“Nafas anak saya tiba-tiba jadi bising sejak pagi tadi. Lepas tu air liur banyak meleleh.”

Bila buat xray, barulah semuanya jelas.

Si kecil ni dah tertelan bateri butang (button battery) rupanya.
Syiling, bateri, butang, pin dan cebisan permainan, ni semua antara benda asing (foreign body) yang selalu kami temui bila mak ayah berkejar ke jabatan kecemasan.

Magnet dan bateri butang dikira objek berisiko tinggi.

Selain tu, ada juga objek yang bertoksik.
Inilah objek yang kalau anak dah tertelan, sangat merisaukan kami.

Bunyi nafas bising dan air liur meleleh tu tandanya objek tadi dah tutup sebahagian dari salur pernafasan.
Kalau dibiar, si kecil tu mungkin berdepan maut kalau rawatan kecemasan tak dilakukan segera.

Tu sebab saya risau betul kalau terjumpa kes begini.
Saya nak sangat mak ayah ambil tahu tentang tanda-tanda yang saya tulis ni sebab anak kita mungkin dah tertelan benda asing kalau tanda macam ni muncul :

👉🏻 Terbatuk-batuk

👉🏻 Tercekik

👉🏻 Susah nak bernafas atau nafas berbunyi kuat
👉🏻 Air liur meleleh tak berhenti

👉🏻 Si kecil tu muntah je tiap kali menelan makanan

👉🏻 Yang dah besar, dia boleh mengadu sakit perut

👉🏻 Hilang selera nak makan
Kes begini paling banyak berlaku pada budak usia 6 bulan hingga 3 tahun.

Jadi, mak ayah yang ada anak kecil tolonglah peka.

Anak kecil ni tangan dia laju je pegang itu ini.

Bukan salah dia, sebab fitrah anak ni dia suka meneroka benda baru.
Nak elakkan tragedi ni, kita kena selalu pastikan tak ada benda kecil di atas lantai dan tak beli permainan yang ada komponen terlalu kecil.

Bantu saya #kongsikan ilmu ni dengan pasangan masing-masing dan mak ayah yang lain jugak.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

26 May
Fakta best!

1. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan tau.
2. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haaa, seram kan? Pergi lap skrin telefon dengan alkohol cepat. 😁
3. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal?

4. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
Read 11 tweets
26 May
Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.

Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.

Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
Read 9 tweets
24 May
“Kalau sakit, bagitau doktor tau. Kena cakap, jangan diam.”

Saya senyum mendengar nasihat ibu ni pada anak perempuannya.

Itulah hebatnya mak ayah.
Sebab anak sakit, kita sanggup tak tidur malam, sanggup ambil cuti kecemasan, sanggup memandu lewat malam semata-mata nak bawa anak ke hospital.

Senang cakap, demi anak kita sanggup buat apa saja.

Yang kita harapkan, anak jadi sihat dan boleh bermain semula.
Saya nak kongsikan 8 nasihat lain yang mak ayah boleh ajarkan pada anak-anak :

✔️ Jangan berlari sambil pegang objek tajam (gunting, pensel, pen).

Banyak kes anak terjatuh siap tercucuk objek tajam pada mata dan perut.
Read 10 tweets
21 May
“Doktor, betul ke suami saya tak boleh masuk ke wad bersalin ni?”

Sambil saya periksa bayinya yang baru lahir, saya mengangguk.

Sejak PKP bermula, wad bersalin dah tak terima pelawat.
Suami, mak kandung atau mak mertua pun tak boleh masuk ke wad.

Nak hantar barang pada isteri pun hanya boleh disampaikan melalui pegawai keselamatan di setiap blok.
Jadi saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).

✔️ Isteri akan kepenatan yang amat.

Dia perlu baring, rehat dan tidur.

Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.
Read 11 tweets
20 May
Saya tak percaya bila ibu ni cakap anaknya baru berumur 2 tahun.

Baru umur 2 tahun tapi berat dah cecah 23 kg.

Tinggi dia kalah budak umur 4 tahun.

Bila saya selidik sejarah pemakanan, saya hanya mampu menggeleng kepala.
• Makan gula-gula dan coklat setiap hari.

Datuk bawa ke kedai setiap hari.

• Minum air kopi yang manis hampir 2 cawan setiap hari.

Dapat dari ayah.

• Makan sebiji burger setiap hari.

Mak yang gorengkan.
• Kerap makan nugget. Seminggu beberapa kali

• Minum air kotak berperisa setiap hari.

• Makan pukul 11 malam dan tidur pukul 12 tengah malam setiap hari.
Read 10 tweets
19 May
Asyik berkurung di rumah, bosan juga anak-anak saya.

Antara perkara yang saya cuba usahakan ialah supaya anak kena cahaya matahari setiap hari.

Waktu antara jam 9 pagi hingga 2 petang ialah masa terbaik untuk serap vitamin D dari cahaya matahari.
Cukup dah kalau kita luang masa 10-20 minit di bawah cahaya matahari dengan 40% kulit mereka terdedah.

Antara aktiviti yang mak ayah boleh buat dengan anak :

✔️ Boleh bawa anak tengok pokok dan explore kawasan depan atau belakang rumah. Saya duduk di kawasan kampung.
✔️ Boleh ajak anak kumpul batu, ranting dan daun yang pelbagai warna.

Ni memang laju je budak-budak buat.

Lepas tu lekatkan dalam playdough.

✔️ Boleh bawa bayi jalan-jalan depan rumah sekejap.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(