#PeristiwaHariIni : Hari ini 82 tahun yang lalu, Jerman dan Itali memeterai perjanjian dipanggil Pakatan Besi.

Ini adalah bebenang.
Pakatan ini adalah satu persetujuan kerjasama politik dan ketenteraan, yang asalnya melibatkan tiga negara termasuk Jepun. Bagaimanapun Jepun menarik diri untuk fokus menentang kuasa Soviet ketika Jerman-Itali terarah ke Empayar British dan Perancis.

#PeristiwaHariIni
Ia ditandatangani oleh Menteri Luar kedua-dua negara; mewakili Benito Mussolini adalah Galeazzo Ciano sementera Adolf Hitler diwakili Joachim von Ribbentrop bertempat di Reichskanzlei, Berlin.

#PeristiwaHariIni
Persepakatan ini mengandungi dua bahagian: yang pertama adalah gesaan mempercepat kerjasama ekonomi dan ketenteraan, sementara bahagian kedua, yang tidak didedahkan kepada umum, adalah tentang hal ehwal media dan propaganda untuk menonjolkan imej kuasa Paksi.

#PeristiwaHariIni
Antara peruntukan perjanjian itu adalah kedua-dua negara untuk tidak mengadakan sebarang usaha perdamaian tanpa persetujuan negara yang satu lagi, juga sokongan tidak berbelah bahagi jika salah satu terlibat dalam konflik bersenjata dengan kuasa luar.

#PeristiwaHariIni
Ia dibuat berdasarkan andaian tiada perang dalam tempoh tiga tahun, namun pada 1 September, Jerman menyerang Poland dan perang tercetus dua hari kemudian, ketika Itali belum bersedia untuk berperang dan hanya menyertainya pada Jun 1940.

#PeristiwaHariIni
Perjanjian ini sepatutnya berkuatkuasa bagi tempoh 10 tahun, namun tidak kesampaian apabila Sicily ditawan kuasa Bersekutu pada Julai 1943, membawa kepada penggulingan Mussolini dan berakhirnya pemerintahan rejim Fasis di Itali.

#PeristiwaHariIni
Kerajaan baharu Itali terbentuk di bawah pimpinan Pietro Badoglio, gencatan senjata ditandatangani dengan kuasa Bersekutu pada September 1943 sekaligus menamatkan penglibatan Itali dalam pakatan tersebut.

Sumber: History, School History UK, Britannica

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

24 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.

Ini adalah bebenang. Image
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).

#PeristiwaHariIni
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
23 May
Hari ini 24 tahun yang lalu. Malaysia berjaya menawan Everest.

Ini adalah bebenang

#PeristiwaHariIni Image
Buat pertama kalinya, Jalur Gemilang berkibaran di puncak dunia pada ketinggian 8,848 meter tatkala M. Mohanadas dan N.Magendran menjadi dua rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke sana.

#PeristiwaHariIni
Magendan tiba dahulu, pada jam 11.55 pagi waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia) sebelum Mohanadas sampai 15 minit kemudian. Menjadikan juga mereka warga Asia Tenggara yang pertama menakluk gunung tertinggi dunia itu.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
21 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 89 tahun yang lalu, Amelia Earhart menjadi wanita pertama terbang secara solo merentas Lautan Atlantik.

Ini adalah bebenang.
Ia dilakukan Amelia lima tahun selepas Charles Lindbergh menjadi manusia pertama memandu pesawat secara solo tanpa henti merentas lautan yang sama. Earhart terbang sejauh 2,000 batu dari Newfoundland kurang daripada 15 jam.

#PeristiwaHariIni
Sebenarnya lebih awal sebelum Lindbergh, Earhart sudah merentas Lautan Atlantik terlebih dahulu dalam penerbangan tiga kru pada 1928, lantas menjulang namanya sebagai wanita pertama yang berbuat demikian.

#PeristiwaHariIni
Read 6 tweets
20 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 52 tahun yang lalu, Tun Fatimah Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet.

Ini adalah bebenang.
Pada usia 45 tahun, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Haji Zainal Abidin Mu’azam Shah.

#PeristiwaHariIni
Tun Fatimah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Perempuan Mersing.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
19 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 485 tahun yang lalu, isteri kedua Raja Henry VIII, Anne Boleyn dihukum pancung.

Ini adalah bebenang.
Beliau dituduh melakukan zina, sumbang mahram serta konspirasi menentang raja walaupun para sejarawan berpendapat bahawa Anne tidak bersalah dan Henry sengaja mencipta cerita hanya untuk berkahwin lain.

#PeristiwaHariIni
Ceritanya bermula pada pertengahan 1520-an, apabila Henry terpikat dengan Anne, yang merupakan dayang kepada isteri pertamanya, Catherine of Aragorn. Memandangkan Catherine tidak dapat memberi zuriat lelaki, Henry tekad mahu mengahwini Anne.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
18 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 730 tahun yang lalu, kota Acre berjaya ditawan tentera Mamluk dari tangan tentera Salib.

Ini adalah bebenang.
Acre merupakan kota pelabuhan penting yang terletak di utara Palestin, berada di bawah kekuasaan Kristian selepas mereka merampas wilayah Palestin daripada Dinasti Ayyubid pada 1191 dalam Perang Salib Ketiga.

#PeristiwaHariIni
Pada 1250, muncul Kesultanan Mamluk di Mesir yang lebih dahsyat daripada Ayyubid. Sultan Baibars menakluk kota dan kubu penting yang dikawal tentera Salib sekaligus membuka jalan kepada tentera Islam menuju ke Palestin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(