#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 13 Hijrah, Pertempuran Buwaib tercetus antara tentera Islam dengan tentera Parsi.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#LembaranBaharu Image
Ia tidak lama susulan daripada kekalahan tentera Khulafa al-Rashidin pada Pertempuran Jambatan di tebing Sungai Euphrates dekat Kufa ketika tentera Islam dalam kemaraan untuk mengusir Empayar Sassanid dan menakluk Iraq.

#PeristiwaHariIni
Apabila mendapat berita kekalahan itu, Khalifah Umar al-Khattab menyeru kekuatan dari seluruh Tanah Arab untuk menyertai angkatan pimpinan Muthanna ibn Haritha bangkit untuk meneruskan misi besarnya.

#PeristiwaHariIni
Mengetahui tentera Islam mengumpul kekuatan untuk serangan balas, kerajaan Sassanid mempersiap angkatan yang kuat dikepalai oleh Mihran ibn Badhan, seorang panglima perang Parsi yang dianggap pakar cara peperangan Arab.

#PeristiwaHariIni
Muthanna memimpin angkatan Islam berarak hingga ke Nakheila di tebing barat Sungai Euphrates, sementara Mihran memimpin angkatan Parsi dan berhenti di tebing timur sungai itu bertentangan kem tentera Islam.

#PeristiwaHariIni
Mihran menghantar mesej kepada Muthanna, bertanya tentang siapa yang perlu menyeberangi sungai. Tidak mahu derita Pertempuran Jambatan berulang, Muthanna meminta tentera Parsi yang menyeberang ke tempat mereka.

#PeristiwaHariIni
Selepas tiga kali takbir, tentera Islam melancarkan serangan terhadap barisan tentera Parsi ke segenap penjuru, sehingga menyebabkan sayap kanan lawan bocor, mendedahkan bahagian tengahnya lalu memporak perandakan barisan Parsi.

#PeristiwaHariIni
Namun selepas beberapa ketika, angkatan Islam mula hilang semangat apabila semakin ramai gugur berdepan angkatan Parsi yang jauh lebih besar. Muthanna menyeru supaya terus berjuang dan kali ini menjadikan Mihran sebagai sasaran utama.

#PeristiwaHariIni
Akhirnya Mihran tumbang dibunuh seorang tentera muda dari Bani Taghlab, menyebabkan angkatan Parsi hilang arah dan bertempiaran melarikan diri. Namun, tiada seorang pun yang dibiarkan lepas dan menyeberangi sungai hidup-hidup.

#PeristiwaHariIni
Kemenangan Pertempuran Buwaib menjadi titik tolak peluasan kuasa Islam ke seluruh Iraq sehinggalah Empayar Sassanid berjaya ditumbangkan sepenuhnya.

*Gambar hiasan

Sumber: Al Arabiya, Alim

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

26 Apr
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#LembaranBaharu Image
Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.

#PeristiwaHariIni
Selepas Saidina Ali bin Abi Talib RA dibunuh, tampuk kepimpinan kerajaan Islam diambil oleh Muawiyah yang mengasaskan Khalifah Umaiyyah. Setelah kematiannya, takhta diwariskan kepada anaknya, Yazid.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
25 Apr
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 15 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Umar al-Khattab RA memasuki Baitulmaqdis buat kali pertama.

Ini adalah bebenang.

#IlhamRamadan
#Ramadan2021
#LembaranBaharu Image
Selepas kejayaan tentera Islam menakluk Syria, mereka meneruskan kemaraan ke kota Baitulmaqdis yang ditadbir oleh kerajaan Byzantine lalu mengepungnya. Selepas empat bulan, akhirnya Byzantine menyerah kalah tanpa sebarang pertumpahan darah.

#PeristiwaHariIni
Bagaimanapun, Sophonius, wakil kerajaan Byzantine dan pemimpin Gereja Kristian bertegas tidak mahu menyerahkan kunci kota kepada tentera Islam melainkan ke tangan khalifahnya, Umar al-Khattab RA sendiri.

#PeristiwaHariIni
Read 11 tweets
27 Mar 20
[LANGSUNG] Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri @MuhyiddinYassin berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

Ini merupakan pakej rangsangan kedua bagi membantu rakyat Malaysia dalam usaha memerangi penularan wabak #COVID19

[TERKINI] "Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua. " - PM, Tan Sri @MuhyiddinYassin

#HapusCOVID19 #prihatinrakyat

[TERKINI] "Kerajaan akan salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada @KKMPutrajaya bagi pembelian peralatan & perkhidmatan memerangi #COVID19 termasuk khidmat kepakaran daripada perkhidmatan swasta " - @MuhyiddinYassin

#HapusCOVID19
Read 16 tweets
27 Aug 18
[Thread] Selain di 501 Awani, anda juga boleh ikuti #DebatPKR ini yang bakal bersiaran secara langsung 9.30 malam ini di astroawani.com/live-tv

#DebatAWANI
#DebatAMK
#DebatKeadilan

Moderator: @FirdausAzil
@FirdausAzil Secara rasminya #DebatPKR untuk ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
bermula.

Sama-sama kita lihat sejauh mana idea baharu serta pemahaman ketiga pemimpin muda ini dalam ranjau politik di era #MalaysiaBaharu.

Terus ikuti perjalanan debat bersama kami.
@FirdausAzil Format, semua soalan sudah dikongsi bersama pendebat, dan ada masa untuk menjawab.

Moderator @kamarul harap peraturan ini dihormati.

#DebatAWANI
#DebatAMK
#DebatKeadilan
Read 28 tweets
16 May 18
LIVE Kelihatan pegawai Jabatan Penjara bersalaman dengan @anwaribrahim sebelum sidang media yang dijadualkan berlangsung pada bila-bila masa.
#MalaysiaBaharu DS @anwaribrahim beri cadangan headline untuk media “Dari Penjara Ke Istana Negara”.
“Saya sokong kepimpinan Tun @chedetofficial & DS @drwanazizah sebagai rakyat biasa.” - DS @anwaribrahim
Read 5 tweets
14 May 18
#ICYMI #AWANInews Sibuk sepanjang hari? Jangan risau! Ikut 'thread' ini untuk ketahui apa yang berlaku sepanjang hari! ⬇️
#ICYMI #AWANInews [VIDEO] Tun M penuhi jadual padat hari pertama kembali ke pejabat astroawani.com/video-malaysia…
#ICYMI #AWANInews [VIDEO] Kira-kira jam 11.48 pagi tadi, PM terima kunjungan hormat Sultan Brunei astroawani.com/video-malaysia…
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!