Maksud "Second Palestine" tu adalah kemungkinan British gagal menangani ketegangan kaum & pemberontakan seperti di Palestin, sehingga British terpaksa berundur pada 1948.
Dan pada asalnya, British tak plan pun nak bagi Yahudi mendirikan negara.
Perjanjian Balfour 1917 kata British akan menjadikan Palestin "national homeland" untuk Yahudi, bukan "national state".
Istilah yang "vague" (samar-samar), konon boleh kaburi mata Yahudi Zionis.
Bila Zionis sedar British sebenarnya tak ada niat pun nak bantu diorang mendirikan Negara Yahudi yang diidamkan, maka diorang melancarkan pemberontakan pada 1944.
British panggil pemberontak ni "terrorist", antaranya future PM Israel, Menachem Begin (gambar pertama).
Mula-mula British nak pakai taktik lama "divide and rule", guna Yahudi yang setia kepada British (kumpulan Haganah dipimpin Ben Gurion) bagi lawan Yahudi pemberontak (kumpulan Irgun dipimpin Begin).
Tapi selepas Haganah-Irgun bersatu, maka British terpaksa undur.
Macam yang aku sebut di Space hari tu, Chief Secretary British terakhir di Palestin iaitu Henry Gurney dilantik pula jadi pesuruhjaya tinggi di Malaya.
Walaupun career dia di Palestin gagal, tapi pengalaman lawan teroris Yahudi Zionis membantu dia menangani ancaman komunis.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Asal-usulnya selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), negara pemenang (US, USSR, UK) nak tubuhkan satu pertubuhan bagi menjaga keamanan dunia, iaitu PBB/UN.
PBB nak memperbaiki kelemahan Liga Bangsa (League of Nations) yang melayan semua negara ahli secara sama rata.
Perang dunia berpunca daripada corak pakatan yang rigid. Bila terjadi dua kem, maka potensi berperang tinggi.
WW1 tercetus akibat ketegangan antara "kem Serbia" (Rusia, Perancis) dan "kem Austria" (Jerman) susulan kejadian Putera Austria dibunuh oleh orang Serbia di Bosnia.
Walaupun dalam isu Israel vs Palestin, negara2 Islam adalah "kem Palestin" yang tidak berbelah bahagi (tak iktiraf Israel), tapi lebih banyak negara (termasuk kuasa-kuasa besar seperti Rusia & China) iktiraf kedua-dua Israel & Palestin, dan cuba jadi pendamai.
Terbaca banyak tweets yang mengeluh "mana pemimpin Arab" "mana perpaduan umat Islam" untuk membantu Palestin.
Sebenarnya dulu pernah ada 2 pemimpin Arab yang mampu membuat Israel kecut.
Gamal Abdel Nasser (presiden Mesir 1956-1970) dan Raja Faisal (raja Saudi 1964-1975).
Mereka berdua adalah pesaing (rivals). Nasser seorang sekular, nasionalis. Faisal seorang konservatif, 'ummahist'.
Tapi persaingan yang sihat, berlumba-lumba untuk membantu penduduk asal Palestin bagi melawan Israel.
Selepas kekalahan negara2 Arab dalam Perang 1948-1949, Nasser muncul sebagai jaguh anti-Israel, malah berjaya mematahkan serangan Israel-UK-Perancis ke atas Gaza dan Sinai pada 1956.
Cuma Nasser agak overconfident dalam Perang 1967, membolehkan Israel capai kemenangan.
Dalam kes Palestin, tahun 1919 berlaku transfer of sovereignty dari Uthmaniyah (Turki) kepada British akibat kalah WW1.
British 'diamanahkan' oleh Liga Bangsa (UN versi trial) untuk jaga Palestin.
'Palestin' pada asalnya termasuk Jordan, kemudian dipisahkan.
Tempoh penjagaan British tamat pada 1948. Perhimpunan Agung UN cadangkan (Resolusi 181) Palestin yang merdeka dipecahkan kepada 2 negara: satu Yahudi satu Arab.
Jerusalem diletakkan bawah penjagaan antarabangsa.
Serangan Israel kali ini adalah satu "calculated move" oleh PM Israel, Benjamin Netanyahu.
Ini kerana "power shift" yang bakal berlaku di Timur Tengah tidak berpihak kepada Israel, jadi Netanyahu perlu buat sesuatu bagi mengekalkan status quo.