktu itulah pasangan tetap teguh menyokong kita.Ini sumber kekuatan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit
✔️ Jika terasa diri tak sihat, dapatkan rawatan. Jangan biar melarat baru nak pergi ke klinik. Kawan saya ni asyik pening kepala dan cepat letih. Berbulan lamanya, baru nak ke klinik.
✔️ Apa saja rawatan yang dicadang, cubalah dulu. Jangan terus putus asa. Doa banyak-banyak.
✔️ Boleh saja kalau nak dapatkan pendapat dari doktor kedua atau ketiga. Itu hak kita.
✔️ Sentiasa maklumkan pasangan tentang situasi kesihatan kita.
✔️ Usia 30 tahun, dah perlu jaga makan dan minum. Sekarang kita rasa sihat, esok lusa belum tentu lagi. Selalu beringat pada anak yang masih kecil tu.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Saya nak kongsikan 5 fakta menarik tentang bayi yang ramai orang tak tahu.
1️⃣ Bayi mengelip mata sebanyak 1-2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15-20 kali seminit.
Jadi kalau nak lawan tenung mata dengan bayi, belum tentu kita boleh menang.
2️⃣ Bayi selalunya bernafas sekitar 30-60 kali seminit.
Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit boleh jadi tu mungkin tanda yang dia sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.
3️⃣ Bayi mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang makin sedikit? Sebab sebahagian tulang dalam tubuh kita ni bercantum ketika usia meningkat.
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
- Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
- Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
- Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi.Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.