Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.
Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.
Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
Jadi, bayi akan rasa tenang dan selamat dengan si ayah.
Ayah pula rasa kurang gemuruh dan jadi lebih yakin dan tertarik untuk menjaga bayi sepanjang tempoh ibu berpantang.
Kajian ni juga dapati, lagi kerap kulit ayah menyentuh kulit bayi, lagi erat hubungan bayi tu dengan si ayah.
Yang perlu ayah buat setiap hari selepas bayi lahir ialah :
❤️ Tenung mata dan wajah bayi.
❤️ Letakkan bayi yang tak memakai baju pada kulit dada ayah.
❤️ Peluk dan sentiasa menyentuh bayi.
❤️ Bercakap dengan bayi dengan suara perlahan.
Buat hari-hari selama minima 15 minit sehari.
Lagi lama sesi tu, lagi bagus untuk bayi.
Bayi pula akan mula sedar yang penjaga utama dan paling dominan ialah si ayah.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
1. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan tau.
2. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haaa, seram kan? Pergi lap skrin telefon dengan alkohol cepat. 😁
3. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal?
4. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
“Nafas anak saya tiba-tiba jadi bising sejak pagi tadi. Lepas tu air liur banyak meleleh.”
Bila buat xray, barulah semuanya jelas.
Si kecil ni dah tertelan bateri butang (button battery) rupanya.
Syiling, bateri, butang, pin dan cebisan permainan, ni semua antara benda asing (foreign body) yang selalu kami temui bila mak ayah berkejar ke jabatan kecemasan.
Magnet dan bateri butang dikira objek berisiko tinggi.
Selain tu, ada juga objek yang bertoksik.
Inilah objek yang kalau anak dah tertelan, sangat merisaukan kami.
Bunyi nafas bising dan air liur meleleh tu tandanya objek tadi dah tutup sebahagian dari salur pernafasan.