Profile picture
Hilal Asyraf @HilalAsyraf
, 25 tweets, 4 min read Read on Twitter
Bersama Dua Orang Atheis.

Saya pernah bersama adik saya, pulang ke Johor dari KL. Hujan. Sampai di tol Sungai Besi, ada dua orang backpacker sedang basah kuyup di tepi kiosk.

Mereka buat 'sign' minta tumpang. Nak ke Melaka katanya. Saya & adik alu2kan.

Di tengah perjalanan...
...kami berkenal-kenalan. Mereka warga German rupanya. Backpacking keliling Malaysia.

Sembang punya sembang(dalam bahasa inggeris), mereka tiba-tiba tanya apakah kami beragama Islam?

Saya jawab ya. Mereka kemudian kata bahwa mereka Atheis. Mereka kata....
...nak jadi manusia yang baik, tak perlukan agama, tak perlukan Tuhan. Manusia secara boleh jadi baik sendiri dengan memahami moral.

Mereka minta pendapat saya sebagai Muslim, adakah kita tak boleh jadi orang yang baik tanpa beriman kepada agama & Tuhan?

Saya jawab: ....
Saya kata: Boleh aja. Cumanya keimanan itu akan menjadi ibarat 'anchor'/sauh untuk membantu kita berhadapan dengan cabaran dan dugaan sepanjang hidup untuk kekal di atas jalan kebaikan.

Kemudian saya berikan mereka berdua contoh: ....
Contohnya bila kita buat baik, tak semestinya orang akan balas dengan baik juga. Buat baik, tak mesti di dunia ini kita akan dapat kebaikan sentiasa. Kadang, bila kita sudah buat baik, kita dikhianati. Kadang, bila dah banyak buat baik pun, kita tak dapat untung duniawi.

....
Situasi-situasi ini akan menggoda manusia untuk melihat bahawa menjadi baik, berbuat baik, itu semua tiada maknanya. Baik buat sesuka hati kita! Sudah pasti impaknya kemudian ialah huru-hara!

Tetapi bila ada iman kepada agama & Tuhan, dalam kes saya - Islam & Allah, maka....
... kita akan percaya bahawa dunia memang tempat kita diuji. Dan setiap ujian itu, kita akan diganjari bila sabar, dan wujud kesenangan bersama kesusahan. Kita akan beriman juga kepada wujudnya hari akhirat di mana pada hari itu akan berlakunya pembalasan.

Maka....
...kita jadi yakin bahawa kebaikan kita walau kelihatan seperti tidak terbalas di dunia sekalipun, dek keimanan tadi, kita akan kekal melakukan kebaikan kerana percaya bahawa balasan akan disempurnakan di hari akhirat.

Hal yang sama teraplikasi dalam banyak situasi, contoh...
...Bercinta.

Cinta tak terbalas. Kalau saya orang beriman, saya redha. Yakin Allah atur yang terbaik, dan akan beri yang terbaik. Akibatnya, saya tak gundah gulana panjang, tak terfikir nak balas dendam ke, bunuh diri ke, tertekan ke.

Penerangan saya buat mereka tertarik....
....Mereka kata selama ini mereka tidak punya perspektif tersebut.

Sembang-sembang kami terhenti dek kami terpaksa berpisah di Melaka.

Muhasabah semula peristiwa ini, pada saya Islam ialah satu agama yang aplikasinya mencakup seluruh kehidupan.

Baik di dalam Islam bukan...
Baik di dalam Islam bukan sekadar baik. Baik di dalam Islam ada matlamat. Islam menyuntik wawasan akhirat, sesuatu yang tidak akan mampu kita perolehi jika kita memilih tidak beriman kepada Islam & Allah SWT.

Wawasan akhirat menjadikan Muslim hidup berintegriti. Cantiknya...
Cantiknya wawasan ini ialah integrasi antara kehidupan kita di dunia dan kehidupan selepas mati.

Islam bukan agama yang memenjara ummatnya di pagar Masjid, dan ibadahnya sebatas ritual.

Antara yang digesa oleh Islam kepada penganutnya ialah tanggungjawab memakmurkan bumi.
Sebab itu di dalam Al-Quran ada banyak ayat berkenaan hubungan dengab manusia, hubungan dengan alam, tanggungjawab sebagai khalifah, ada disentuh berkenaan perbuatan yang dilarang serta hukuman, kerana Islam memandang kehidupan di dunia sebagai ladang akhirat.

....
Orang yang beriman dengan jujur, hidupnya akan ada disiplin.

Dia nampak wawasan akhirat ni.

Masa orang lain putus cinta kelar tangan, dia putus cinta dan redha. Sedih tu biasalah, tapi dia akan bangkit.

Masa orang lain puaskan nafsu dengan aurat orang, dia tundukkan pandangan.
Masa kebaikannya dibalas kejahatan, dia tetap akan teruskan kebaikannya.

Masa orang lain buat untung guna jalan salah, Muslim sabar guna jalan yang betul.

Muslim pun manusia, pasti ada kekurangannya. Betul. Tapi jika dia beriman dengan jujur, Muslim bila silap, dia akan...
....dia akan segera menyesal dan bertaubat.

Muslim akan menjauhi penganiayaan kepada orang. Jika dia ada menzalimi orang, dia akan menyesal dan bertaubat dengan meminta maaf dan membetulkan kesilapannya terhadap orang tadi.

Kenapa Muslim bersikap sedemikian? Kerana...
Kerana dia beriman kepada Allah. Dia nak redha Allah SWT. Dia nak masuk syurga, selamat dari neraka. Dia beriman Allah Maha Melihat, Mendengar, Mengetahui walau orang lain tak nampak.

Maka sepatutnya seorang Muslim itu berbeza, ada 'tamayyuz'. Itu tanda dia beriman dengan jujur.
Tapi kalau bergantung kepada moral semata-mata, apa jaminannya?

Sudah terlalu ramai orang menjadi jahat kerana yakin bahawa menjadi baik ialah sesuatu yang sia-sia. Kenapa? Sebab buat baik tak dapat balasan, buat jahat dapat macam-macam kelebihan pulak.

Tapi iman akan...
Iman akan menghalang kita dari logik tersebut, lantas memantapkan kesabaran dan meninggikan cekal.

Itu pun jika kita benar-benar beriman.

Namun jika ada yang nak jadi Atheis, murtad, terpulang. Kita jelas tak boleh nak memaksakan iman kita ke atas orang lain.

Tetapi...
Tetapi saya percaya, jika kita hayati Islam, menelaah betul-betul Al-Quran, menghayati kehidupan Rasulullah SAW, kita akan dapat melihat nilai Islam lebih dari sekadar sebuah agama.

Ya, Ummat Islam hari ini mengecewakan. Tadi baru ada yang ajak nak sepak saya. Haha.

Tetapi...
Tetapi jika kita bijak, kita akan bezakan Ummat Islam dengan Islam.

Dan bila kita nampak dan faham kebenaran Islam itu, melalui suluhan ilmu, insyaAllah, tak rasa lah nak ambil jalan lain, murtad ke, atheis ke.

Apa-apa hal pun...
bagi kita yang sedia Islam ni, jangan pula angkuh dan bongkak, rasa diri di atas sangat.

Hidayah milik Allah.

Orang yang tak beriman, atau memilih untuk berpaling, mereka sedang diuji. Mungkin satu hari nanti, Allah kembalikan mereka ke jalan kebenaran.

Kita pun akan teruji...
Allah bila-bila masa aja boleh tarik balik hidayah kita juga dengan pelbagai siri ujian.

So, dari kita maki hamun, ugut, carut orang murtad, ada baiknya kita cermin diri sendiri - kita ni dah tunjuk contoh yang baik ke agar orang tak salah faham berkenaan Islam melalui kita?
Sama-samalah kita perdalamkan lagi kefahaman Islam kita, usaha sungguh2 cerminkan imej baik Islam di alam realiti dan suasana, moga2 kita diizinkan Allah istiqomah di dalam kebenaran Islam, dan mungkin dapat bonuspula menjadi asbab kepada hidayah & kebaikan orang lain.

Amiiin.
Baru terjumpa semula gambar bersama mereka. :)
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Hilal Asyraf
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!