Pagi semalam kawan saya datang dengan muka muram.

Sambil dia jalan pegang dahi, saya tanya dia.

“Kenapa ni bro?”
Dia datang kerja naik Grab pagi tu.

Sampai di simpang tiga, ada satu kereta putih bergerak laju melintasi kereta Grab walaupun pemandu tu sepatutnya berhenti.

Sudahnya pemandu Grab sedikit terkejut tapi mujur dia sempat mengelak.
Pemandu kereta yang memotong tu pula sempat buka tingkap sambil tunjuk jari tengah pada pemandu Grab.

Merah muka kawan saya menahan geram.

Tapi pemandu Grab tu tenang aje.
Bila saya jumpa kawan saya tu, dia masih lagi dalam keadaan terkejut.

Entah kenapa, saya terus teringat buku tulisan David J Pollay.

Saya pegang bahu dia.
“Kau pernah dengar yang manusia ni ada yang macam lori sampah?”

Kawan saya gelak je, tak faham agaknya apa kaitan dengan lori sampah.

Saya kata macam ni.
Ada manusia yang kita jumpa, mereka ni sama macam lori sampah.

Setiap hari kerja dia ialah kutip sampah dari celik mata sampailah sebelum dia tidur.

Sampai satu masa, akan penuhlah lori sampah tu.
Bila lori penuh, dia dah tak dapat nak kutip sampah baru.

Sebab tu dia kena cari tempat untuk buang semua sampah tu tadi.

Lepas dia buang semua sampah tu, barulah dia rasa lega dan akan mula kutip lagi sampah-sampah yang baru.
Kitaran ni akan berterusan sampai bertahun-tahun lamanya.

“Hari ni kau dah jadi tempat orang tu longgokkan semua sampah dia,” terkejut kawan saya.
“Yang penting kau jangan ambil hati, senyum dan lindungi diri supaya sampah tadi tu tak masuk dalam diri kita,” kawan saya mengangguk.

Bayangkan kalau kita biarkan semua sampah tu masuk ke dalam diri kita, kita pun akan jadi tong sampah.

Sama macam orang tu.
Jujurnya, saya sendiri pernah jadi lori sampah.

Keluar pergi kerja, kutip semua sampah dan bawa balik ke rumah.

Paling menyesal, saya longgokkan sampah tu pada anak-anak.
Balik rumah, patutnya sayang anak tapi anak jadi tempat saya luahkan rasa marah, rasa yang serabut, rasa kecewa.

Lama-lama anak pun jadi tantrum dan tak nak dengar cakap.

Hari-hari anak bergaduh sesama mereka dan saya fikir mereka yang teruk.
Padahal saya yang bawa balik sampah ke rumah.

Satu hari saya cakap pada diri sendiri, saya dah tak nak jadi lori sampah dan tak nak longgokkan sampah pada keluarga saya lagi.

Saya cakap pada kawan saya, perasaan kita ialah kepunyaan kita.

Kita yang kawal sepenuhnya.
Abaikan perkara negatif yang kita tak boleh kawal.

Sebanyak mana pun lori datang dan nak longgokkan sampah, kita tetap saja kuat.

Terus fokus pada perkara yang lebih penting iaitu menjaga hati kita dari terima sampah orang lain.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ bit.ly/TikTokDrRedzaZ…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

30 Jul
16,840 kes hari ini. Kes akan terus meningkat dalam masa terdekat disebabkan makin ramai yang melaporkan diri mereka positif dari self-test saliva rapid antigen kit.

Saya kongsikan cara untuk melaporkan keputusan ujian kit kendiri di MySejahtera.
1. Pilih Covid-19 Self Test Image
2. Pilih kit kendiri yang dah digunakan. Image
Read 7 tweets
30 Jul
Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.

Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.

Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
Read 9 tweets
29 Jul
😨 Anak makin membesar dan mak ayah tak tahu cara nak pantau anak?

✅ Ketahui siapa rakan anak kita dan apakah jenis permainan mereka. Kanak-kanak sekarang, dah jauh ke hadapan berbanding kita.
✅ Elak tukar pakaian di hadapan anak selepas berusia 2 tahun.

✅ Beritahu anak jangan duduk di atas riba sesiapa termasuk saudara mara lelaki terdekat.
✅ Latih anak kita supaya mereka berani bersuara.

✅ Aktifkan fungsi “Parental Control” pada gajet.
Read 7 tweets
24 Jul
😨 Pernah tengok rupa anak yang ketagih gajet?

👉 Sehari melekat pada gajet sampai 5 jam sehari.
⛔ Mata anak asyik meliar tanpa fokus.

⛔ Fikiran asyik terganggu.

⛔ Perlu terima arahan berkali-kali.
⛔ Tak dapat selesaikan tugasan yang diberi. Fokus sangat mudah terganggu.

⛔ Ambil masa terlalu lama untuk buat 1 tugasan.
Read 6 tweets
23 Jul
“Panasnya badan baby ni.”

Bayi umur sebulan ni dah 2 hari demam.

Sedikit lemah tapi masih nak menyusu.

Maknya kata dia baru tahu ada saudara mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.
Lepas disaring rupanya bayi tu pun dah terkena jangkitan Covid.

Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
✔ Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak perlu nak main cak cak dengan bayi tu.

Dia belum pandai lagi nak main cak cak.

Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
Read 11 tweets
22 Jul
Saya terima satu panggilan dari Jabatan Kecemasan.

Seorang kanak-kanak datang disebabkan nafasnya laju beserta demam tinggi dan batuk.
Selepas diteliti, kanak-kanak ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection).

Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk.
Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.

Apa-apa maklumat tambahan saya perlu dapatkan dari ibu pesakit melalui panggilan telefon.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(