#PeristiwaHariIni : Hari ini 89 tahun yang lalu, Amelia Earhart menjadi wanita pertama terbang secara solo merentas Lautan Atlantik.

Ini adalah bebenang.
Ia dilakukan Amelia lima tahun selepas Charles Lindbergh menjadi manusia pertama memandu pesawat secara solo tanpa henti merentas lautan yang sama. Earhart terbang sejauh 2,000 batu dari Newfoundland kurang daripada 15 jam.

#PeristiwaHariIni
Sebenarnya lebih awal sebelum Lindbergh, Earhart sudah merentas Lautan Atlantik terlebih dahulu dalam penerbangan tiga kru pada 1928, lantas menjulang namanya sebagai wanita pertama yang berbuat demikian.

#PeristiwaHariIni
Untuk penerbangan solo transatlantik pada 1932 itu, Earhart dianugerahkan Distinguished Flying Cross oleh Kongres A.S. Pada 1935, Earhart sekali lagi melakar rekod membuat penerbangan solo dari Honolulu, Hawaii ke Oakland, California.

#PeristiwaHariIni
Dua tahun kemudian, dia bersama co-pilot Frederick J. Noonan membuat percubaan untuk terbang mengelilingi dunia. Bagaimanapun malangnya, pesawatnya hilang di sekitar Pulau Howland di Selatan Pasifik pada 2 Julai 1937.

#PeristiwaHariIni
Mesej radio terakhir diterima daripadanya menyatakan bahawa dia sesat dan kehabisan minyak - menjadi kata-kata terakhir daripada Earhart dan sebarang tinggalan daripada mereka berdua dan pesawatnya tidak langsung ditemui.

Sumber: History

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

22 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 82 tahun yang lalu, Jerman dan Itali memeterai perjanjian dipanggil Pakatan Besi.

Ini adalah bebenang. Image
Pakatan ini adalah satu persetujuan kerjasama politik dan ketenteraan, yang asalnya melibatkan tiga negara termasuk Jepun. Bagaimanapun Jepun menarik diri untuk fokus menentang kuasa Soviet ketika Jerman-Itali terarah ke Empayar British dan Perancis.

#PeristiwaHariIni
Ia ditandatangani oleh Menteri Luar kedua-dua negara; mewakili Benito Mussolini adalah Galeazzo Ciano sementera Adolf Hitler diwakili Joachim von Ribbentrop bertempat di Reichskanzlei, Berlin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
20 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 52 tahun yang lalu, Tun Fatimah Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet.

Ini adalah bebenang.
Pada usia 45 tahun, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Haji Zainal Abidin Mu’azam Shah.

#PeristiwaHariIni
Tun Fatimah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Perempuan Mersing.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
19 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 485 tahun yang lalu, isteri kedua Raja Henry VIII, Anne Boleyn dihukum pancung.

Ini adalah bebenang.
Beliau dituduh melakukan zina, sumbang mahram serta konspirasi menentang raja walaupun para sejarawan berpendapat bahawa Anne tidak bersalah dan Henry sengaja mencipta cerita hanya untuk berkahwin lain.

#PeristiwaHariIni
Ceritanya bermula pada pertengahan 1520-an, apabila Henry terpikat dengan Anne, yang merupakan dayang kepada isteri pertamanya, Catherine of Aragorn. Memandangkan Catherine tidak dapat memberi zuriat lelaki, Henry tekad mahu mengahwini Anne.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
18 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 730 tahun yang lalu, kota Acre berjaya ditawan tentera Mamluk dari tangan tentera Salib.

Ini adalah bebenang.
Acre merupakan kota pelabuhan penting yang terletak di utara Palestin, berada di bawah kekuasaan Kristian selepas mereka merampas wilayah Palestin daripada Dinasti Ayyubid pada 1191 dalam Perang Salib Ketiga.

#PeristiwaHariIni
Pada 1250, muncul Kesultanan Mamluk di Mesir yang lebih dahsyat daripada Ayyubid. Sultan Baibars menakluk kota dan kubu penting yang dikawal tentera Salib sekaligus membuka jalan kepada tentera Islam menuju ke Palestin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
17 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 229 tahun yang lalu, New York Stock Exchange ditubuhkan.

Ini adalah bebenang.
Salah satu daripada pasaran saham terbesar dunia itu bermula daripada pertemuan rahsia 24 orang broker saham di Corre’s Hotel pada Mac 1792 untuk menyeragamkan urus niaga saham di New York City.

#PeristiwaHariIni
Dua bulan kemudian, mereka memeterai dokumen dipanggil Persetujuan Buttonwood, di mana menurut legenda ia ditandatangani di bawah sepohon pokok buttonwood di 68 Wall Street yang menjadi tempat pertemuan biasa mereka.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
16 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 36 tahun yang lalu, saintis mendedahkan wujud lubang pada ozon Bumi.

Ini adalah bebenang. Image
Tiga saintis dari British Antartic Survey mengumumkan dalam jurnal saintifik Nature keluaran 16 Mei 1985 bahawa mereka mendapati berlaku kekurangan luar biasa tahap kandungan ozon di langit Kutub Selatan.

#PeristiwaHariIni
Ia berlaku kesan penggunaan meluas perkakasan seperti pendingin hawa dan semburan aerosol yang mengandungi kloroflorokarbon (CFC), bahan kimia utama yang merosakkan struktur lapisan ozon Bumi.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(