Kenapa kena baca ayat ini hingga habis? Supaya kita sedar bahawa penyataan 'tak ada paksaan di dalam beragama' itu bukan bermakna 'bebas tanpa boleh ditegur', 'bebas tanpa perlu diajak', 'bebas tanpa kritikan' juga 'bebas tanpa akibat'.
"Hang nak buat apa itu pilihan hang, tapi setiap pilihan ada akibatnya. Akibat yang baik ialah untuk orang-orang yang pilih untuk berpaling dari taghut(kesesatan) dan beriman kepada Allah SWT."
Di dalam ayat itu sendiri, ada teguran, ajakan kepada Allah SWT. Bahkan secara halus
wujudnya ancaman. Yakni bila seseorang memilih untuk tidak beriman kepada Allah, maka dia telah berpegang kepada sesuatu yang rapuh. Sedang kalau dia beriman kepada Allah, maka dia akan berpegang kepada yang kukuh.
Melontarkan ayat La Ikhraaha Fiddin bukan bermakna...
....teguran, nasihat, dan penguatkuasaan akan terhenti.
Ini bukan ayat lesen untuk seseorang berbuat sesuka hati tanpa akibat.
Ini antara tadabbur saya selama ini terhadap ayat ini. Belum masuk perbahasan berkait asbabun nuzulnya.
Mungkin rakan-rakan yang lebih alim di Twitter ini seperti Ustaz @fahmirusliMFR , akhi @fakhrifadzli boleh tegur ana apa yang kurang pada tulisan ini.
Terima kasih banyak-banyak.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
"Zalimkah saya? Saya hanya mahu menjaga nyawa anda semua!"
Kalau benar jujur nak jaga nyawa kami, awal darurat dulu patutnya dah terus buat tindakan tuntas kawal COVID.
Tapi tak. Tutup parlimen sahaja. Segala sektor lain dibiar buka. Dah nak raya baru nak kelam-kabut.
Jadi...
...cuba jangan duk hairan kalau orang kata anda zalim, anda tak kompeten.
Hari-hari rakyat mati dah pun. Apa anda buat? Ada anda tambah bantuan? Ada anda tekan bank untuk sambung moratorium? Ada anda bagi insentif agar rakyat benar-benar mampu duduk rumah?
PKP 3.0 pun masih benarkan segala sektor ekonomi berfungsi. Padahal perebakan di tempat kerja, kilang, amatlah tinggi.
Yang dapat insentif duduk rumah tak buat kerja ni menteri. Gaji puluh ribu, parlimen tutup!
Jadi macam mana anda boleh cerita fasal nak jaga nyawa rakyat?
Jaga diri dari fitnah ni memang didikan Rasulullah SAW.
Sebab kadang fitnah itu terlebih dahulu menghancurkan sesuatu yang lebih besar berbanding hanya diri kita sendiri, walau selepas itu kebenaran mungkin terserlah, kerosakan yang telah pun terjadi tak dapat diperbaiki.
Rasulullah SAW pernah dilihat berdua-duaan dengan isterinya Safiyyah binti Huyayy di tengah malam. Dua orang sahabat melihat hal itu terus berjalan laju menjauhi mereka.
Rasulullah kemudian mendapatkan mereka dan beritahu bahawa itu isterinya, Safiyyah.
Respons dua sahabat
itu terkejut, sebab mereka takde pun sangka buruk pun kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah kemudian menjawab:
"Sesungguhnya syaitan mengalir pada anak Adam seperti aliran darah, dan aku khuatir ia menyusupkan prasangka buruk ke dalam hati kamu berdua."
Dulu saya pun antara yang percaya bahawa orang kuat iman takkan terkena sakit mental. Ni masa remaja lah.
Tapi kemudian alhamdulillah, Allah lorongkan saya berkenalan dengan orang-orang yang ada sakit mental, kemurungan, kemudian doktor-doktor psikologis.
Pada masa yang sama...
...Allah izin saya belajar agama di Irbid, Jordan. Di Irbid tu, selain kami pelajar-pelajar Yarmouk, ada juga pelajar-pelajar Malaysia yang mengaji sebagai doktor & dentist di Jordan University of Technology(JUST).
Kami tinggal bersama satu persatuan pelajar Malaysia.
Pertukaran ilmu antara pelajar Yarmouk & JUST ni dah jadi biasa.
Kami ada program agama diusahakan pelajar Yarmouk kami ada program berkait kesihatan/perubatan diusahakan pelajar JUST.
Ketua usrah saya di Jordan seorang doktor. Mereka ni masa praktikal ada round psikatri.
Saya rasa dengan PKP amat ketat untuk 2-4 minggu, diimbangi bantuan sewajarnya(moratorium tak bersyarat + pemberian tunai ke akaun rakyat), kita boleh sekat COVID.
Malangnya Kerajaan TAK MAHU sediakan bantuan sewajarnya, lantas memaksa rakyat meminta dibenarkan bekerja.
Masalah utama saya lihat ialah betapa kerasnya kerajaan membiarkan rakyat terkontang-kanting, hidup bersama COVID.
Jangka panjang hanya susahkan lebih ramai orang sebab kes aktif COVID terus naik.
Padahal solusi dah ada, tinggal Kerajaan tak sanggup keluar duit, tekan bank.