Bayi boleh meninggal dunia ketika tidur.

Kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas.

Inilah yang disebut sebagai SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Image
Bayi lelaki dan bayi pramatang (bayi lahir bawah 37 minggu), lebih tinggi risiko untuk dapat SIDS.

Bayangkan, bila kita kejut bayi kita tu, dia dah tak bangun-bangun.
Sejak saranan American Academy of Paediatrics pada tahun 1992, “Jangan benarkan bayi tidur meniarap”, kejadian SIDS menurun kepada 5 kes dalam setiap 10,000 bayi.
Jika bayi muntah susu dalam posisi tidur meniarap, susu tu akan masuk ke dalam salur pernafasan dan sampai ke paru-paru.

Boleh rujuk pada gambar.

Itulah bahayanya tidur dalam posisi meniarap.
🚨 Cara untuk mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) :

✔️ Letakkan bayi dalam posisi menelentang di atas tilam semasa tidur.

✔️ Gunakan tilam yang leper dan padat.

Tilam yang bagus akan buatkan bayi tak tenggelam ke dalam bila diletak atas tilam tu.
✔️ Soft toys seperti patung binatang dan bantal tebal tak digalakkan diletak berdekatan bayi yang tidur.

Benda ni boleh jatuh dan menutup hidung bayi.
✔️ Elakkan tidur bersama bayi.

Dicadangkan bayi tidur di tilamnya atau di kot (baby cot) sendiri.

Ada kes ibu bapa tidur bersama bayi.

Bayi terhempap semasa mereka semua tidur bersama.
✔️ Jangan merokok berdekatan bayi.

Bayi yang hidu asap rokok, lebih berisiko untuk dapat SIDS.

✔️ Teruskan menyusu dengan susu ibu.

Bayi yang menyusu badan, risiko SIDS nya lebih rendah.
Tolong saya #sebarkan pada ibu bapa yang ada anak bawah umur setahun.

Mak ayah wajib tahu perkara ni.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

2 Aug
Lama betul tak jumpa kanak-kanak masuk ke wad sebab Scarlet Fever. Kebetulan bulan lepas ada seorang budak lelaki masuk ke wad sebab penyakit ni.

Scarlet Fever ni kalau dapat tengok sekali pun, boleh ingat sampai bila-bila. Image
Sebab tanda-tanda dia memang jelas.

Masa saya tengok keadaan budak lelaki tu, cepat-cepat saya niatkan nak kongsi dengan kalian semua supaya boleh kenal tanda-tanda Scarlet Fever ni.
Jangan pandang ringan kalau anak ada tanda-tanda ni.

Selagi tak dirawat, memang hari-harilah dia akan demam.
Read 12 tweets
31 Jul
5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.

#1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
#2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
Read 13 tweets
30 Jul
16,840 kes hari ini. Kes akan terus meningkat dalam masa terdekat disebabkan makin ramai yang melaporkan diri mereka positif dari self-test saliva rapid antigen kit.

Saya kongsikan cara untuk melaporkan keputusan ujian kit kendiri di MySejahtera.
1. Pilih Covid-19 Self Test
2. Pilih kit kendiri yang dah digunakan.
Read 7 tweets
30 Jul
Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.

Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.

Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
Read 9 tweets
29 Jul
😨 Anak makin membesar dan mak ayah tak tahu cara nak pantau anak?

✅ Ketahui siapa rakan anak kita dan apakah jenis permainan mereka. Kanak-kanak sekarang, dah jauh ke hadapan berbanding kita.
✅ Elak tukar pakaian di hadapan anak selepas berusia 2 tahun.

✅ Beritahu anak jangan duduk di atas riba sesiapa termasuk saudara mara lelaki terdekat.
✅ Latih anak kita supaya mereka berani bersuara.

✅ Aktifkan fungsi “Parental Control” pada gajet.
Read 7 tweets
28 Jul
Pagi semalam kawan saya datang dengan muka muram.

Sambil dia jalan pegang dahi, saya tanya dia.

“Kenapa ni bro?”
Dia datang kerja naik Grab pagi tu.

Sampai di simpang tiga, ada satu kereta putih bergerak laju melintasi kereta Grab walaupun pemandu tu sepatutnya berhenti.

Sudahnya pemandu Grab sedikit terkejut tapi mujur dia sempat mengelak.
Pemandu kereta yang memotong tu pula sempat buka tingkap sambil tunjuk jari tengah pada pemandu Grab.

Merah muka kawan saya menahan geram.

Tapi pemandu Grab tu tenang aje.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(