Ramai yang bertanyakan pendapat saya tentang pemansuhan UPSR.
Ingin saya katakan, perancangan untuk menggantikan UPSR dengan sistem pentaksiran yang lebih holistik dan komprehensif bukan baharu.
Hal ini telah saya sebutkan sejak 2018 lagi apabila KPM memansuhkan peperiksaan setara pada Tahap Satu sekolah rendah (Tahun Satu, Dua dan Tiga).
Pada waktu itu, KPM merancang untuk memansuhkan UPSR hanya apabila ekosistem yang kondusif telah diusahakan secara menyeluruh.
Antara perkara penting kepada ekosistem yang telah diusahakan untuk diwujudkan sejak 2019 tersebut ialah:
1. Latihan yang cukup bagi guru-guru sekolah rendah untuk membuat pentaksiran bersepadu dan menyeluruh melalui program Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) yang berterusan.
2. Sistem data berasaskan aplikasi telefon bimbit yang memudahkan guru menggantikan sistem Frog VLE yang kurang mesra pengguna & membebankan para guru. Sistem data aplikasi telefon bimbit tersebut telah diamanahkan kepada JK Data Raya (Big Data) KPM yang diwujudkan pada 2019.
3. Pewujudan Jawatankuasa Data Raya di KPM bertujuan membina sistem data akumulatif murid Tahun Satu sehingga tamat sekolah rendah untuk penilaian aspek kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah, psikometrik dan juga kemahiran menggunakan kepintaran buatan (artificial intelligence).
Visi utama di sebalik penubuhan JK Big Data di KPM adalah untuk memaksimumkan Penggunaan “Analitik Mendalam” (Deep Analytics) dalam membuat keputusan bermaklumat yang efisien dan berintegriti. (Malangnya JK ini telah dimansuhkan setelah bertukar kerajaan).
4. Mewujudkan sistem sokongan kepada kurikulum terutamanya dalam bidang kemahiran insaniah (softskills) seperti Sudut Pemidato, Gerakan STEM, Kelab Unesco, Dasar Hijau, Pendidikan Sivik Merentas Kurikulum, Kempen Membaca yang telah dilancarkan sejak 2018 lagi.
5. Yang paling penting ialah menggembalikan semangat dan jatidiri para guru dengan mengurangkan beban kerja perkeranian agar mereka dapat menumpukan kepada tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik demi kemenjadian murid.
6. Mendapatkan penglibatan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), kesatuan-kesatuan guru & pemegang taruh (stakeholders) lain agar pelaksanaan sistem sokongan kurikulum tersebut berasaskan pendekatan dari pihak bawah ke pihak atas (bottom up).
7. Mengambil pandangan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) yang mengutarakan Model Pendidikan Baharu (New Education Model) bertaraf dunia bagi menggantikan sistem pendidikan rendah yang ada dengan pendekatan serba baharu,
yang mewajibkan pendidikan pra-sekolah dan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan STREAM (Science, Technology, Reading, Engineering, Arts and Mathematics) serta bahasa.
Jika menurut perencanaan, KPM pada tahun 2020 akan menghapuskan peperiksaan setara bagi Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam) dahulu, sehinggalah kesemua ekosistem tersedia.
Kemuncak dari perancangan ini adalah pelaksanaan Model Pendidikan Baharu berdasarkan laporan JKDPN.
Matlamatnya untuk menggantikan pendidikan berasaskan peperiksaan (exam-oriented education) kepada pendidikan berasaskan pembelajaran (learning-oriented education).
Rasionalnya, pada waktu itu KPM di bawah kepimpinan saya melihat perubahan pada pendidikan mesti dilakukan secara bertahap-tahap di samping perlu berlaku secara holistik dan bukan secara tempelan dan terpancar-pancar.
Malangnya perubahan kerajaan telah membantutkan segalanya. Hasilnya kita dipaksakan dengan sistem pendidikan yang tiada halatuju dan caca merba pada waktu ini.
Tindakan mengumumkan pemansuhan UPSR pada pertengahan tahun setelah ibu bapa dan guru membuat segala persiapan untuk anak-anak mereka menghadapi peperiksaan tersebut adalah sesuatu yang janggal dan menimbulkan lebih kegelisahan pada ramai pemegang taruh.
Keputusan ini dilihat sebagai terburu-buru dan reaktif tanpa sebarang perancangan rapi untuk jangkamasa panjang.
Saya pasti, ada sebahagian guru, ibu bapa dan murid yang amat gembira dan teruja dengan pemansuhan UPSR ini.
Cuma dalam kegembiraan kita, suka untuk saya ingatkan agar setiap keputusan yang diambil, mestilah disandarkan kepada perancangan yang rapi, menyeluruh dan terperinci.
YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada manusia sejagat.
Ia diturunkan di waktu dunia dipenuhi zulumat, penindasan, kezaliman, ketidakadilan, kebencian, kedengkian, perkauman melampau dan permusuhan yang tiada kesudahan.
Al-Quran datang sebagai penyuluh dan panduan kepada manusia agar kembali kepada kemanusiawian mereka. Mereka dipandu agar tunduk hanya kepada Tuhan dan bukan kepada sesama manusia, mereka disimbahi dengan kasih sayang, kebahagiaan dan saling menghormati.
Islam mengajarkan mereka kepentingan keadilan, kesetaraan, ihsan, keseimbangan dan juga berusaha mencapai kesempurnaan dalam kehidupan.
KPM pernah berusaha melakukan beberapa perubahan demi memastikan segala prosedur dan peraturan di sekolah selari dengan akta 792 (Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak) untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak pada tahun 2019.
Saya akan tuliskan artikel yang lebih komprehensif berkaitan isu ini. Namun di sini saya hanya kongsikan secebis dari usaha radikal yang pernah cuba dilakukan oleh KPM di penghujung kepimpinan saya di KPM.
Bersama ini saya sertakan memo saya kepada peringkat pimpinan tertinggi KPM agar melaksanakan usaha-usaha bersifat ‘lower hanging fruits’ untuk memelihara anak-anak di sekolah.
Saya mohon dan merayu sangat YB Menteri Pendidikan dan Kerajaan secara keseluruhannya dengarlah luahan hati para pendidik dan ibu bapa di bawah ini.
Ini kekait:
Setiap hari saya dapat banyak mesej ibu bapa beritahu susahnya keadaan yang mereka hadapi hari ini. Ada cikgu yang mesej saya secara peribadi minta suarakanlah isu ini sampai Kerajaan dengar.
Semalam pun tular lagi luahan hati seorang ibu yang bergelut nak memastikan pendidikan anak-anak dapat diselamatkan. Kes seperti ini bukan satu dua, tapi ribuan lagi di luar sana yang tidak sampai kepada kita.
“Akar kepada pendidikan itu pahit, tetapi buahnya sangat manis.”
Mengamati situasi sukar yang kita hadapi hari ini ketika 38,189 rakyat Malaysia positif Covid-19 & 279 daripadanya telah meninggal dunia,
mengingatkan saya semula kepada kata-kata filsuf besar dunia ini.
Pendidikan sedang melalui perjalanan yang sangat mencabar ketika Covid-19 membantai kita semua.
Walaupun tak dapat dinafikan guru-guru sentiasa berkomitmen untuk terus mengajar secara dalam talian, tetapi realiti yang perlu kita hadam ialah kesan ekonomi akan memberi konsekuen langsung kepada usaha pendidikan.
Semakin bergelut keadaan ekonomi, semakin terjejas pendidikan.
Sehingga semalam, 590 pek makanan telah disampaikan. Pembahagian dilaksanakan dengan 30 penerima mengambil pek pada Selasa, 160 penerima mengambil pada hari Rabu dan seterusnya hampir 400 penerima lagi mengambil pek tersebut semalam.
Ini juga bermakna, sehingga hari ini sebanyak 590 keluarga mendapat manfaat dari projek ini. Dalam masa yang sama juga kita masih mempunyai 410 pek lagi untuk diedarkan.
Berikut adalah gambar sewaktu agihan dijalankan. Semuanya dilaksanakan mengikut SOP penjarakan sosial sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebelum menjadi Menteri, saya terlibat di dalam ruang aktivisme pendidikan selain mengajar di universiti.
Melihat pendidikan sebagai seorang aktivis yang tidak bergelut di dalam sistem yang sebenar mempunyai limitasinya sendiri.
Sudut pandang saya terhad.
Saat saya melangkah masuk ke Pejabat Menteri, dan saat saya turun ke sekolah-sekolah bermula pada hari pertama saya bekerja, sudut pandang saya berubah.
Masalah pendidikan bukan hanya selapis yang disangka, tetapi sangat rumit dan mengakar.
Ketika kita berdebat tentang sistem pendidikan dengan wacananya yang ragam dan mencapah, lebih 1 juta anak Malaysia sebenarnya tidak bersekolah.