Selepas kejayaan tentera Islam menakluk Syria, mereka meneruskan kemaraan ke kota Baitulmaqdis yang ditadbir oleh kerajaan Byzantine lalu mengepungnya. Selepas empat bulan, akhirnya Byzantine menyerah kalah tanpa sebarang pertumpahan darah.
Bagaimanapun, Sophonius, wakil kerajaan Byzantine dan pemimpin Gereja Kristian bertegas tidak mahu menyerahkan kunci kota kepada tentera Islam melainkan ke tangan khalifahnya, Umar al-Khattab RA sendiri.
Para pemimpin angkatan Islam melihat permintaan ini sesuatu yang sukar memandangkan jarak antara Baitulmaqdis dengan Madinah yang begitu jauh. Namun selepas mengambil kira kesucian tempat itu, Saidina Umar RA bersetuju untuk menurutinya.
Maka pemimpin Empayar Islam itu berangkat ke Baitulmaqdis tanpa rombongan besar, hanya bersama seekor unta dan seorang khadam. Sepanjang perjalanan, beliau dan khadamnya bersilih ganti menunggang unta dan berjalan kaki.
Beliau juga memakai pakaian biasa yang tidak bergemerlapan seperti khadamnya, dan kesederhanaan itu dikagumi penduduk Baitulmaqdis tatkala beliau disambut setibanya di kota suci itu oleh Sophonius.
Saidina Umar RA dibawa melawat sekitar kota termasuk Gereja Makam Suci tempat dipercayai Nabi Isa AS disalib. Apabila tiba satu waktu solat, Sophonius menjemput Saidina Umar RA bersolat di dalam gereja itu namun beliau menolaknya.
Ini kerana katanya, sekiranya beliau berbuat demikian, umat Islam seterusnya akan menuntut tempat itu sebagai milik orang Islam dan menukarkannya kepada masjid. Maka beliau bersolat di luar gereja itu, dan ruang tersebut kemudiannya didirikan Masjid Umar.
Beliau juga meminta dibawa ke batu suci tiga agama di mana lokasi dipercayai Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Isra’ Mikraj. Beliau mengarahkan sekitar kawasan itu dibersihkan, lalu didirikan Masjid al-Aqsa tidak jauh dari situ.
Penaklukan Baitulmaqdis itu rasmi dengan termeterainya Perjanjian Umar, yang menggariskan bahawa semua agama boleh diamalkan di kota itu asal patuh kepada undang-undang dan membayar cukai.
#PeristiwaHariIni: Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.
Hari ini pada tahun 60 Hijrah, dipercayai tarikh Saidina Husain bin Ali RA menerima surat daripada warga Kufa meminta beliau memimpin pemberontakan terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah.
Selepas Saidina Ali bin Abi Talib RA dibunuh, tampuk kepimpinan kerajaan Islam diambil oleh Muawiyah yang mengasaskan Khalifah Umaiyyah. Setelah kematiannya, takhta diwariskan kepada anaknya, Yazid.
Ia tidak lama susulan daripada kekalahan tentera Khulafa al-Rashidin pada Pertempuran Jambatan di tebing Sungai Euphrates dekat Kufa ketika tentera Islam dalam kemaraan untuk mengusir Empayar Sassanid dan menakluk Iraq.
Apabila mendapat berita kekalahan itu, Khalifah Umar al-Khattab menyeru kekuatan dari seluruh Tanah Arab untuk menyertai angkatan pimpinan Muthanna ibn Haritha bangkit untuk meneruskan misi besarnya.
[LANGSUNG] Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri @MuhyiddinYassin berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020
Ini merupakan pakej rangsangan kedua bagi membantu rakyat Malaysia dalam usaha memerangi penularan wabak #COVID19
[TERKINI] "Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua. " - PM, Tan Sri @MuhyiddinYassin
[TERKINI] "Kerajaan akan salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada @KKMPutrajaya bagi pembelian peralatan & perkhidmatan memerangi #COVID19 termasuk khidmat kepakaran daripada perkhidmatan swasta " - @MuhyiddinYassin